Pak turut yang Setia

Sunday, February 22, 2009

hari ini dalam sejarah

  1. hari ni pat haribulan 3... dan untuk kesekian kalinya duit pinjaman aku tak masuk2 lagik.. hey memang shitto la orang yayasan pahang nih.. rasa nak maki hamun pun ada.. tapi kang .. kalu aku tepon maki hamun deorang.. deorang tak nak bagik duit tu kat aku plak.. shit untuk kesekian kalinya
  2. dan pada hari ini jugak baru aku pasan .. yang aku ni dah nak hampir 3 bulan kat kampeni ni.. aish...cepat gila masa berlalu.. lecterur yang nak menilai aku.. katanya 11 hb dah nak datang sini ....mak aii.. aku satu haram tak buat apa lagik ni... buku log aku dah berzaman tak updet.. ish .. malasnya nak updet..
  3. semalam baru aku dapat tau.. polisi kampeni ni.. kalu hari hujan lebat... semua pekerja dikerah balik sekerat day... katanya tak nak any fall hazard happen because of slippery surface...dan pada hari semalam aku balik awal.. gaji plak dikira 10 jam .. walaupun aku kerja tak sampai 10 jam... dan pada hari ini aku berharap hujan cam semalam ... tapi harapan aku tu tinggal kenangan.. sebab aku nampak matahari tersenyum dengan girangnya pada aku sambil berkata.. "lemak la ko ... gaji nak.. kerja tak nak.. "
  4. pada hari ini aku mula berbaik sama sorang mamat ni... pada hari mula aku start training kat sini sampai la kelmarin.. mamat ni memang kerek ngan aku... muka nya yang kerek itu ibarat mampu melahirkan suara halus yang sayup2 kedengaran... bunyinya seperti ni la..." apis.. tolongla sepak aku dalam 4,5,6,7,8 kali.. tolong la.. saya merayu"...motifnya dia berbaik dengan aku hari ni .. adalah disebabkan dia nampak aku naek waja ... ish ish ish... bermacam jenis manusia ada kat muka bumi ni... org macam ni pun ada..style pilih kawan berdasarkan saiz kereta...tu nasib baek aku bawak waja... kalu aku bawak bmw 7 series ke...mau berbuih buih mulutnya macam orang sawan.. kerana teruja untuk berkawan dengan aku
  5. aku dah lama teringin nak beli kasut futsal baru.. tapi sering kali keinginan itu terbantut oleh masalah kewangan yang aku hadapi... dem.. sapa lah yang cipta teknologi duit ni..
  6. dan pada hari ini juga aku baru menyedari dan sedar.. kenapa ada adik beradik sanggup bunuh membunuh hanya kerana wang... dan ya.. aku terasa ingin membunuh orang pada msa ini..
  7. aku baru siap buat filing dalam opis ni.. ya. sejak kedatangan aku.. opis ni macam bernyawa kembali.. bukannya aku nak kata aku ni rajin.. tapi kalu dah semak sangat aku pun sakit hati... tapi opis ni hilang nyawanya setelah sekembalinya tony dari US...ya.. cuma beri dia masa selama sejam sahaja..pejabat ini akan kelihatan kucar lanar..aku rasa tony ni masa dia kecik2 dulu.. dia kanak2 hyperactive
  8. hari ni baru aku perasan .. yang lengan kanan aku membesar dengan ketara berbanding lengan kiri aku... nak jadik hellboy kah aku ini..?
  9. hari ini jugak aku berjaya mensound officemet aku yang mana bulu hidungnya berebut2 keluar...aku cakap kat dia yang aku ikhlas nak cabut bulu idungnya itu.. sebab aku dah tak larat nak tgk bulu hidungnya itu hari2... dan pada tgh harinya .. dia berjaya mencabut bulu hidung nya itu sambil tersenyum girang pada aku sambil berkata "patut la selama ni aku rasa diri ku ini hodoh macam gampang... awek pun tak penah lekat.. rupa2nya .. bulu hidung ini adalh punca kejatuhan sahamnya di mata awek2 bredero"....aku tersenyum sini s sambil berkata dalam hati "a'ah hensem.. macam tenuk dihutan ikan dilaut.. dalam belanga bertemu jua"
  10. pagi tadi aku terjumpa sorang amoi.. miss yee namanya.. cantik.. cumil.. alahai... tau ke awek aku.. mau dia kerat2 aku kecil2 untuk dijemur dan buat jeruk
  11. dan untuk kesekian kalinya.. aku dah tak tau nak tulis apa.. dem lagik sekali

1 comments:

  1. mak aih...bley wat karangan spm beb!!klo ko wat neh..confirm dapat A1.

    ReplyDelete