Pak turut yang Setia

Tuesday, July 28, 2009

Goodbye

Good friends we have, oh, good friends weve lost
Along the way.
In this great future, you cant forget your past;
So dry your tears, I seh.

Bait lagu "no women no cry " ini sememangnya buat aku rasa nak menangis je time pukul 1.30 pagi ni.. tomorrow is another day... dan sisa-sisa hari terakhir aku di cherating ni bakal berakhir tidak lama lagi. Walaupun dari segi fizikal aku ni tidaklah kelihatan seperti seorang yang lemah lembut dan mudah tersentuh... tapi hakikatnya aku ni boleh la dikategorikan sebagai mudah tersentuh jugak... cuma aku tak mau la tunjuk depan- depan.. kang muntah darah plak korang tengok aku nangis.. sungguh aku kata.. muka aku buruk sangat-sangat kalau aku menangis

Instructor aku pernah kata hidup ni tak semestinya gembira selama-lamanya.. kadang-kadang kita perlu mengorbankan masa happy kita untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Peluang yang datang tidak semestinya datang berkali-kali. Berpandukan fikiran yang bernas dan gerak hati yang tepat diselangi dengan doa kepada tuhan mampu membuat seseorang itu memilih jalan hidupnya yang tepat

Jangka masa sebulan di cherating sememangnya aku rasakan sungguh singkat.. dan seperti baru saje semalam aku datang daftar. Walaupun tanggapan pertama aku terhadap program ini sungguh negatif... akhirnya aku dapati tanggapan negatif tu salah sama skali.

Dari segi kawan-kawan pulak aku rasakan kat sini lah aku jumpa dengan pelbagai jenis manusia yang beraneka rupa dan cara.. dan disini jugaklah aku jumpa manusia yang sesuai aku gelarkan sebagai sahabat. Namun aku rasakan aku terpaksa jugak ucapkan selamat tinggal kepada mereka semua ni... walaupun perkenalan kami baru sahaja sebulan.. tapi aku rasakan kami sudah seperti dalam satu famili yang sememangnya cukup rapat dan akrab

Panggilan dari PSDC yang mengesahkan aku berjaya dalam temuduga untuk menjadi seorang tutor membuatkan aku macam serba salah untuk tinggalkan korang smua... Pada mulanya aku tak berasa sedih sangat... tapi bila khabar pasal aku nak withdraw dari program ni telah di ketahui ramai... aku lihat pelbagai reaksi dari rakan-rakan aku yang macam tak nak bagi aku pergi dari prog ini..

Pada mulanya aku rasa macam orang tak hiraukan akan kewujudan aku kat sini... namun apa yang aku rasakan itu adalah sebaliknya..isk.. sememangnya banyak memori yang aku tempuhi sepanjang sebulan aku berada disini.. apakah memorinya itu...? hanya participant SRC02 sahaja yang lebih mengetahui.

Jikalau la rayuan aku untuk menangguhkan tarikh daftar kerja aku tu tidak berjaya, maka terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada smua..dan minggu ni adalah minggu terakhir aku bersama korang smua.. good luck guys... especially to aien blossom , nana, kid, elly, alif, rafi ,iera dan semua ahli english group 3 dan semua guys dari group 6... you all memang rawks...

dan Jikalau la aku punya kebolehan untuk turn back time... sememangnya aku nak kenali korang smua lebih awal lagi... tapi apakan daya.. aku ni hanya manusia biasa sahaja....

harap korang semua gembira kerana jadikan aku sebagai cebisan sejarah dalam hidup korang... terima kasih banyak-banyak...jangan lupa kat aku k..

8 comments:

  1. hai bro...sensitif sgt ler ayat ko...nak sedih ade nak termuntah pun ade aku bace...hahaha sebagai kwn sememangnya aku sygkan ko..dan dari raut wajah ko dah memang jelas ko nie jns cepat tersentuh.....Kiteorg tak lupekan ko tapi takut ko yg lupekan kiteorg maklum ler bizi katakan..kahkahkah....gurau jer

    ni yg serius punye.....
    Ko g la jadi tutor kat PSDC tue..dah tertulis rezeki ko kat sane n rezeki ko jugak dtg GEMS n dpt kwn2 yg agak biul kat sni...Tapi yg penting kiteorg sygkan ko...Insyaallah selagi kiteorg tak hilang ingatan ko tetap di hati...ciss jiwang karat siokk....Memang dah lumrah alam setiap pertemuan akhirnya perpisahan..kita manusia biase mana ada kuasa nak melawan perjalanan yang ditentukan pencipta..Aku doakan ko berjaya dlm ape jua yg ko nak dlm hidup..
    Ape ko nak sedih slagi ade nyawa slagi tue manusia ade peluang untuk berjumpa...
    Jgn lepaskan peluang yg dah ade depan mate...Nanti sblm ko g kite buat parti liar yerrr..hahahaha

    ala23 adik manja jgn nangis yer syg...Dah ler ko tue buruk bebeno dah,, kalu nangis lagi ler buruknyer yer....

    ReplyDelete
  2. APIS aku tujukan lagu nie khas untuk ko....jgn nangis tau...

    YANG PATAH AKAN TUMBUH HILANG KAN BERGANTI..
    YANG PERGI BIAR PERGI TAK GUNA INGATI...HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. apissssssssssssssssssssssss.
    ape lagik.
    blanje aku!!!
    tunaikan kata2 kamu itu.
    b4 aku g jepun aaaa.

    ReplyDelete
  4. sejiwang rambutnye yg belah tgh dirapikan dgn cekak hitam yg selalu dihina rakan2 H12..

    congrats bro...

    ReplyDelete
  5. congrats.. errr eh kalo jmpe kak aishah ump kem slm same dia yg melupekan aku sbg adek tersyg dia

    ReplyDelete
  6. apis...
    psdc tue menatang pa..
    kalu da tmpat kosong roger aku....

    ps:hangpa tatau ka apis nie jiwa..aku rumate dia ja tg tau..huahauhauhaua.....

    ReplyDelete