Pak turut yang Setia

Friday, August 27, 2010

mengapa Khalid al-Walid dan Abu Bakar as-siddiq tidak mati syahid?

Post kali ni agak islamik sedikit..ya lah.. bulan posa ni kena buat post baek-baek... tak ley buat jahat2... tapi setau aku setiap post blog aku ni smua baek2... tadak plak aku pi letak gambar yang tidak senonoh dalam blog aku ni kan....? dalam dok merapu sorang ni.. at least ada jugak la input yang mana aku nak berkongsi ngan hangpa smua... sharing is caring... mennyebarkan ilmu tu tak salah kan?....asalkan betoi.. bukan ilmu yang salah.. kan kan kan?

Kisahnya bermula macam ni la... berlakunya sedikit conversation antara aku dan kawan aku yang sorang ni...kami sejak2 akhir2 ni tak tau la tetiba seronok pula bercerita tentang sirah sahabat2 nabi pada masa dlu.... bukan aku nak kata aku ni baek dan pndai dalam serba serbi.. aku ni pun jahat jugak... kekadang sluar yang pakai pun ada yang terpendek sekejap2...tu tak campur dosa-dosa yang aku lakukan tanpa aku sedari... aku pun orang jugak.... yang tak berapa nak sempurna... ish.. awat aku dok buat emosi plak kat sini ...ok sambung balik cerita pasal tajuk utama kita tu...

Dalam dok syok sembang2 dengan depa ni... tetiba kawan nan seorang ni bertanyakan pada aku....lebih kurang lagu ni la bunyinya... "kebanyakkan sahabat-sahabat nabi muhammad dlu mati dibunuh atau pun banyak yang mati syahid.... tapi kenapa saidina abu bakar dan khalid al walid tidak dipilih Allah untuk mati syahid?"

Aku tidak punya idea tentang persoalan yang dilempar kan oleh kawan aku tu... cuma aku boleh katakan smua itu adalah takdir Allah sendiri...untuk memilih Khalid dan Saidina Abu bakar meninggal akibat sakit tua.. dan bukannya meninggal sebab peperangan a.k.a mati syahid

Kawan aku tu pun mengiyakan sahaja kata-kata aku tu... tapi Allah punya perancangannya sendiri...Setiap para sahabat nabi ni ada keistimewaannya yang tersendiri... termasuklah Saidina Abu bakar dan Khalid sendiri...

Terdetik dalam hati kecik aku ni...apakah keistimewaan yang ada pada kedua dua sahabat nabi ni sehingga mereka tidak dipilih Allah untuk mati syahid...?

Cerita pasal Saidina Abu bakar tu macam ni:

"Kalau dikumpul semua kafir di atas muka bumi ini,tidak akan sama dengan seorang Muslim.Kalau dikumpulkan semua orang Muslim,tidak akan sama dengan para sahabat.Kalau dikumpul semua sahabat,tidak akan sama dengan Abu Bakar."

macam mana?... hebat tak sahabat nabi yang bernama Abu bakar ni?...sperti yang korang korang tau... Saidina Abu bakar ni adalah sahabat yang pertama memeluk agama islam...dan hebatnya pendirian Saidina Abu bakar ni boley digambarkan ketika dalam peristiwa penghijrahan nabi dari mekah ke madinah yang mana masa tu Nabi ke rumah abu bakar untuk memaklumkan tentang niat bliau nak pi berhijrah ni

sampai-sampai ja kat rumah abu bakar ni.. nabi dah tgk Saidina abu bakar ni dah siap packing smua dah.. siap dah sediakan dua ekor unta untuk mulakan agenda penghijrahan depa ni... nabi bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar lebey kurang lagu ni la bnyinya... "sejak bila hang get ready ni abu bakar?".... Saidina Abu bakar cakap... "sejak 2 hari lepas selepas hang warwarkan berita tentang hijrah ni ... aku dah get ready dah...."
tudia.. nampak dak pendirian dia lagu mana....?

ni ada satu kisah lagi ni yang menunjukkan kehebatan Saidina abu bakar ni...kisahnya macam ni:

Suatu ketika Jibril datang berjumpa dengan Nabi dalam keadaan berpakaian guni dan berbutang duri,lalu Rasulullah bertanya, “Wahai kekasihku,kenapakah kamu berpakaian sebegini?”Lantas Jibril membalas, “Wahai kekasihku,Allah telah memerintahkan kami(malaikat) untuk berpakaian sepertimana Abu Bakar berpakaian.Tatkala umat Islam diseru menginfakkan harta ke jalan Allah,Abu Bakar telah menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah hinggakan bajunya daripada guni dan butangnya daripada duri.”

ni aku tak mau cakap banyak la.. cuma nak tanya... kalau hangpa la kan.. sanggup dak buat seperti apa yang dibuat oleh Saidina Abu bakar ni.... agak2nya ada dak orang yang hebat pendirian macam abu bakar ni kat muka bumi kita ni pada masa la ni... ada tak?

Namun persoalannya mengapa Abu bakar tidak mati syahid seperti yang aku war-warkan sebelum ni...ok.. apa yang aku nak ceritakan hanyalah pendapat alim ulama sahaja... memang benar... tiada jawapan yang tepat atau hadis nabi yang menceritakan kematian Abu bakar ni... tapi aku yakin dengan andaian seorang alim ni kepada aku... bunyinya lagu ni la

Alim: hang besa dengar dak ayat ni " Kalau dikumpulkan segala pahala umat islam, pasti tidak dapat lawan pahala Abu Bakar as sidiq


aku : pernah.. awatnya?




Alim: Saya ni tak ada hujah yang kukuh cuma ada pendapat sajalah dari hasil kajian saya. Mungkin, Allah matikan Abu bakar ni bersebabkan uzur sebabnya kalau tiada pahala syahid sekali pun, dia dah punya pahala yang terlampau banyak. Saya tak kata sahabat yang lain pnya pahala yang sedikit.. cuma yang saya maksudkan, Abu bakar tidak perlukan pahala syahid untuk bersalaman dengan malaikat-malaikat.wallahua'lam

“Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!’ (Abu Bakar As-Siddiq r.a)



Ni kisah pasai Khalid pulak nak dengar dak... jom.. calooo...

Sebelum aku menceritakan kenapa khalid tidak mati syahid.. mai aku nak cerita sket pendirian dan kehebatan pasai Saidina Khalid Al-walid ni... Hebatnya khalid ni kalau hangpa nak tau.. sampai nabi beri gelaran kat dia ni sebagai Pedang Allah... dan sebelum aku teruskan cerita aku ni... nak habaq mai... segala apa yang keluar dari mulut rasullullah sendiri walau sekecil-kecil perkara pun sememangnya ia adalah benar dan realiti...so maksudnya sebagai pedang Allah ni sesungguhnya menunjukkan hebatnya sahabat nabi yg bernama Khalid ni

Khalid adalah sepupu kepada Umar al Khatab.. depa ni kecik-kecik dlu sering beradu tenaga antara satu sama lain... dalam setiap perlawanan gusti.. Khalid tetap akan menjadi juara..kehebatannya terserlah dalam perlawanan gusti diantara Umar yang mana Khalid mematahkan tangan Umar ni... disebabkan peristiwa itulah mereka disegani dan ditakuti oleh penduduk mekah.

Dia tidak mengenal erti kekalahan dalam hidup dia, tak kira sebelum dia islam dan sesudah islam.. setiap perang yang disertainya.. pasti akan menang....pendiriannya kuat sekali.. dalam satu peristiwa dimana khalid dilucutkan jawatan sebagai seorang panglima perang dan digantikan oleh abu ubaidah... perlucutan jawatannya itu dilakukan oleh sepupunya sendiri iaitu umar...

Namun .. khalid hanya menturuti segala apa yang disuruh oleh Umar yang mana pasa masa itu dilantik menjadi khalifah islam yang kedua menggantikan Saidina Abu Bakar... walaupun berbagai perang yang berlaku semasa pemerintahan Saidina Abu bakar, Khalid dilantik menjadi panglima perang... prestasinya sentiasa maintain bagus... namun tatkala Umar mengambil alih.. dia dilucutkan jawatan tanpa sebab.... kalau aku yang berada dalam situasi seperti khalid ni.. hangin jugak la kot... tak pasal tetiba nak pecat..padahal cemerlang kot... namun berbeza dengan Saidina Khalid al-walid ni...beliau hanya menturuti apa yang dilafazkan oleh Umar... bliau menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan memberikan kepada Ubaidillah tanpa sebarang pertanyaan


Namun persoalan tentang mengapa beliau dilucutkan jawatan diceritakan oleh Umar sendiri tatkala khalid sudah uzur.. dan pada saat itu Umar datang dan berkata pada Khalid:

“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Pada suatu ketika datangnya seorang sahabat kepada Khalid... Dalam keadaan yang sangat uzur dan lemah.. Khalid bangun dan membuka bajunya sambil bertanya pada sahabat itu... Beliau tanya lebey kurang lagu ni la.. " wahai sahabat... mai tengok badan aku ni... ada dak tempat yang tak dak parut?

“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.

Dengar saja keluhan Khalid tu... sahabat tu terus gheyau sedih.. dan terus dia berkata " wahai Khalid, hang tak boleh syahid. Hang sendiri telah dilantik sebagai pedang Allah oleh rasulnya...dan Pedang Allah tidak boleh patah di medan Perang"

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

Ya Khalid memang tidak syahid di jalan Allah disebabkan oleh kata-kata Rasullullah yang mana Rasullullah telah berjanji dengan mengatakan..apa-apa perang yang disertai khalid, pasti islam akan menang, jadi jika Khalid syahid di medan perang, bagai mana islam akan menang...?

Moral of the story... kalau dikaji balik.. dan difahami sebaik mungkin... sememangnya umat islam pada masa itu sangat hebat dan sangat kuat imannya... perasaan kagum akan pendirian para sahabat, nabi dan rasul pilihan Allah tu memang sukar aku nak gambarkan.. cuma aku sedih melihat umat islam pada masa kini.. yang leka dan bergaduh dengan sama sendiri... tidak bersatu sehingga kaum lain boleh mentertawakan islam dan mempersendakan islam...mengapa perkara ini boleh terjadi?... sedangkan agama islam sendiri sangat kuat dan digeruni sedikit masa dlu...?... pikir pikirkan lah sendiri yob...

3 comments:

  1. wei hafiz, superman mana ada pakai topeng. Spiderman ka, batman ka ada la topeng. Si superman tu pakai seluar dalam merah ja.. facts please... betuikan fakta anda..

    ReplyDelete
  2. ala kakak ku ini.. awat pi komen kat sini.. ni dah msuk post len dah ni... bukan symptom fraqfau dah... haah kan.. baru perasaan pasal tu.. hahah. mampus la... ramai dah orang baca... paham2 sendri sudah

    ReplyDelete