Pak turut yang Setia

Saturday, April 2, 2011

The real life of Kevin Richardson

Kenai dengan Kevin Richardson?
mungkin rata-rata orang melayu kita tak kenai langsung dengan mat salleh ni... ni mungkin disebabkan oleh faktor bahawa mamat ni tak pernah terkangkang ke sana ke mari membintangi rancangan mari menari... atau pun menyanyi hingga berbuih mulut dalam rancangan mentor ataupun akademi fantasia....kalau ada di antara kita yang kadang2 tertengok rancangan discovery ataupun channel2 yang sering memaparkan binatang-binatang kat kaca tv... mungkin akan seringkali terserempak dengan mamat ni rasanya

Ni serba sedikit info pasal Kevin, merupakan animal behaviorist dan sangat expert pasal hyenas dan juga harimau atau singa. Yang paling cool pasal dia ni... he is specializes with lion kot.... and please do not surprised if he's called as "Lion Whisperer"....

What do you mean by "Lion whisperer"?
Heh, dia pernah bekerja dengan many spesies harimau dan singa2 yang lain... dan yang paling cool skali, pernah tidor bersama singa( please do not misinterpret this sentence OK), makan skali dan boleyh dikatakan jadi singa jadian la...hubungan bliau dengan singa2 yang ada bukan lah dengan mudah boleh dijalinkan.... kebanyakkan singa tu dijaga beliau sejak kecik lagi.... namun ada sesetengah nya yang liar...dan ada peristiwa dimna si ibu singa langsung x mnyerang si mamat kevin ni even though dia memegang anak singa yg baru saje lahir... basically in nature la, susah si mak singa nak bagi orang tah mane2 pegang anak dia bila baru lahir.

Hasil dari hubungan baik dengan singa2 tersebut , dapat disimpulkan yang binatang ni pun ada berjenis personaliti, perasaan dan mereka ni adalah binatang yang bersosial... igtkan disini bahawa... mereka pandai bersosial... bukannya mempunyai masalah gejala sosial .

Dah la.. malas aku nak cerita panjang2... kalau aku cerita pun.. mesti korang kata dok buat cerita menipu... apa2 pun just enjoice the picture below untuk proof yang sangat diluar jangkaan kemanusiaan...










**Damn... serius aku sangat cemburu dengan mamat ni... kalau aku ada sekor rimau yang bley bawak2 jalan kat taman dan aku rasakan.. itu sangat cool

Friday, March 25, 2011

You think your life sucks?... think again

Uruguayan Air force flight 571, mungkin nama kapal terbang ni langsung tak sedap kalau nak dibandingkan dengan nama kereta ciplak lancer negara.Kalau anda tanya abah anda pun mesti dia malas amik port....serius.. aku sendiri pun rasa nama kapal terbang tu langsung tak menarik kalau nak dibandingkan dengan tizz zaqyah...Namun, seburuk2 dan sehuduh2 nama kapal terbang tu... ia tetap menjadi mimpi buruk kepada 16 orang penumpangnya.

Berita pasal terhempasnya sebuah pesawat Uruguayan Air force flight 571 bukan lah berita kapal terbang terhempas yang biasa kita dengar di radio atau pun lihat di TV.... kisah pasal terhempasnya kapal terbang ini pernah menjadi kisah survival yang sangat2lah ngetop kalau nak dibandingkan dengan sinetron sinetron indonesia ...peristiwa ni bukan lah baru2 ni saja berlaku.. tetapi insiden ini dah berlaku pada 1972... Ya aku tau.. pada waktu ni mungkin ada di antara kita tak disenyawakan lagi... namun miracle of this incident is one of the factor yang membuatkan aku terasa ingin nak share dengan pembaca smua..

-Uruguayan Air force flight 571 incident atau pun lebih dikenali dengan nama Andes flight disaster menceritakan tentang sebuah kapal terbang chartered yang terhempas di pergunungan Andes

-Ada 45 penumpang yang menaiki kapal terbang ni.. yang mana kumpulan penumpang ini terdiri dari pada sebuah team rugby yang dianggotai oleh abang2 perkasa dan berbulu dada, ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan apa jenis perhubungan yang ada di muka bumi ini.

-Namun dalam 45 orang penumpang itu.. 17 orang telah terkorban... namun rata-rata di antara mereka mengalami patah kaki.. tangan dan patah macam2 lagi..

-Dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk yang ekstrim daripada aiskrim, hampir kesemua di antara mereka tak punya baju sejuk berbulu biri biri..walaupun ramai abang2 perkasa di sana berbulu dada.. namun bulu2 tersebut belum cukup untuk menghangatkan badan sendiri.. yang mereka pakai pada waktu itu adalah baju seperti mahu ke pasar tani berdekatan... kalau ada yang bergaya sikit pun.. saling tak tumpah berdressing seperti koboi mabuk sesat jalan...

group of a team that tend to survive.. kan betol aku cakap.. ada yang bergaya macam koboi mabuk.. lagi tak mau percaya

-pencarian terhadap kehilangan kapal terbang ini bermula, namun akibat kapal terbang yang dinaiki tu berwarna putih dan salji juga berwarna putih, menyebabkan pencarian ini agak terbatas, misi pencarian in dihentikan selepas 11 hari dari tarikh kapal terbang itu terhempas

-maklumat tentang berhentinya misi pencarian itu di dengari mereka melalui sebuah radio transistor yang terdapat dalam kapal terbang tersebut.. ada di antara mereka dah start menangis... ada yang acting cool konon2 dia hero...dan ada yang pikir yang mereka ni akan mati tak lama lagi


Tgk.. cool kan mereka.. bleh buat muka kawai lagi sambil mengambil gambar kenangan dengan bangkai pesawat


-berbekalkan sejemput makanan, beberapa bar coklat, pelbagai jenis snek yang mana kebanyakkan kurang menyehatkan, dan juga beberapa botol wine... mereka cuba bertahan dengan berkongsi sorang sikit... namun nak dijadikan cerita ini lebih sadis lagi... bekalan makanan tu langsung tak cukup untuk menampung mereka smua pada hari yang mendatang

-Akibat terlalu terdesak untuk meneruskan kehidupan, daging-daging mayat mangsa yang bergelimpangan menjadi makanan mereka seharian.. gila cool kan deorang... hari2 makan steak daging orang..

-8 daripada jumlah survivor yang ada telah terkorban disebabkan oleh insiden avalanche... kalau anda tak tau menatang apa avalanche tu.. baek anda google skarang.. apa2 pun avalanche tu langsung tidak punya kaitan dengan cerita "...... dalam botol" kerana ia tidak punya adegan pertukaran jantina yang berlaku pada waktu tersebut.

-selepas berada 2 bulan di kawasan pergunungan sambil menunggu bantuan yang tak kunjung tiba... encik Parrado,Canessa, dan Vizintin telah mengambil keputusan drastik untuk mendaki ke puncak gunung tersebut... mungkin sebab dah bosan makan daging orang.. dan sudah jemu makan ais krim yang diperbuat dari salji membuatkan mereka memperjudikan nyawa masing-masing untuk ke puncak gunung untuk mencari bantuan

-pendakian itu membawa mereka ke puncak gunung dan dari atas sana mereka cuba menuruni pergunungan tersebut sehingga sampai ke kawasan snowline yang terakhir.

-bermulanya dari situ.. kesan-kesan akan kewujudan orang sudah mula dikenal pasti.. sign yang pertama adalah terjumpanya tapak orang dok bercamping sehingga la pendakian pada hari ke 9 yang membawa mereka bertemu dengan sekumpulan lembu

-pada suatu petang, sewaktu bro Canessa dan bro2 yang laen tgh lepaking akibat dah tak ley blah berjalan sangat jauh... dia ternampak kelibat seperti orang menunggang kuda di seberang sungai yang berdekatan... usaha mereka berjaya membuah kan hasil... mereka bertiga memberi maklumat pasal ada survivor yang masih lagi terselamat

-pada 22 dec 1972, 2 helikopter yang membawa sekumpulan pencari dan rescue tiba, tetapi misi itu tidak dapat diteruskan dengan jayanya... hanya pada waktu tengahari, kumpulan rescue tu berjaya sampai ke lokasi tersebut..ini disebabkan oleh cuaca yang sangat teruk pada ketika tu... misi pada hari pertama bejaya menyelamatkan separuh survivor sahaja... so untuk menyelamatkan survivor yang lain.. misi berikut perlu dijalankan pada keesokkan harinya

-tanggal 23 dec 1972 merupakan hari yang bersejarah bagi mereka smua, kesemua survivor berjaya diselamatkan dan mereka kesemua dibawa ke hospital kerana .. rata2 diantara mereka suffer from frost bite, dehydration yang amat sangat, patah tulang, serta kekurangan zat makanan..

gambar survivor yang terselamat dalam insiden tersebut

dibawah ini adalah one of the trailer yang mengandungi cerita pasal insiden ini... lelaki tua kutuk didalam vdeo itu adalah bro Parrado sendiri.. enjoiceeeee


So moral of the story, kalau anda rasa nasib anda sangat teruk... dan terasa nak bunuh diri pada bila bila masa... sila lah pikir balik dengan baek2.... these 16 survivors are compete with bermacam jenis dugaan but they try to stay alive... try to appreciate your life... dan jgan la jadik seperti seorang remaja bunguks yang terjun dari KB mall baru2 ni...ada nyawa elok2 nak pi bunuh diri plak... akai ada?


Saturday, October 2, 2010

Ni surat khabar ke atau buku porno?

Jikalau aku diberi peluang untuk membicarakan perihal media massa Malaysia, sememangnya aku akan sama ia sama seperti apa yang dikutip oleh bangla-bangla yang bekerja dengan DBKL . Sememangnya tiada apa lagi yang menarik, kosong, hampas, mujur ia tidak mengeluarkan bau saje. Aku ni bukanlah pemerhati, penganalisis, ataupun golongan pemikir yang profesional yang mana mampu menilai akan kualiti media massa di malaysia ni...

Aku cuma orang biasa, yang mana permulaan hari aku selalu dimulakan dengan senaskhah akhbar tempatan dan secawan kopi. Dan juga hampir setiap setengah jam dalam kitar hidup aku selalu diisi dengan segala mak nenek punya berita tak kira la melalui radio ataupun televisyen atau pun gosip2 liar yang mana kesahihan beritanya sering diukur dengan panjangnya muncung si tukang bawa cerita tersebut... makin panjang muncungnya.. makin banyak lah tokok tambahnya..kalau aksi penceritaan itu turut melibatkan kegiatan aktif kaki dan tangan.. maka dengan ini aku nasihat kan agar berhati2 la dengan maklumat tu.

Namun disebalik kesederhanaan aku ni..aku dapati.. media massa malaysia seperti sudah tidak relevan pada masa sekarang ni... dan lebih menyedihkan bila dari ke hari aku dapati kualiti sesebuah maklumat yang nak disampaikan tu lebih berat sebelah, makin mengada-ngada, malah lebih meloyakan daripada membina pemikiran yg mana mampu buat masyarakat melayu kita lebih bertamadun..

Aku bukannya apa... terdetik pulak dalam kepala aku ni... kalau ikut kelas sejarah sekolah menengah aku dlu ... akhbar merupakan senjata utama bagi golongan-golongan yang memperjuangkan kemerdekaan yang mana akhbar menjadi medium untuk mereka menyampaikan semangat dan ideologi tentang kemerdekaan tanah melayu dari pemerintahan british.... pada waktu itu dapat dilihat betapa bebasnya media kita bersuara... betapa lantangnya suara mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan...tapi amat berbeza dengan sekarang ni yang mana kebanyakkan akhbar-akhbar utama dilihat melebihkan sesuatu pihak dari pihak yang lain, atau kata lainnya lebih menjilat bontot orang tertentu daripada menyampaikan kebenaran

Disini bukanlah aku berniat untuk memasukkan elemen politik, tapi aku rasakan ia sangat ketara skali... lembu di sawah pun dapat bezakan antara berat sebelah dan keadilan dalam media massa kita sekarang ni... aku bukanlah menujukan kepada akhbar utama Malaysia sahaja.. malah akhbar alternatif malaysia yang mana lebih mengisarkan unsur politik juga turut membawa maksud yang sama seperti apa yang aku katakan tadi

Jikalau masing-masing diibaratkan seperti menegakkan benang yang basah..atau pun menjadi agen pembela parti-parti politik di malaysia...so yang mana satu yang menjadi alat yang mampu memberi kebenaran kepada kami sebagai rakyat malaysia yang merdeka?... Jikalau kebenaran dipalsukan.... yang mana satu menjadi sumber rujukan kami.... janganlah sampai satu hari nanti kami nyatakan bahawa gosip artis di dalam majalah mangga,urtv dan pelbagai lagi majalah hiburan lain lebih precise berbanding akhbar utama negara ini, dan janganlah kami katakan bahawa komik jepun atau pun komik hongkong lebih relevan dari akhbar utama malaysia...

Dimanakah kualiti akhbar negara kita pada hari ni?...adakah ia hanya sesuai dijadikan pembungkus nasik lemak mak cik minah di hujung simpang.... ataupun menjadi "perisai" utama kepada pesalah-pesalah yang didapati mengambil rasuah untuk menutup muka mereka sebab malu gambar mereka diambil oleh jurugambar ketika kluar dari mahkamah setelah disabitkan kesalahan?

Pada mulanya agak terasa malu juga kalau saya nyatakan disini bahawa akhbar kita, media massa kita tidak bebas lagi dari kongkongan pihak tertentu..jika anda kurang percaya kepada saya... ataupun masih menuduh saya kerap kali buat lawak sarkas yang tidak kelakar... saya rasa better anda rujuk kat sini ... dan lihat lah kat mana agak2nya negara kita berada , tu pun kalau jumpa la... kalau tak jumpa kita di tangga ke berapa... saya rasa lagik bagus anda bermain konda kondi dari mencari nama negara kita tu..tak pun masak mee segera yang begitu authentic sambil besertakan minuman hohohohohohohohohohohohohohohoholicks eyh.......

Itu cuma perihal akhbar utama sahaja... belum lagi menyentuh pasal perihal akhbar tabloid pulak...Jika satu soalan ditanya kepada saya tentang akhbar tabloid negara... perkataan yang paling sesuai yang akan saya katakan ialah.. "akhbar tabloid adalah sama ertinya dengan industry soft porn"... ini tidak bermaksud akhbar tabloid kita perlu memaparkan gambar pusat maria ozawa di muka hadapan...atau pun memperihalkan betapa panjangnya bulu peha si kasim masdor...cukuplah jika berita tentang bapak rogol anak, abang rogol adik, pakwe rogol makwe, janda rogol duda, anak kambing rogol anak lembu, anak gajah rogol semut atau kata mudahnya segala bentuk berita yang memperihalkan industri perogolan negara sememangnya menjadi berita hangat yang di highlitekan dalam tabloid berbanding berita tentang banggunan terbakar ataupun berita tentang tingkap kereta proton selalu buat hal...

Walaupun ada diantara pembaca di luar sana mengatakan aku saja seronok2 nak mengada2kan cerita.. namun apa yang aku dapati boleh dikatakan setiap hari...mesti ada punya cerita rogol-rogol ni...tak kira la cuti raya wesak ka?... raya haji ka... orang sebok makan ketupat dengan rendang ka... jikalau bergantung pada maklumat dalam suratkhabar ni boley dikatakan aktiviti rogol2, tangkap basah, bersekedudukan ini diadakan secara setiap hari ataupun secara overtime pada hari2 cuti umum di malaysia...wah.. sungguh maju industri ni rupanya kan?

Aku tak katakan cerita rogol2 ni menghiasi setiap helai akhbar tabloid ni... cerita jenayah lain juga tetap di highlitekan jugak.. cuma tak la sehebat cerita rogol2 ni... yalah.. kalau hari2 sebok menceritakan tentang isu ragut, bunuh, salah laku pihak penjawat awam, sudah tentu ramai rakyat malaysia kita mempersoalkan kredibiliti pasukan polis kita...betol tak?

Kalau nak letak cerita pasal kepupusan badak sumbu sumatera di muka hadapan, atau pun cerita pasal ancaman anjing liar buat lawak cak -cak di kawasan perumahan semestinya diibaratkan menggantungkan diri sendiri... masakan tidak...kalau diikutkan logik akal la... Ada ke pembaca yang berminat nak beli jikalau tajuk utama adalah seperti yang dinyatakan diatas...? ada tu mungkin ada... tapi kadang-kadang je la... tapi kebanyakkan tajuk utama akhbar tabloid ni lebih berunsur seksual berbanding maklumat..cerita pasal ubat "kuat" turun harga 1 sen pun ,jikalau menjadi tajuk utama akhbar.. aku rasakan ramai yang akan beli...

Jikalau akhbar-akhbar tabloid ini melebihkan berita ataupun laporan yang berunsurkan nasihat serta pandangan2 positif..agak-agaknya.. berapa kerat sangatlah yang nak baca? betol tak.. so tak mustahil jika aku katakan.. syarikat penerbitan akhbar itu menjalankan perniagaan... jikalau tiada berita utama yang menarik perhatian pembeli...maka boley bungkus la perniagaan mereka... So berita "menarik" yang perlu diadakan.. semestinya la mampu menarik naluri sesorang manusia tu...dan mungkin sebab itu lah kita diibaratkan hidup dalam negara yang mana aktiviti rogol2 ni berlaku hampir setiap ketika dan masa...

so kesimpulan yang aku dapat buat disini adalah seperti berikut:

Betolkah Media Massa sekarang sanggup bertungkus lumus, berpeluh ketiak untuk melaporkan sesuatu berita disebabkan mahu menyampaikan maklumat dan informasi dengan hati yang ikhlas, ataupun disebabkan mereka sudah sedia tahu bahawa mereka boleh menjual informasi dan maklumat-maklumat tu semua kepada kita?




aku tinggalkan persoalan ini kepada anda smua untuk membuat tafsiran macam mana... ini hanyalah apa yang terlintas dalam kepala hotak aku... so...fikir2kan lah

Monday, September 13, 2010

Simptom FRAQFAU menular di Malaysia pada 1 Syawal

Raya sudah tiba... ramai diantara kita mengambil peluang untuk pulang ke kampung... dan peluang ini juga di ambil oleh anak2 muda kita untuk menikmati keindahan hari raya bersama kaum keluarga dan sanak saudara...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan Kes pembunuhan dato' sosilawati yang mana bliau ni kalau kita nak tau.. kaya raya tak ingat.. kalau takat nak bagik duit raya dalam rm50 tu.. memang tadak hal la bagi dia.. tapi nak buat macam mana.. tuhan dah kata sampai ajal dia.. tak ley buat apa la.. kalau tak ramai diantara kita boley dapat rm50 dari bliau

Straight to d story... aku mlas nak melalut sngat...sejak musim raya ni berlalu... satu Simptom tahunan telah mula menular ke seluruh pelusuk malaysia... Simptom ini tiada punya tanda2 awal dari pihak kerajaan kerana kerajaan malaysia sendiri tidak dapat membendung symptom ini malah menjadi rahsia kerana symptom ini sudah berlaku sejak zaman dahulu kala lagik.. nak tau apa symptom tu... mari kita kupas sehelai demi sehelai... zassssssssssss

Simptom ini aku gelarkan sebagai simptom FRAQFAU... atau nama penuhnya "Freaking, Annoying Question from Aunt and Uncle"... yang mana simptom ini lebih berkisarkan tentang anak siapa lagik hebat berbanding anak-anak saudara yang lain.... simptom ini bersifat seperti menjawab pop kuiz... dan ia akan menjadi lebih hebat kalau mak anda mengambil bahagian sama di meja bulat yang mana sepupu2 anda diwakili ibu masing2...

Soalan-soalan mengikut peringkat umur... jikalau anda berumur di antara 7-12 tahun.. soalannya akan berbunyi macam ni

1. Peperiksaan hari tu dapat nombor berapa?
-soalan ini selalu diajukan untuk mengcomparekan anak sapa lagik cerdik berbanding yang lain... dan jikalau anaknya menang dalam menjawab soalan ini...si ibu akan tersenyum sampai ketelinga dan rasa riak takbur akan menular dalam diri sendiri

2.Upsr hari tu dapat berapa A?
-Lazimnya soalan ini akan ditanyakan kalau anaknya berjaya dalam UPSR.. jikalau anak dia tak berjaya mesti si ibu akan tidak akan bertanyakan soalan ini.. dan aktiviti pop kuiz ini akan digantikan dengan adegan "siapa siang ikan lagik cepat dia hebat"

3.Kenapa B.M dapat C?.. Teruk sangat... tak macam si polan? (a.k.a anak si tukang beri soalan)
*soalan number 3 akan berubah bentuk kalau si tukang jawab berjaya menjawab dengan jayanya.. ini bergantung kepada syarat dan terma

jikalau anda sudah dewasa dan mula tumbuh misai seperti kucing... soalan2 dibawah akan kerap kali diajukan... soalannya seperti

1.Sekarang sekolah mana? asrama penuh ke? atau sekolah biasa
*soalan ini selalunya akan diajukan jikalau anak si mak tu berjaya menjejakkan kaki ke skolah MRSM atau berasrama penuh... kalau sekolah biasa dia tak tanya dah.. musti dia malu pnya ngan pencapaian anak dia..malah dikutuknya lagik dengan mengatakan anaknya malas

2.PMR dapat berapa A?
-soalan ini jugak selalu diajukan kalau anak si polan tu berjaya memperoleh lebih dari 3a dalam 8 mata pelajaran yang di ambil ketika peperiksaan PMR...jikalau anaknya langsung tidak memperoleh sebarang A... si ibu akan melarikan diri konon2nya tidak mengambil bahagian dalam soalan yang diajukan...disamping itu juga...keputusan 3a yang diperolehi akan melonjak naik menjadi 5a jikalau si tukang jawab memperoleh lebih banyak A berbanding anak si tukang tanya

- selain itu juga... mata pelajaran yang mendapat gred C akan automatik bertukar menjadik B... dan kalau keputusan gred D... akan bertukar menjadi C... ini bergantung kepada keadaan, syarat dan terma kebohongan si tukang cerita

3.SPM dapat pangkat berapa?

-walaupun orang melayu kita selalu mengatakan mereka tidak memandang pangkat dan darjat.. namun persoalan tentang pangkat berapa spm akan tetap ditanya walaupun sudah masuk abad yang ke dua puluh.. lagik2 mereka adalah dari golongan veteren perang zaman dahulu kala.. atau pun pernah bersahabat karib dengan pak kaduk...selalunya soalan ini akan dijawab dengan penuh bangga kalau anaknya berjaya la.... kalau keputusan yang melingkup pasti jawapan "cukup-cukup makan je" akan kedengaran...


Kepada yang sudah berumur 18 tahun ke atas soalan-soalan angker sebegini akan ditanyakan.. iaitu...

1.Belajar lagi atau bekerja?

-soalan ini selalunye berbentuk pilihan a atau b atau kedua-duanya skali.... dan kebanyakkan orang lebey menggemari pilihan A dari B yang mana pilihan A lebey menyatakan bahawa anak seseorang tu cerdik macam kancil hingga mampu masuk ke Universiti.... selalunya jurusan apa yang dipilih sebagai major tidak menjadi tajuk utama... kerana bagi sesetengah orang.. yang masuk universiti ni kira cerdik dah... walaupun jurusan yang diambil sukar untuk kita fahami peluang pekerjaannya pada masa hadapan...

Selalunya si tukang jawab akan berbangga menjawab jikalau jurusannya seperti mencabar tahap minda manusia biasa contohnya seperti bidang kedoktoran.. engineering... cikgu dan berbagai lagi bidang yg menjurus kepada kekembangan hidung tahap maksimum... walhal hanya dia sendiri yang tahu bahawa result setiap sem yg diperolehi... lepas sket dari kena tendang universiti

-Jika Pilihan B di pilih... selalunya si tukang tanya soalan akan mengatakan bahawa anak orang tu tak sampai kemana... hanya punya SPM.. paling kurang keje kilang... tak pun drebar lori... tak pun jual air BIO aura..tak pun tukang kisar ais ABC...dan soalan tidak diatas tidak akan menjadi berangkai kerana ketidak minatan oleh pihak yg bertanya mula timbul jika pilihan B menjadi jawapan



bagi mereka yang berumur 24 tahun ke atas soalan ini akan diajukan:

1. Dah keje ke? Di mana...
bagi mereka yang menjawab masih belum bekerja... mungkin sukar untuk menjawab persoalan begini berbanding yang sudah bekerja....namun golongan sebegini akan terselamat kerana tidak perlu memberi duit raya kepada anak2 saudara atau sepupu sepapat yang masih kecil..malah akan memperoleh duit raya lagi... cuma akan dipandang serong sebnyak 45 darjah sahaja oleh pihak tertentu...

bagi mereka yang menjawab sudah bekerja... selalunya soalan ini akan menjadi berangkai... contohnya... bekerja di mana?... dan bekerja sebagai apa?.... jikalau setiap jawapan yang anda jawab menepati citarasa si tukang tanya... jangan terkejut kalau si tukang tanya secara tiba2 menukar tajuk cerita tentang anak perempuan bliau masih lagi muda dan menuntut di universiti tempatan sebagai langkah promo anak sendiri yang masih lagik muda dan sudah sampai masa untuk kawin... jangan terkejut kalau sifat lemah lembut sopan santun mula diceritakan oleh seorang ibu walhal anak bliau lebih punyai sifat lemah skit dari lembu dan sopan sikit daripada sotong...

So akhir kata... hasil kajian yang aku jalankan ini.. aku dapati simptom simptom ini tdak dapat dielakkan walaupun mereka berhari raya dengan memakai topeng superman... so kepada sesiapa yang mengalami simptom2 ini pada 1 syawal yang lepas.. saya harapkan mereka berjaya survive dari simptom yang mana mampu menjatuhkan ketamadunan manusia ini...

bagi mereka yang masih belum berjumpa dengan mak saudara atau sesiapa saja... persiapkan minda anda dengan pelbagai latih tubi.. agar dapat menangkis serangan pihak yang tidak bertanggung jawab ini serta bebas dari belenggu simptom FRAQFAU ini.... akhir kata... selamat hari raya makan ketupat.. ingat la saya...baiiiiiiiiiiii..

Saturday, July 10, 2010

yang putih... yang hitam... dan kelabu



kekadang terasa pelik dalam kepala hotak aku ni... boleh dikatakan apa setiap post yang aku ceritakan dalam blog ni boleh dikatakan agak pelik bagi aku... tapi tak tau la pelik atau tidak bagi korang...? kepelikkan yang pertama... kenapa setiap pompuan yang 'kelabu' warnanya cuba memutihkan diri... kenapa perlu putih..? kenapa tak hijau..kenapa tidak bewarna merah jambu atau pun warna2 lain selain putih... kalau berasa agak tidak logik kenapa tak buat rawatan untuk menggelapkan diri yang sudah siap sedia bewarna kelabu..?...

itu yang pertama... yang keduanya kenapa seorang orang putih di negara kita ni dilayan bagaikan raja...kenapa orang putih ini kalau setiap kali berada di jalanan di malaysia ni... anda langsung tidak rasa ada sebarang threat pun.... dan kalau ada foreigners yang berbangsa afrika atau kata kurang hajarnya gelap gelap asap lori ini berjalan di jalanan akan membuatkan anda terasa di ancam ugut,,, atau di ancam rogol walaupun anda seorang lelaki tulen, atau pun berbagai lagi tanggapan negatif... mengapa porque?

jikalau berada di situasi pasaraya atau pun di tempat awam... Mat-mat saleh ni di junjung bagaikan mereka ni sangat mulia...masakan tidak.. berani untuk aku katakan para cashier akan berubah air mukanya tatkala seorang foreigners membuat pembayaran di kaunternya...manis wajahnya sukar untuk di pertikaikan... kalau dibiarkan selama sejam atau dua... tak mustahil jika ada gerombolan semut hitam akan menghurungi wajah si cashier tersebut.. manisnya susah nak cakap... senyumnya bukan takat sampai ketelinga..kalau boleh sampai ke dahi...pertuturannya lembut... sehingga sukar untuk ditafsirkan melalui kata-kata... suaranya bak desiran pasir di pantai....layanannya.. sememangnya first class... bukan takat sanggup mengangkat barang ke kereta.. malah sanggup dukung si orang putih itu pusing shopping mall 8 kali pun tak pe...

Namun ... kalau orang melayu kita yang dok buat pembayaran macam mana pulak?aku rasakan kalau dia buat muka cantik sket pun saling tak tumpah macam lori hantu angkut tanah... kalau ada yang ok..tu ok la..kalau yang tak ok tu... masyallah... masamnya susah nak digambarkan..mulut tu selagi tak muncung ke depan sememangnya tak sah... kalau berada di situasi barangan yang tiada punya tanda harga... bley plak si cashier pi cebik mulut suruh amik barangan lain yang pnya tanda harga... weh..kami customer.. kenapa kami perlu dialayan seperti itu... namun layanan yang kita terima sememangnya tidak seistimewa seperti yang diberikan oleh orang putih tu betul tak?...aku bukannya cuba menghidupkan api racism disini... cuma aku ingin menceritakan realiti tentang kehidupan... realiti ni kadang kala pedas untuk diterima... kalau tak pedas tu... itu bukannya realiti.. tetapi mengampu atau bahasa kotornya menjilat bontot...

Disebabkan itu lah ramai foreigners yg pada mulanya datang ke malaysia atas urusan bekerja akan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara asal mereka bila sudah menjelang usia untuk bersara.... masakan tidak?.... di sini mereka di layan seperti raja..bukan nya sehari.. tetapi berhari2... bertahun2 ...cuba kalau kita orang asia ni pi negara mereka plak...rasa2nya depa akan melayan kita sama sperti orang kita layan depa kah?.... tepuk kepala.. tanya diri sendiri.. tak payah tanya orang len... buang karan saja...

itu yang kedua.. yang ketiga pulak... kenapa setiap bangladeshi, india, kemboja, vietnam dan berbagai lagi dilayan teruk sekali berbanding dengan orang indonesia yang mana , rata2 orang kita masih ada toleransi dengan orang indonesia... sebabnya mudah saja...kita dan mereka serumpun...semelayu...bukankah itu cukup racism bagi kita walaupun dimulut kita tetap nafikan sekeras-kerasnya...yang ni aku tak tau nak suruh hangpa tepuk apa pulak untuk tanya diri sendiri.. pikir2kan lah

Walaupun ada diantara kita mengatakan isu warna kulit ini adalah satu isu yang kecil dan tidak lah perlu diperbesar2kan... try tepuk kepala pak cik anda dan tanya selera dia... atau pun buka sedikit minda anda dengan sejarah2 dunia... lipatan sejarah yang mengisarkan tentang HOLOCAUST, APARTHEID, perang revolusi perancis.. perang dunia 1 dan berbagaikan lagi peristiwa yang mencorakkan dunia pada hari ini adalah berpunca dari satu sebab sahaja iaitu warna kulit...kecil ke besar isu ini.... sama2 lah kita nilaikan sendiri...

Rasa racism itu sememangnya tidak dapat dihapuskan dalam hati dan naluri kita ni sebagai manusia... cuma kita hanya mampu meminimumkan ia sahaja... jgn terlalu obses atau terlalu extreme.. kita smua sama je.. kentut pun same busuk jugak... kalau tak percaya try bau kentut kawan anda...pastu try bau kentut anda sendiri...dan nilaikan sendiri busuknya macam mana...
Kalau tak mau bau... duduk senyap2 sudah... dan hormatilah manusia setiap kaum seadanya..




Thursday, February 25, 2010

Perihal Seorang Ayah

Entah ape sebab aku tetiba nak teringat kat bapak aku malam ni.... nak kata aku anak bapak.. tak sangat la pulak,,, kalau balik umah pun.. aku ngan dia macam tak banyak sembang la... kalau ada topik baru la nak brborak.. dan perbualan kami tidaklah berlarutan sampai ke malam hari dan bersambung pada keesokkan harinya... ibarat mcam sembang sembang ayam sahaja...nak bergurau lebey2 pun.. kang tak pasal dia bagi penendang sayang seorang ayah.. padan muka aku

Cuti hari raya cina yang lepas... aku berpeluang untuk bertemu ayah aku ... lama jugak la tak jumpak dia... bukannya aku tak sedar diri bahwa aku masih punya keluarga di kuantan...cuma bapak aku ni sekrang bukannya dok kat kuantan... dia lebih seronok dok kat kedah sana...salah satu reason dia suka dok sana adalah.. ikan yang dibeli kat pasar lagik best.. dan beras kat sana lagik sedap... kalau nak dipikirkan.. macam tak berapa nak logik sangat la... tapi disebabkan dia bapak aku... so layan kan je la... kang tak dapat bau syurga plakk aku disebabkan derhaka...

Nak dijadikan satu cerita,,,satu hari tu bapak aku ni adalah suruh aku membeli barang2 jahit dia kat satu kedai...barang yang nak dibeli adalah getah yang letak kat belakang sluar... untk pengetahuan korang semua.. bapak aku ni punya skill menjahit tahap "sparkmanshop" punya...waktu dia muda remaja.. dia ada bukak kedai jahit tau...jangan main-main ngan pak cik hasbullah OK...

So aku pun melangkah la keluar mencapai selipar yang besar sebelah... aku tak tau kenapa selipar tu nak besar sebelah... mngkin tertukar kat masjid kot...sebelum nak keluar tu ayah aku hulurkan not 10 ringgit kat aku...katanya duit untuk beli getah seluar tu... dan aku pun bertanya la kat bapak aku " getah sluar tu berapa ringgit?" dan ayah aku menjawab,,," dalam seringgit setengah kot"... so aku pun tersenyum kat dia dan mengatakan... "tak pa la ayah.. setakat seringgit setengah tu pakai duit apis la" .... malu jugak aku untuk amik not rm 10 tu... ya lah.. aku dah ada kerja... dah start makan gaji... takkan la seringgit setengah pun aku tak ley bayar kan?

keesokkannya jugak berlaku perkara yang sama... tapi kali ni dia suruh aku beli ikan termenung dalam rm 5 ringgit.. dan dihulurkan rm 10 kat aku... aku pun menolak la dengan mengatakan.. "tak pa la ayah...apis pakai duit apis la..."

dan kekadang aku terpikir.. mungkin sudah jadi tabiatnya untuk memberi duit kepada aku tiap kali aku nak pergi membeli barang kat kedai time aku blajar dulu...ya la.. time tak jana sesen haram lagik.. memang patut la kan?... kekadang terpikir.. macam kelakar la plak... ayah aku dah lupa kot yang anak dia ni dah kerja....

dan pada hari rabu... ayah aku membuat decision untuk pulang ke kedah...katanya projek tanaman jagung dia tak ada sapa nak jaga.. so sebab tu dia nak kena balik awal kat sana...

time nak balik tu.. aku pun memberi dia 2 keping not rm 50 sebgai duit minyak kereta untuk pulang ke kedah...dan secara tetiba ayah aku menyebut "Terima Kasih la".... dan secara automatik timbul satu perasaan yang sangat lain macam pada aku ni.

Selepas menerima compliment terima kasih dari ayah sendiri.. ibarat ada satu rasa yang sukar yang aku sendiri pun sukar nak paham..nak kata gembira tak jugak..nak kata dihargai pun tak juga... satu perasaan yang bercampur baur yang mana sukar untuk aku cirikan dalam perkataan..duit yang diberi seratus je pun... tak banyak.. tapi entah la... susah nak cerita bagaimana rasanya time tu

dan kekadang terlintas kat hati aku... Camna la rasa hati seorang ayah bila anak2 menyebut perkataan terima kasih sewaktu wang poket diberi ?...

dan bagai mana pula perasaan mereka tatkala duit poket diberi.. namun perkataan terima kasih tu langsung tak terpacul dari mulut anak anak mereka...

untuk pengetahuan smua... aku adalah diantara anak yang jarang jarang menyebut perkataan terima kasih itu time duit poket diberi...

Rasa2nya anda tergolong dalam kumpulan yang mana satu yek?

kalau anda tergolong dalam kumpulan yang sama cm aku... rasa2 macam sangat bersalah atau tidak? Erm ada rasa menyesal tak sekarang ni????




Wednesday, January 13, 2010

SUSAH JUGA JADIK ORANG KAN?

sejak akhir-akhir ni.. jarang sekali aku nak mengupdate blog aku ni.. nak kata aku ni sering sebok.. tak jugak... aku sering je ada masa untuk berblog kalau ikutkan.. namun... mungkin sebab kekeringan idea yang membuat aku lebih senang untuk bermain fb sahaja...

kali ni aku teringin nak bercerita pasal kerjaya... bila sebut pasal kerjaya.. mungkin ada diluar sana sudah dapat memberi gambaran akan realiti sebenar tentang kerjaya...dan mungkin juga ada diantaranya masih kabur2 tak berapa nak nampak sangat.. tak pa.. aku akan cerita satu persatu kat blog aku ni.. korang cuma tolong baca je.. tak perlu la nak menurun seperti mahu meminta nombor ekor... dan tak perlulah menari nari terkinja kesana sini...

Pada waktu di universiti dulu... time zaman muda remaja... zaman sering kenyit mata... aku dan rakan -rakan seringkali mengeluh jikalau test atau deadline assignment semakin hampir... di antara keluhan yang sering dilemparkan adalah... " Cepatlah abis zaman belajar ni... tak sabar nak kerja.. malas nak mengadap semua ni"... keluhan keluhan sebegini bermula dari sem yang pertama sehinggalah sem yang terakhir...

Namun .. aku rasakan ramai diantara kami smua mahu menarik balik akan keluhan yang dilemparkan kami dahulu... Ya.. sesungguhnya zaman perkerjaan ni lebih perit berbanding dengan zaman belajar dulu... jikalau aku punya kebolehan untuk memutarkan masa kebelakang... memang aku nak sangat kembali ke zaman belajar dlu... balik zaman darjah satu dulu pun tak pa.. aku seronok

Kehidupan bekerja.. tidak lah seronok yang disangka...zaman pekerjaan lebih perit lagik dari zaman belajar... ada yang hari-hari kena tiau... ada yang hari-hari kena wat kerja yang tak munasabah.. ada yang hari2 kena buat kerja orang lain dan kerjanya tak siap2... ada yang kerjanya bermain facebook sampai pukul 5.30... dan ada juga yang tidak punya job scope dan ada juga yang tidak tahu position apa yang dipegang... sesungguhnya zaman pekerjaan ni anda akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang lebih mencabar.. dan dari setiap rintangan itulah kita akan melakukan kesalahan.... akan dipersalahkan dan kita akan belajar dari kesilapan yang kita lakukan

zaman bekerja... banyak benda yang perlu kita korbankan... jikalau dulu.. sewaktu zaman belajar.. kelas pagi selalunya akan bermula pukul 9... itu pun bukannya hari2... cuma sehari dua sahaja... malah.. ada juga kelas yang bermula dari pukul 3 petang...tu tak kira lagik kelas malam...memang bagi aku.. zaman belajar ni agak heaven la juga berbanding zaman bekerja...

bila tiba zaman bekerja... setiap hari kena bangun seawal pukul 6.30 pg... keluar rumah tepat pukul 7.... sebab tempat kerja aku agak jauh dari tempat aku tinggal... pukul 8 bermulanya kerja...waktu tido yang panjang terpaksa aku korbankan hanya kerana kerja...waktu malamnya pula.. tidak semestinya aku mampu bersenang lenang di rumah seperti zaman belajar dlu... banyak menda yang berkisarkan kerja yang perlu aku selesaikan

Aku ni sudah 2 kali bertukar tempat kerja....tempat kerja yang pertama... aku blah dengan alasan aku diletakkan di bawah department purchasing yang mana satu haram aku tak bley go on memandangkan aku budak engineering yang poyo2 nak jadi engineer...jikalau aku stay di tempat lama aku.. mungkin aku sekarang ni bekerja sebagai seorang executive.. kerja dalam air cond... duduk depan pc... main taip2 keyboard je...

aku bawa diriku ini ke petaling jaya pula... brkerja sebagai engineer telekomunikasi... first time bergelar seorang engineer.. seronoknya payah la nak cerita.. rasa nak panjat menara klcc.. pastu terjun kepala dulu.. pastu naik menara tu balik.. dan terjun sekali lagi...pada waktu itu.. jikalau kawan2 bertanya aku kerja apa.. dengan kembang hidung sambil menggunakan suara dalam ( bagi effect suara macho dan metrosexual) "owh.. saya ni engineer" ... tak ke macam bangga tahap kembang sebelah bontot... tak ke terasa diri anda hot macam robert downey jr pada ketika perkataan engineer tu terpacul dari mulut anda?..

Tapi apa yang disangka indah.. tidak lah seperti apa yang kita bayangkan.. kerja sebagai engineer telekomunikasi saling tak tumpah bekerja umpama kerbau balar di sawah padi...kerja tak tentu masa.. kebnyakkan hari2 aku habis di sebabkan oleh kerja sahaja..namun aku tetap dibayar dengan harga yang sangat ciput...tukang urut pun lagi kaya dari aku...cuma profession sebagai tukang urut ni agak dipandang serong la oleh masyarakat...sebab tu aku tak mau jadik tukang urut... sebab sebut saja pasal urut.. orang melayu kita mesti pikir dok urut kat 'situ' la,,, macam tak ada tempat lain nak urut...macam kat 'situ' je anggota badan yang ada...aku pun membuat andaian.. tak seronok lah kerja macam ni... kerana kerja macam tu la membuat aku demam seminggu sehingga masuk dalam hospital... so aku resign.. cari keje len

Sebulan selepas menjadi engineer telecomunication yang poyo pada tittlenya... aku mempoyokan diri lagi untuk bergelar sebagai engineer eletrikal pula... mencuba nasib dan gatal bontot nak kerja kat plant... membuatkan aku ingin membuat andaian yg mengatakan kerja aku yang terkini turut tak best...

Namun.. hasil dari perbualan aku dengan seorang housemate ...aku berjaya membuka mata aku dan pemikiran..pada mulanya perbualan aku dan dia lebih kepada karutan yang melampaui batas kemnusiaan.. sehinggalah aku menceritakan apa yang terbuku dalam hati aku ni tentang kisah kerjaya aku... dan nasihat dia berbunyi macam ni la

"jikalau satu tempat kerja tu ko create satu tanggapan yang tidak seronok tentangnya... maka tak seronoklah ko bekerja kat tempat tu... cuba ko create tempat kerja ko skang ni suatu suasana kerja yang seronok...mesti ko takkan terasa nak pindah lagi..semua kerja kat dunia ni tak seronok...cuba tanya tukang kutip sampah.. pemandu teksi..orang kerja kilang, perdana menteri, managing director.. adakah mereka seronok dengan kerja mereka... ?"

aku pikirkan.. ada betolnya apa yang kawan aku sampaikan ini.. herm.. cuma aku perlu sedar.. dan bangun dari tido.. aku bukanya seorang pelajar lagi.. aku sudah dewasa... perlu berdikari sepnuhnya.. so jangan lah mengeluh dengan kerja anda... bersyukur la kepada tuhan sebab masih menentukan rezki untuk kamu...ish rasa mcam ustaz plak nasihat orang ni... tapi tak pa la.. aku nasihatkan diri aku dan korang2 la.. jangan la kondem sangat pasal kerja korang.. kalau disebabkan situasi yang tak bley dielakkan seperti bos anda ajak anda menikah ka.... syarikat dah nak bangkrap ka... ada seorang pakcik gay menjadi stalker anda ka... sememangnya anda layak menukar tempat kerja....

apa apa pun.. selamat bekerja kepada rakan-rakan aku yang baru melangkah ke alam pekerjaan.. ingat pesan aku ni...BERSAKIT-SAKITLAH DAHULU.. BERSENANG-SENANG KEMUDIAN... CAIYOKK!!!




Thursday, December 31, 2009

aku masih mabuk

apa yang ada dengan tahun baru?... entahlah... mungkin pelbagai seribu satu jawapan boleh diungkapkan untuk pertanyaan aku yang langsung tidak menjurus kepada soalan yang berbentuk kbkk .

Tahun baru datang lagi.... azam baru pun turut serta datang... bagi orang yang macam aku yang mana sering nak bertukar-tukar azam walaupun baru seminit lepas saja aku baru menanam azam dalam diri ni merasakan tahun baru bukanlah satu big deal utk aku melakukan perubahan pada diri ini...

Namun kehadiran 2010 seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada zaman untuk aku bermain-main. Walaupun pun hidup ini sentiasa penuh dengan main-main... namun berani aku katakan tahun ni aku tak bley men lebey2 macam dulu2... dulu zaman belajar.. zaman bley men kenyit kenyit mata kat anak dara orang... skarang ni pun masih bley main kenyit2 lagi.. cuma kena belajar kenyit pakai penendang sang wanita plak...nak wat camna... orang pompuan ni mudah sangat cemburu...

Tahun 2010 merupakan tahun kehidupan.... bukan lagi tahun untuk cuba-cuba... zaman untuk menstabilkan kareer.. membina kareer... ada rumah... ada kereta... ada bini 2 orang... apa lagi yang aku nak yek?... uish.. banyak2...

Pada hakikatnya... aku masih pening tak tau nak tulis apa ni.. pening kuar hospital masih belum hilang lagik... rasa badan lemah macam lemang je... dan saat ketika tersebut akan perihal lemang... baru aku teringat yang sekarang ni aku sangat lapar..

Kad atm maybank aku hilang la... camna aku nak draw gaji aku untuk merumba rumba di malam sabtu ni...

apa apa pun... selamat tahun baru... gudbye 2009... tahun yang banyak mengajar aku akan erti kehidupan yang sebenar... selamat tinggal 2009...

Friday, December 4, 2009

I'm An Anti-Twilight

now... i'm proudly want to declare that... i'm an anti-twilight fan

we want the real vampire movies like this :





not this piece of shit...




bukan untuk menyinggung memana pihak... cuma.. aku tak ley blah dengan cerita cintan vampire ni... sekian terima kasih



and i wish the poster for this movie looks like this



Enjoy your weekend

Saturday, November 28, 2009

Kenapa yek?

Erm.. kenapa sejak akhir2 ni aku suka sangat dengar lagu2 zaman purbakala...?

Kenapa stesen radio yang jadi pilihan aku selalunya sinar fm, lite fm, mix fm dan juga klasik fm ... mengapa?

Kenapa juga abang ipar aku secara tiba-tiba mengofferkan rokoknya kepada aku di pagi waktu raya ari tu....? sedangkan waktu aku hisap rokok dulu.. tak dak plak dia nak offer rokok dia...

Kenapa pula kaum keluarga ku sejak akhir akhir ini seringkali menyebut akan perihal perkahwinan dan juga pasal ingin berbesan?

mengapa pula ayah aku sudah tidak hiraukan langsung aku nak kuar malam pukul berapa ribu...kalau ikutkan... bunyi2 suara seperti memarahi tu tetap ada sewaktu 3 bulan yang lalu..

Dan dari segala persoalan yang hadir dalam kepala otak aku ni membuatkan aku terpikir akan suatu perkara

RUPANYA AKU NI DAH BERADA DALAM UMUR DEWASA .... TAK LAYAK NAK GELAR REMAJA DAH...PATUT PUN RASA MACAM GATAL NAK KAWIN JE...HERM!!!

Friday, November 13, 2009

SIKIT JE ...

Kelmarin... aku.. wan tue.. amir tue.. dan aweknya yang tak tue menanam hajat di hati untuk pergi makan secara berjemaah kat ss2.. kat satu kedai ni.. yang mana tempat makannya sampai ke tengah jalan raya...apa yang menariknya pasal tempat makan ni.. aku tak tau la... mungkin disebabkan aroma makanan dicampur pula dengan aroma bau tar yang suam2 kuku especially lepas hujan menambahkan lagik perencah makanan yang di pesan... Namun hajat aku di hati ini bukanlah aku nak tulis pasal aku pi makan kat tempat makan tu... cuma conversation antara aku dan wan tua membawa aku untuk menulis post untuk kali ni

Ketika tu kami berada di atas jalan raya untuk menghantar awek si amir tua pulang ke pangkal jalan...lalu, secara tiba-tiba wan tue besuara...

"Aku terasa peliklah ngan orang kat dunia ni"

Lalu aku pun jawab " Apa yang buat ko terasa pelik ni"

"Yelah... kenapa istilah orang putih digunakan untuk mat saleh dan deorang tak marah pun"

Dalam kepala, aku mula mengeluarkan buah pikiran yang mana lebih menjurus mengatakan wan tue ni macam bodoh2 alang jugak, lalu di sambung dengan penyataan di bawah

"Dah nama pun diorang tu kulit putih, sebab tu kite panggil orang putih, deorang tak marah"

Lalu wan tue menambah lagi,

"dah tu kenapa kalau kita panggil orang india atau orang afrika dengan panggilan orang hitam, deorang akan marah"

Dan aku pun mula tergamam tak reti nak wat apa-apa dan terasa ada betulnya percakapan wan tu..

Wan tue pun berkata lagik:
"Kalau kita bersembang dengan sorang yang gemuk dan kite gitau dia" weh ko gemuk la" sudah tentu orang tu akan marah sampai merah telinga, dan berlainan pula kalau kita gitau "weh ko nampak kurus la".. sememangnya seseorang tu akan senyum sampai ke telinga... mengapa perlu marah walaupun ia sebenarnya hakikat...?"

"kalau jumpa orang yang rendah plak... memang pantang bagi dia kalau kita katakan dia pendek.. walhal mende tu sememangnya terbukti yang dia seorang yang pendek...dan dia akan kembali ceria jikalau statement itu ditambah " ko nampak tinggi SIKIT la"

"Walaupun sikit... ia cukup membuatkan seseorang tu senyum dan terbang ke langit"

"Jikalau kita jumpa seseorang yang bernama perempuan pula.. dan kita bertanyakan soalan seperti macam ni " awak nampak cantik sikit hari ni"

"sememangnya akan membuatkan si gadis tu terhemoh-hemoh seperti mahu berguling atas lantai time tu jugak"

"Namun, kalau kita katakan.. "awak nampak hodoh SIKIT la hari ni"... nescaya awek tu akan menyumpah seranah anda dengan makian dari 32 jenis bahasa yang berbeza"

"Kalau nak bandingkan antara HODOH SIKIT dengan CANTIK SIKIT ni... agak2 mana yang lebih elok yek?"


Lalu pertanyaan si wan tua tu aku simpulkan dengan satu senyuman yang bererti AKU TAK MAMPU NAK JAWAB SOKLAN KO...

Boleh tahan jugak pemikiran orang tua ni... nampak je macam tak berapa nak cerdik...

Friday, October 30, 2009

ApA yang Menarik Tentang Dia?

Dah lama aku tak rasa kagum tahap bulu roma kembang sampai nak tercabut2... dan dah lama aku tak rasa terharu dan kagum sampai hampir nak menangis la jugak...walaupun aku ni pada luarannya nampak seperti jejantan perkasa yang lain... namun jauh di sudut hati ... di ruang hati yang paling sempit sekali.. ada juga rasa mudah tersentuh tu... aku rasa smua orang macam tu.. bukan aku sorang je.. kalau tak caya.. try tanya malik noor... dia pun sama ja cam aku... tak kurang skit pun

mesti ada di antara korang yang dok tertanya-tanya.. menatang apakah yang cuba aku maksudkan ini.... adakah aku sedang berasa kagum dan cuba untuk menjual ubat "kuat" kepada korang? adakah aku berasa kagum sambil cuba untuk mempromosikan penapis air cap bio aura "syukur alhamdulillah"?... dan adakah aku saja2 buang tebiat nak mampus sebab pada malam minggu ni kawan2 aku yang len smua pakat mengenjoykan diri, manakala aku terperuk kat dalam rumah tak tau nak kluaq pi mana sebab duit dalam beg duit ada sebanyak rm40 campur habuk2, resit kedai mamak yang ada tompok kari kambing sket, dan bisnes-bisnes kad yang mana layak untuk aku buat lap mulut selepas makan sahaja...

straight tu da point la.. aku malas nak melalut.. sat lagik hangpa dok kata aku dok gila isim plak..camni la.. apa yang aku maksud kan tadi adalah berkenaan dengan satu ciptaan tuhan... apa yang menariknya tentang ciptaan tuhan ni yang mana mampu membuatkan aku nak bergenang air mata bila baca cerita dan tonton kelibatnya? sapa kah makhluk tuhan ni?...

Nama yang diberi adalah christian... ya.. dia bukannya islam.. malah dia jugak bukan kristian... dia tak pandai semayang... tak pandai duduk diantara dua sujud... dia tak pandai baca doa iftitah..dia juga bukan jenis semayang pakai colok...dia selalu tak pakai baju... dia juga tak dak istilah halal haram dalam hidup nya..tapi dia tau ALLAH tu tuhan dia... ini adalah kerana Christian adalah seekor singa



Christian the lion




dari kiri : Rendal, Christian, dan Bourke



kat atas ni adalah gambar christian... amacam.. comey dak.?.. ada rasa nak peluk2 dan wat bantal peluk di malam hari? apa yang menarik nya cerita pasal seekor anak rimau nan seekor ni... dia bukannya harimau jadian cap waris jadi hantu.. dia tak mampu nak bertukar menjadi seekor lelaki lembut... awek dia plak tak cun macam maya karin pun..namun yang menarik tentang seekor christian ni adalah perjalanan hidupnya.. nak tau camna jalan hidupnya.. teruskan membaca ok

-Pada tahun 1969.. di london kat pasaraya Harrods ada kelibat 2 ekor anak singa yang ditempatkan dalam sebuah sangkar yang mana muat2 depa saja dalam tu

-Christian adalah salah seekor anak harimau tersebut... dia diperoleh oleh Harrods kerana dia adalah anak singa yang terlepas dari sangkarnya dan ditangkap untuk dijual kerana memusnah cenderamata kat karpet department dalam harrods tu... manager department tersebut sgt2 la nak juai christian ni

-Lalu muncul lah mamat yang bernama Rendal dan Bourke yang berlagak selaku super hero dan membeli salah sekor anak singa tersebut dengan sebanyak 250 guineas sahaja

-Rendal , Bourke bersama kawan2 dia yang len smua pakat dok sayang kat singa yang sekor ni... namun singa ni bukannya jenis membesar takat tu ja.. cukup ja dia umur setahun.. Christian ni membesar dengan penuh jayanya walaupun dia tak penah sepanjang hayatnya minum milo untuk pembesaran ataupun meminum susu yang penuh DHA dan mampu membuat dia menjawab soalan "INI BENTUK APE?"... sebab dia besar sgt.. depa ni pakat2 la bawak dia pindah kat satu kedai perabot dan tinggal di bawah basement kedai tersebut.. pemilik dia juga mendapat permission untuk bagi si christian ni exercise kat tanah lapang di gereja yang berdekatan.. dan selalu jugak la membawak si christian ni jalan2 usha awek... awat hangpa igt singa tak dak nafsu ka?

-Bela singa ni bukannya macam bela ayam atau itik..ini sebabnya dari hari ke hari .. si Christian bertambah saiznya.. dan kos sara hidupnya pun meningkat dan christian juga berjaya memeningkan kepala kedua-dua pemiliknya itu...pemilik dia pun pernah berkata.. takut-takut christian ni dah mula nak men gigit kepala orang... dan mula berjinak2 nak men terkam orang kat bandar...lalu mereka mengambil langkah.. untuk memperkenalkan dunia safari kepada christian

-pertolongan George Adamson seorang Kenyan Conservationist dan memperkenalkan Christian dengan seekor singa yang lebih otai dan bernama Boy.. Si boy ni kalau ikutkan punyai pride lionnya yang tersendiri... dari pergaduhan awal antara kedua lion ni.. akhirnya depa menjadi sahabat yang sangat akrab dan kehidupan baru si Christian di benua afrika banyak dipengaruhi oleh kehidupan Boy sendiri

-setahun sudah berlalu.. kelibat boy sudah hilang dari alam maya ini akibat ditembak oleh adamson sendiri setelah boy mula hilang pertimbangan dalam kawanan singanya dan cuba mencederakan salah seorang assistant adamson sendiri.. lalu tampuk pemerintahan pride Boy telah diambil alih oleh Christian.. Christian yang dahulunya dikenali sebagai seekor singa yang manja dengan manusia sekarang sudah menjadi ketua puak singa yang masing2 adalah liar buas dan garang sekali... Christian pada masa itu adalah Christian yang berbeza dari yang dulu

-Masa cepat dan pantas berlalu, namun ingatan Rendal dan Bourke terhadap Christian tidak lusuh begitu sahaja... mereka bercadang untuk melawat Christian walaupun Adamson telah memberi pesan kepada mereka bahawa Christian mungkin sudah lupa akan kelibat mereka kerana terpengaruh dengan kehidupannya yang baru yang lebih liar dan lebih semula jadi..

-Namun Rendal dan Bourke tetap bertekad untuk melawat Christian dari jauh sahaja.. asalkan rasa rindu yang termaktub dalam sudut hati mereka dapat terubat juga..walaupun saranan adamson yang mengatakan trip mereka itu lebih kepada membuang masa sahaja

-Dan apa yang berlaku adalah peristiwa yang sukar diduga dan aku rasakan, bukti melalui gambar dan video ini cukup membuka mata korang semua... saksikan dan hayati lah sendiri



Aksi peluk2 bgai lama tak jumpa dan tidor sebantal bersama tuannya



Seperti melepaskan rindu terhadap kedua tuannya Persis seperti sebuah reunion keluarga (christian bersama isteri dan anaknya)

dan video ini berjaya membuat ramai orang terharu dan rasa sebak dengan reunion kedua - dua hidupan tuhan yang berbeza dari segi akal dan fizikal ini






Reunion itu berakhir pada pagi keesokkan harinya... dan selepas reunion di pagi itu.. tiada siapa pun dapat memberi tahu dimanakah kelibat christian selepas itu...

so moral of the story... buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali... jikalau binatang mampu mengenali orang yang berbudi kepadanya.. inikan kita yang punya akal dan fikiran yang lebih matang dari seekor singa..

LOVE KNOWS NO LIMITS AND TRUE FRIENDSHIPS LAST A LIFETIME

Wednesday, October 7, 2009

Aku... Dia.. dan Kerjaya

Tiada apa yang menarik pada malam ini.... kelibat langit yang gelap gulita tidak bersuluhkan matahari membuatkan aku rasa nak mencarik2 rambut yang ada di kepala.... rasa serabut mula menerjah dalam kepala hotak aku sejak sekian lama lagik.. itu belum lagi ditambah dengan pelbagai masalah...rintangan yang melanda diri aku sekarang ni... ya.. aku sememang nya boleh dikategorikan layak untuk menjalani pembedahan otak sekarang... ada sesiapa yang layak untuk membedah otak aku... sila ke hadapan sekarang

Kehidupan selama 2 minggu sebgai seorang trainee yang terkial-kial mencari arah tuju hidup sememangnya buat hati aku ni sering tertanya-tanya.. dan menyoalkan kenapa la nasib aku sebegini rupa?... Kadang kala pertanyaan aku itu melebihi jangkauan kemanusiaan.. dan hampir2 juga boleh memesongkan akidah aku sebagai seorang islam... Pertanyaan yang mempertikaikan akan ketentuan tuhan seringkali hadir dalam kotak pikiran aku ni..namun aku hanya bersabar je lah...sebab dia yang tentukan.. aku ni siapalah di sisi-Nya.. hanya insan biasa yang sering melakukan dosa dan kesilapan

Rasa tidak puas hati terhadap kehidupan sendiri mula menular dalam diri aku ni semenjak berakhirnya hari konvokesyen pada minggu lepas... Pada mulanya aku tak amik port sangat tentang hal ini... namun,.. hati mana yang tak terasa dengki dan iri hati.... tatkala melihat seorang demi seorang rakan-rakan aku telah mula bekerjaya dan menstabilkan keadaan mereka... lebih menyakitkan hati lagi bila mendengar cerita mereka yang mana masing-masing bercadang untuk membeli kereta cap ikan, kereta cap selipar jepun dan juga kereta yang menawarkan hadiah percuma berupakan pinggan raya cap arcoroc

Dan hati mana yang tidak terasa seperti di siat-siat tatkala melihat rakan sekelas sudah mula berkenderaan sendiri dan tak ubah seperti menayang kereta yang baru dibeli dengan titik peluh sendiri kesana dan kemari dan diselangi dengan cerita yang memperihalkan gaji mereka yang mana angka kosongnya sering kali bertambah apabila ditokok tambah oleh pencerita pihak ke 3... ke 4... ke 5 .. dan hatta ke 119... dan hati mana yang tidak sakit tatkala melihat kawan-kawan mula bertukar-tukar bisnes kad yang tertera nama dan jawatan mereka diantara satu sama lain...

Dan hati mana yang tidak merasa perit pabila persoalan yang bertanyakan aku kerja di mana terpacul dari mulut mereka itu disusuli dengan jawapan " aku masih lagi tidak berkerja"... Rasa malu? ada juga... rasa tercabar?.. pun ada juga... rasa tuhan tidak adil?... kekadang persoalan itu mula menyelubungi aku.... tapi aku malas nak pikir sgt.. kang tak pasal2 aku murtad....

Walaupun aku kelihatan seronok seperti tiada apa-apa yang berlaku...ketawa dan hilai tawa aku pada hari itu pada hakikatnya adalah dusta belaka....sememangnya aku mengakui.. aku ni mudah terasa iri hati terhadap kejayaan orang lain... tapi perasaan iri hati aku itu tidak lah mendorong aku untuk melakukan penganiayaan terhadap mereka....aci kerat jari la kalau kata korang tak cemburu melihat kawan-kawan sekelas yang mana sama level dengan anda atau pun kurang sket levelnya .. lebih berjaya dari anda bukan?

Dan hasilnya aku rasakan sejak dua menjak ni.. aku terasa sgt2 la down... disusuli pula dengan perlbagai masalah yang melibatkan pengangkutan, penginapan.. kewangan dan segalanya...ditambah lagi dengan department training aku yang langsung tidak berkaitan dengan engineering... masakan tidak... aku seorang budak teknikal..layak kah aku di tempatkan di bahagian procurement?....

Rasa untuk withdraw? ada juga.. tapi nanti aku nak buat apa kat rumah.. bela itik?... ternak siput sedut?.. tanam cendawan ganoderma... atau jual one drop perfume?...sesiapa yang mampu jawab persoalan saya ini.. sila jawab di kotak komen di bawah ya....

Namun aku rasa aku terpaksa mengikut segala nasihat yang buah hati pengarang jantung aku... dia kata.. tak baik mempertikaikan kerja tuhan...Dia tau apa yang terbaik untuk aku...dan dia merancang cerita yang terbaik untuk aku... dan kerja aku hanya perlu berusaha dan sentiasa berdoa padanya..rezeki aku masih belum tiba..dan setakat ini rezeki ku hanyalah sebagai seorang trainee di Procurement and Vendor Development Division...hidup ni tak selalunya gembira...dan tidak selalunya ceria seperti yang digambarkan...

Hidup ni juga penuh dengan keadaan yang sukar dijangka... dan penuh juga dengan kejutan...

Namun aku sgt-sgt meminta pertolongan dari korang semua...

-jangan sesekali menyoalkan perihal kerjaya aku buat masa sekarang ni dan jgn sesekali mempersendakan aku dengan perkara yang berkaitan dengan kerjaya....-

Walaupun statement di atas kelihatan seperti aku main-main.. namun aku sebenarnya sangat serius pada masa ini....


YA.. AKU SGT LAH SERIUS PADA WAKTU INI... :-|

Friday, September 25, 2009

Hari Ku di Ceriakan Dengan OriGami

Hari-hari terakhir sebagai penganggur berjaya macam mula nak berakhir... pada mulanya aku mahu menanam azam untuk meneruskan sahaja niat baek ko untuk tido hingga ke petang hari... namun panggilan lie yang besar pada rupa tapi tidak pada umurnya itu membuatkan aku terjaga dan terbeliak seluas-luasnya... kenapa aku terbeliak... haa itu adalah hasil kesilapan aku sendiri...atau dalam bahasa lainnya .. bangang tak bertempat... yang aku pegi set ringtone pontianak ngilai untuk panggilan lie yang besar pada rupa tapi tidak pada umurnya tu buat apa... mula la aku terkejut dan agak kebiru-biruan jugak la wajah aku time tu..tapi tak pe.. wajah ku tetap maintain macho macam abang beckham tatkala baru bangun tido... bile aku mandi.. wajahku kembali kepada wajah aku balik.. tu la salah satu kelebihan aku.. .hahahhahaha...

Tanpa membuang masa.. aku pun bangun la.. sambil bangun.. dan sambil melihat katil aku yang bertemakan hutan rimba ala akukultur tu makin tebal dan mula bertukar menjadi hutan khatulistiwa ala taman negara... aku rasakan ular orok-orok.. zirafah dan badak sumbu boleh didapati di bawah selimut ku dan bawah katil semaknya.. hanya tuhan yang tahu menilai... dan pada masa itu baru aku sedari..yang rupanya aku ni bley tahan jugak buas kalau tido... dari 5 bantal yang berada di atas katill.. last2 tinggal satu je.. tu pun berada di hujung2 katil.. hampir nak jatuh..aishhhhhhh

Lalu aku membuka laptop.. mengecheck apa yang patut.. kot2 la ada orang hantar email kata nak masuk meminang.. ada alasan jugak untuk aku mandi awal pada hari ni.. tapi tanggapan aku tu hampa.. sebab yang ada pun email facebook yang mula menyerabutkan mata...korek punya korek.. maka aku terjumpa la satu e book untuk origami ni...rasa berminat untuk membuat origami ni mula membuak2 dalam dada ini... rasa macam orang nak nek pelamin pun ada...neves la plak.. cam bangang kan?

tiap chapter aku tgk.. cari yang mana satu origami yang paling sesuai untuk aku buat..atau dalam kata lainnya mudah untuk aku buat..lalu terjumpa la satu chapter ni.. cara nak buat jadik dinosor katanya...aku mula la melipat dari satu lipatan ke lipatan yang lain... dengan tulus ikhlasnya aku melipat dengan harapan akan jadi kelibat dinosor sperti gambar di bawah



Amacam.. ada cantik tak... tapi orang tua-tua kata... panas selalunya tak sampai ke petang.. sebab hujan di tengahhari... dan berjam-jam aku tertonggek2 sorang depan laptop ni dan terkenyit2 membuat origami.. dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah..




lantas ini membuktikan aku langsung tidak pandai nak wat origami.. hampeh.. instruction yang diberi tak clear langsung.... dah tu camne aku nak wat dinosor... (sebenarnya ni alasan je... saja tak nak malu kan diri sorang2)...dan kesimpulannya.. aku sgtlah tidak berbakat dalam bab lipat siku lipat ni..kalau nak wat semak.. aku memang pandai... mak aku kata.. dari aku kecik lagik.. memang aku berbakat dalam bab ini

Herm.. tak perlah.. aku pasrah je la... sebenar2nya penglihatan aku terganggu oleh satu kelibat objek yang betol2 berada kat mata aku.. puas aku korek.. tapi tak tau apa dia..mungkin sebab tu origami ku sering tak menjadi.. adus.. sungguh menganggangu ... binatang apakah di mata ku ini

dan kini baru aku sedari.. apakah jenis objek itu.... ia terhasil dari proses penyahtinjaan oleh mata.. aku tak nak la bagitau korang.. nak suruh korang teka..tinggalkan tekaan anda di ruang post di bawah yek..

Aku rasakan.. sudah sampai masanya untuk aku mandi.. tak gitu?

Kehidupan Seorang Penganggur Terlampau

Hari ni dah raya keberapa pun aku dah tak tau... aku tak berminat nak kira.. sebab aku ni kalau bab kira hari ni aku tak minat sangat.. kalau kira anak dara comel yang datang bertandang ke rumah aku tu.. sememangnya aku sangatlah berminat.. tak payah suruh pun tak pe.. memang aku berminat sangat2... biasalah.. manusia kan suka pada kecantikan...so sebagai menyahut cabaran sebagai seorang manusia yang humble.. aku perlu la mengambil langkah untuk cinta dan rasa jatuh cinta kepada kecantikan.. selalunya golongan awek2 yang cantik lah...tapi tak salah kan?... aku hanya nak menghayati keindahan ciptaan tuhan... ya.. ciptaan tuhan itu sangat lah cantik

Hari ni jugak aku masih meneruskan kehidupan ku selaku seorang bujang yang bermaharaja lela di rumah ibu bapak ku sendiri.. mujurlah aku sekarang berada di malaysia.. kalau lah aku ni seorang rakyat amerika atau pun eropah.. dah lama rumah aku ni menganjurkan aktiviti parti liar macam dalam cerita yang korang tgk tu... dan mujurlah juga aku ni seorang yang baik hati.. berbudi pekerti mulia.. tak tinggal semayang.. ingat pesan ibu bapa.. pandai menjahit.. memasak dan membuat tarian hula hup...kalau lah aku ni seorang yang jahat sikit dari pada iblis... dah lama umah aku ni dah jadik port... port apa..erk... yang tu aku tinggalkan sebagai pertanyaan kepada diri sendiri.. kalau anda teringin nak buat andaian .. sila lah buat.. saya tak marah pun...

Kehidupan sebagai seorang bujang sememangnya sangat lah tidak terurus... ini diperkuatkan lagik dengan tittle seorang "penganggur terlampau" membuatkan aku seperti kais pagi makan pagi.. kais petang.. esok lusa tak tau macam mana...Mujurlah hari ni masih lagik diistiharkan sebagai hari raya... bley la aku berkunjung ke rumah handai taulan dengan alasan mahu bertegur sapa dan beramas mesra.. pdahal.. aku punyai agenda yang tersembunyi...iaitu memenuhkan tembolok sendiri.. jimat sikit duit aku... dan mujurlah juga aku ni jenis yang tidak memilih makanan.. dpat makan marukku ikan..kerepek ubi.. almond london..air sirap kenduri yang mana "manis" pada warna tapi tidak pada rasa...sudah memberi kepuasan kepada aku sendiri...

Rasa nak berkata padan muka pada diri sendiri pun ada juga ..tapi tak mengapalah .. bukan selalu aku nak jadik bujang di hari raya...rasa seronok tu ada jugak... maunya tak seronok... baju kena basuh sendiri...kena sidai sendiri.. kena gosok sendiri...masak pun kena masak sendiri..tapi bab habiskan tu aku berikan pada tong sampah sahaja.. kerana dia yang lebih berhak untuk menerima... nak marah sebab masakan tak sedap pun terasa macam bodoh-bodoh alang pulak.. sebab masakan tu .. aku yang buat sendiri

Busan? ada la jugak skit-skit..kalau busan.. aku dok bergurau dengan kucing-kucing aku... kalau dia gurau guling-guling.. aku pun turut berguling sama.. kalau dia ajak bergurau kasar tahap mencakar-cakar... aku lempang je.. haaa.. kan dah padan muka...paling jahat pun aku tak bagik makan... hahahaha...patut la kucing-kucing aku sering melarikan diri bila melihat aku sejak akhir-akhir ni...

Apa yang aku nak buat petang ni yek?.. entah la.. nak tdor dah puas dah... nak bergurau dengan jiran sebelah pun.. dia bukan kenal aku.. kang tak pasal kene penendang free.. nak pergi beraya macam tak sesuai je..sebabnya dah abis rumah aku beraya...tapi satu haram duit raya tak dapat pun.. dah besar panjang ke aku nih...Apa kata aku kemas bilik.. tukar tema .. dari tema hidupan laut dalam kepada tema hutan simpan ala akuakultur.. ok tak...

Owh sungguh tidak terurusnya kehidupan ku ini... ni yang rasa macam nak cari sorang bini ni...

Saturday, September 19, 2009

1st hari raya

Aku rasakan.. korang-korang yang lain musti tgh dok melayan sanak saudara yang datang ke rumah ketika ini kan?... tak pun dok makan marukku ikan di depan tv sambil ternganga besar dok tgk cerita kat televisyen... paling kurang pun dok minum sirap yang tak habis pagi tadi kan?...

Aku plak berlainan ngan korang smua... sebabnya parents aku balik kg.... kakak2 ku pergi beraya tah ke mana... aku plak tak tau nak wat apa di rumah keseorangan... nak pi jejalan beraya.. kawan2 aku sah2 nak beraya ngan family depa hari raya pertama ni.. tak pun balik kg kan... so.. berbekalkan t shirt CSR Gems we share as we care dan berkain pelikat biru petak2.. aku stay dalam bilik.. sambil mengambil langkah cerdik untuk menutup segala pintu hadapan dengan harapan kanak-kanak yang datang beraya itu menganggap tuan rumah tiada di rumah...lalu aku pun menonton cerita pendek yang bodoh-bodoh alang di you tube... memang lawak cam gampang la.. hahaha...
sesapa yang tak tahan dengan bad words.. jgn la menonton cerita ni... nanti terbakar koklea anda...saya tak ada koklea lebeh nak beri... sebab tu saya dah bagi amaran ni

saksikan lah Psycho Girlfriend episode 1....





yang ni plak episode 2...



ni plak episode 3

Tuesday, September 15, 2009

Kereta Second Hand?

Semua orang nak beli kereta... bior kekadang gaji 7 ringgit sehari pun.. akan punya azam yang mendalam gila untuk beli kereta.. tak kirala kereta baru ke.. kereta lama ke.. seken hen ke.. ape ke...

dan post aku kali ni .. aku nak berkongsi la.. sedikit ilmu untuk memilih kereta seken hen yang tepat untuk anda semua... bukannya apa.. aku dah serik dok tgk kawan-kawan aku di tipu oleh penjual kereta seken hen ni... memula kata kereta ni accident free la.. belong to woman la .. apa laa..skali.. baru 2 minggu pakai...macam2 perkara dah jadi.. bermula dari nak tercabut bumbung.. enjin hanpir gugut di tengah jalan... kereta potong...turbo pecah.. dan berbagai lagi la masalahnya..

so tanpa membuang masa.. baca la tips yang berguna ni ... kalau sapa-sapa yang tak berminat nak beli kereta seken.. tidak perlulah anda membuang masa post aku untuk kali ni yek..



1. Luaran :
  • cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada.
  • Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free.
  • Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka).
  • Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).

2. Dalaman :
  • Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak.
  • Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang.
  • Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).
  • Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujian ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.

3. Injin :
  • Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus).
  • Laburkan sedikit duit, veli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hitam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih.
  • Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin).
  • Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama.
  • Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).
  • Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar.
  • Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi).
  • Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian.Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan .
  • Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing.
  • Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

4. Pemanduan :
  • Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left.
  • Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment.
  • Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise . Kalau ada problem!!! komponen ini akan bernyi tok tok tok .... Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti.
  • Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.
  • Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta.
  • Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.


so... gunakanlah tips yang aku beri ni untuk mengelak diri dari di tipu oleh cina-cina used car ok... selama mencuba adik adik