- anda benci dengan lipas?
- adakah anda pernah berasa ingin mengupah pembunuh upahan untuk membunuh lipas yang suka hati nak panjat kaki anda?
- adakah anda teringin untuk bertemu abang shieldtox yang gagah perkasa dan menyuruh bliau menumbuk lipas di rumah anda sehingga penyet....?

ini adalah gambar ahmad joe lipas(bukan nama sebenar) dan rakan-rakan rempitnya yang telah ditumbuk rusuknya oleh brother shieldtox
jika semua jawapan nya adalah "ya" maka anda tergolong dalam golongan yang takot akan lipas. Disini saya ingin memaklumkan bahawa.. walaupun saya ni lelaki berbadan besar dan tidak pernah menjalani sebarang pembedahan jantina.. namun saya tetap untuk berasa takot dengan makhluk hitam yang macam buah kurma ini...
Ini bukan bermaksud untuk mengatakan saya seorang lelaki lembut yang berbadan besar...kerana saya yakin bahawa diluar sana bersepah2 lelaki-lelaki normal yang berasa takot kepada lipas ni... tapi rasa takot kaum adam ni tidaklah sehebat kaum hawa yang mana saya rasakan sanggup memanjat siling dan membakar rumah gara-gara sang lipas yang tak pernah sekolah petang ni
Perkara yang sangat di annoyingkan oleh sang lipas ini adalah.. mereka ni bukannya takot kepada manusia... sebagai perbandingan.. jikalau anjing liar cube mendekati anda.. cubalah anda tunduk dan mengutip sesuatu persis mengambil batu ... nescaya anjing ni akan berlari lintang pukang.. dan kalau anda bernasib baik... anda boleh melihat anjing tersebut berlari dengan dua kaki sahaja..namun lain pula yang terjadi kepada sang lipas ini... pabila kita ni cuba menjauhkan diri dari mereka akibat rasa geli... time tu jugaklah sang lipas ni akan meluru laju ke arah kita tanpa rasa bersalah dan berasa ilmu penuh di dada... dan bagi yang ada sayap pula... time tu jugak la si lipas ni nak terbang laju2 dan hinggap di atas badan kita.. macam siot je kan?
okey.. ini adalah serba sedikit fakta tentang sang lipas... mungkin dengan fakta2 ini.. ia mampu mengubah persepsi anda untuk tidak berasa takot kepada makhluk yang huduh ini...
- lipas mempunya darah yang berwarna putih.. ini bermakna anda tidak perlu menghempas penyapu anda berulang kali ke atas bangkai lipas hanya kerana anda mahu memastikan yang mereka betol2 mati
- lipas selalunya kluar bukan untuk mencari makanan.. tetapi untuk mencari air.. walaupun mereka ni selalu berada di bilik air dan longkang2
- lipas boleh hidup sebulan lamanya tanpa makanan... tetapi mereka boleh hidup seminggu sahaja jika tanpa air
- dan fakta no 3 menyokong akan fakta yang mengatakan lipas mampu hidup tanpa kepala selama seminggu.. ini kerana mereka akan mati kerana kekurangan air...bile kepala dah hilang.. takkan nak minum guna kaki kot..
- lipas ni hidup dalam smua keadaan.. tak kira lah di hutan banat... di white house...di salak selatan.. di gurun sahara... dan juga di kawasan artik
- hampir kesemua lipas mempunyai kebolehan untuk terbang...tetapi tak semua lipas ni nak terbang
- ada yang mengatakan lipas takut akan cahaya..tapi pada hakikatnya ia tidak..bagi seekor lipas.. bila lampu didapur menyala.. itu menandakan ada seseorang didapur yang sedang menjamah makanan..jadi kerja mereka hanya tunggu untuk menikmati sisa makanan tersebut
- di dunia ni ada sekitar 5000 spesies lipas
- lipas mempunya 6 kaki dan 18 lutut... wahh.. hebatnya mereka kalu mereka pandai melakukan senaman yoga kan?
- apabila seekor lipas jantan meminati akan si lipas betina.. si lipas jantan akan memberi "wrapped gift" yang berupa spermatophore..spermatophore ini diperkaya dengan protein yang mana baik untuk generasi-generasi lipas yang berikutnya... wahh... romantiknye cik lipas ni kan?
- jikalau bumi ini dimusnahkan dengan bom nuklear...jangan terkejut kalu para saintis mengatakan bahawa lipas adalah salah satunya hidupan yang survive
- lipas mengenali para keluarga dan rakan-rakannya melalui bau yang mana hampir sama dengan bau kasut sukan abang anda
- manusia yang phobia dengan lipas atau serangga lain dipanggil sebagai Blattodephobia dan bukannya "Harap Badan je Besar Tapi Penakot Nak Mampus"
- lipas mempunyai family tree yang sangatlah besar.. dan mereka ini dipercayai sudah wujud pada era Carboniferous yang mana sudah berusia 280 million years
- lipas tergolong dalam golongan Omnivor.. yang mana mereka ini makan tumbuh-tumbuhan dan juga daging... malah yang lagi annoying.. ada diantara mereka yang mana pandai makan almari mak saya... baju ayah saya... malah stokin bapak menakan saya.
- Cockroach berasal dari perkataan sepanyol iaitu " cucaracha" yang mana membawa maksud serangga yang gila..
- fosil lipas yang paling awal ditemui 280 juta tahun dahulu yang mana 80 juta tahun lebih tua berbanding usia zaman dinosour
- saintis masa kini telah berjaya menjalankan pembedahan otak pada encik lipas.. maka lipas2 yang mengalami masalah tumor otak tidak perlu berasa bimbang lagik
- jikalau kaki seekor lipas telah patah akibat eksiden motor dengan cik ahmad nisfu..mereka tidak perlu ke kedai sejaras mencari kaki palsu yang baru ataupun second hand.. kerana kaki mereka mampu untuk tumbuh kembali... kalu tak percaya.. try la buat..
- segala fakta yang diberi ini adalah betol belaka.. bukan saja2 saye nak buat pandai okay
okey.. sekian adalah serba sedikit tentang encik lipas yang hensem, gagah perkasa dan berbulu di merata-rata.. moral of the story.. dengan ini saya menasihati kawan2 dan juga diri sendiri.. agar lebey berani untuk berkata tidak kepada lipas...kalu mereka cuba mengganggu hari anda.. apakata anda cuba mengganggu hari mereka dengan semburan shieldtox,ridsect fumakilla dan sebagainya.. selamat mencuba adik2 ya.....





