amboi2 tajuk blog kali ni mengalahkan lagu rap plak ada verse2 kan?...mujur la tajuk kali ni aku tak buat dalam dirty version cam lagu akon tu ... sebenarnya kali nih aku nak proceed dgn cerita aku yang sebelum nih..kiranya ada kesinambungan la.. bukan saje2 suka hati mak nenek aku nak kaitkan tajuk kali ni ngan tajuk yang terdahulu tau.. apa2 pun sebelum aku mengarut dan melalut dengan lebih lanjut ..aku teringin nak mulakan blog aku kali ni dengan senyuman ; )
hari ni dah 26 hb... maknanya ia adalah hari kedua aku memulakan latihan praktikal aku.. seronok?.. ye .. memang aku seronok.. dan segala apa yang aku hadapi sebelum ni rasa berbaloi dan aku bersyukur sangat2... hari pertama internship aku bermula pada 25hb.. aku ulangi.. 25hb... ya.. mungkin ada segelintir dari korang2 berasa pelik.. yelah.. masakan tidak.. aku rasakan kebanyakkan korang2 pakat qada tdo sebaik mungkin.. hingga berbuih2 taik mata ...pada hari semalam aku ada mengontek sang faiz dan juga sang hasbullah..korang tau apa yang berlaku?.. sang faiz kalu aku tak silap aku send msg kat dia seawal pukul 9 pagi.. tetapi.. satu haram respon pun tadak.. last2 pukul sebelas aku tepon..cehh.. sekali mamat ni tdo.. time aku tepon tu baru nak bangun.. ish2 seronoknya mereka tdo... manakala pak lah plak.. msg dihantar pada pukul 10 pg kalo tak silap... last2.. mesg yang dibalas.. adalah pada pukul 3 petang.. dan paklah tanpa rasa bersalah dia mengatakan... aku baru mangkit tdoq ni.. hahahah.. gile ahh.. jeles i macam ni.. tapi paklah aku tak pelik sangat.. mamat ni skang dah jadik workaholic..asal ada masa nak wat ot je.. dia bantai buat ot.. kalu la ot bley wat 24 jam.. aku rasa paklah dah bawak tilam dan bantal dan tdo kat kilang dah...
ok2 berbalik kepada motif yang sebenar.. kepada pembaca2 kat luar sana.. aku nak mintak maaf la.. kerana mengambil masa korang agak lama untuk baca blog aku ni.. aku ni mudah sangat hilang kosentrasi.. pada mulanya aku teringin nak memperihalkan tentang satu tajuk je.. tapi bermula dalam satu tajuk.. dan pengakhirannya pula mungkin bertajuk2...memang aku masa kecik2 cepat hilang tumpuan pun.. mak aku sendiri cakap yang aku ni memang nakal dan gatal orangnya.. dan kegatalan aku pun sudah mula terserlah seawal usia 4 tahun...hahaha...maunye tidak.. kalu la seseorang yang nak dukung aku tu tidak lah secomel jessica simpson.. jgn haraplah aku nak bagik dia dukung.. lari sejauh yang mungkin ade lah... kalu orang yang dukung aku tu putih dan comel .. bukan setakat aku merelakan diri aku didukung.. malah aku pulak yang meminta dan merayu2 untuk didukung... tapi kira ok la tu kan.. dari aku meminta2 dan merayu2 untuk mendukung mereka yang comel2 ni...
ahh.. fokus2.. tgk... dalam nak cerita perihal sebenar tu pun.. alih2 dah masuk perenggan keempat dah ni.. ish2 ok.. straight to the point..pada 25hb tu.. secara rasminya aku memulakan latihan praktikal ku di BREDERO SHAW (MALAYSIA) yang mana terletak di pelabuhan kuantan.. perjalanan dari rumah aku hingga ke pelabuhan lebey kurang mengambil masa dalam setengah jam la jugak..dan pada waktu ini aku rasa kan aku dah berbalik kepada zaman persekolahan aku dulu... ye lah.. bangun tdo seawal enam setengah pagi..pas semayang memang sori bye bye la aku nak dapat tdo balik.. pada waktu tu jugak aku kena berjinak2 untuk mandi menggunakan air sejuk.. ya tuhan.. sejuknya macam menggigit medula oblangata ku... dah la aku ni pantang sejuk.. aku ni dah la mudah selsema... dan tak pasal2 jugak aku kelihatan seperti mamat isap dadah pada ketika itu.. kejap2 gosok idung.. kejap2 gosok idung..nasib baik la hidung tu terletak kat muka.. dan tak terletak kat celah2 kelangkang... kalu tidak.. sudah sah2 aku dituduh sebagai seorang yang tidak bermoral kerana melakukan aksi lucah dikhalayak ramai...
kenapa aku kena bangun awal seawal nam setengah.. walhal perjalanan cuma amik masa setengah jam je... ok.. untuk pengetahuan smua.. waktu kerja aku bermula seawal pukul 7.30 pagi... diulangi.. 7.30 pagi...hohoh... memang macam budak nak masuk sekolah la.. mujurlah kat kampeni tu tak dak pengawas tggu kat pintu gerbang.. kalu tidak hari tu.. nama aku dah tercatat dalam salah laku dah.. sebab aku sampai pada pukui 7.33...
aku diletakkan dalam pengawasan bro kite sorang ni.. nama dia meor.. meor tau.. bukan miauw miauw.. dan bukan lah jugak miang miang.. meor namanya.. mamat ni nampak steady n cool je..dan dia jugak tak la banyak cakap.. jenis senyap je.. aku plak yang serba salah nak bersembang ngan dia... kang dia kata aku ni banyak talking nonsense plak.. baek aku senyapkan diri sambil bertasbih.. cewahh... pada hari yang pertama. aku dibawa berjalan2 oleh brader meor ni.. pada ketika ini aku dah kena berjinak2 pakai PPE...korang tau apa PPE.. haa.. PPE ni bukanlah mende yang bodoh2..walaupun ketika memakai PPE ni aku kelihatan agak bodoh dan hodoh.. tapi menatang ni la yang kononnya mematuhi kriteria untuk OSHA ni.. PPE ni termasuk lah google..helmet.. baju pantul cahaya tu.. dan safety boot... dalam banyak2 ni.. mende yang aku paling benci nak pakai adalah safety boot.. korang penah rasa camna pakai safety boot?.. tak penah?.. okey.. ringkasan dia macam ni la.. ibarat ada sekor tenggiling dok melingkar kat kaki anda.. dan disebabkan kaki kita ada sepasang.. maka maknanya ada dua ekor tenggiling la..lalu berjalan la ada kesana kemari ibarat tenggiling di kaki.. beratnya bley tahan.. no wonder la aku tengok ada workers kat sini yang mana perutnya terus menuju kelangit menggapai bintang2.. tetapi kakinya alahai.. slim macam kaki milla jovovich...dan kalu la kita melihat dari pandangan belakang pulak.. tapi tgk kat part kaki je la.. puhh.. saling tak tumpah macam j.lo tingkatan satu dlu..tapi bila dia pusing dpan.. puh... saling tak tumpah macam accapan mengandung 6 bulan..
sampai la aku di blok maintenance...sesampainya aku kat sana... aku rasa aku ada macam penah tgk je mamat ni... nama mamat ni mail.. mail bin apa aku tak tau.. tapi nama dia ismail la...yang penting budak ni adalah ex ump dan bekerja kat BREDERO SHAW ni..mamat ni kalu tak silap aku tua 2 thn kot..kirenye ada la jugak geng aku kat sini.. berkenal kenalan ngan mamat2 elektrikal kat situ yang mana masing2 pakat dok pakai jaket kuning sekuning taik gigi adam si kucing oren.. pemakaian deorang memang sempoi.. pakai t shirt bodoh.. pastu pakai jeans je.. aku je ari tu pakai mengalahkan pengarah site..smart sangat sampai kena perli la.. natam sungguh..huh.. dalam department ni kirenye aku agak kacip la ngan mail sorang ni.. pastu member dia si faiz tukang service ekon kat kawasan ni.. mr pot sparkie .. dia ni kira macam tok ketuai la kat deparment ni.. pastu mr salleh yang kiranya paling otai la kalu nak berbanding orang len.. mr salleh ni berkesempatan membawa aku pi pusing2 plant.. korant tau tak plant tu apa?.. bukan la plant tumbuh2han tu.. tapi plant yang dalam bahasa melayunya orang panggil plant jugak la.. ala kawasan kilang la tu.. pi mai pi mai go head gostan.. aku dapati kat sini ada lebih dari 5 plant.. dan kat sini aku boleh kategorikan yang kampeni ni menjalankan industri berat.. ye memang berat seberat mesin yang aku lihat pada hari tu.. besarnya yang amat... dan kalau lah mesin2 tu boleh berubah menjadi monster... aku rasa.. orang yang badan besar mesol berkemungkinan jadik pencungkil giginya sahaja.. kat sini ada 10 transformer.. yang mana setiap satu transformer tu mampu menghidupkan elektrik di sekitar kawasan kertih...korang boleh bayangkan macam mana?... nanti kalu aku berkesempatan.. aku upload kan gambar monster2 ni kat blog aku nih..
aku dibawa masuk ke setiap power plant kat situ.. dan untuk pengetahuan korang.. aku dibawa masuk kat kawasan power plant tu pun secara gelap la.. kalu ikutkan orang yang cikai2 macam aku ni mana bley masuk.. ye la.. risikonya tggi.. bayangkan voltage standard yang dibekalkan oleh tnb untuk industri selalunya 415 volt sahaja.. tetapi penggunaan volt kat sini ada lah 433 volt.. tgi skit la.. malah ada yang mencapai sampai 11kV.. tapi kalo volt tgi tapi amp kosong tak guna jugak kan.. tapi aku nak ketengahkan kat sini.. amp yang kat sini bukan lah takat satu titik perpuluhan je.. malah ada satu kawasan tu sampai 2kA pun ada..pendek kata maen riban2 la.. skali kena.. maknanya jadi abu la..tggu masa abu korang tu nak tanam je la..risiko kat sini memang tgi.. malah pada hari pertama aku praktikal pun dah ada kemalangan yang berlaku... terkejut woo.. tiba2 je siren bunyi.. aku igtkan siren dewan makan.. ye lah setau aku siren macam tu saling tak tumpah macam siren dewan makan sekolah aku...rupa2 nya ada worker yang kat sini kehilangan salah satu nikmat la... tangan dia hancur.. nak tau sebab ape.. sebabnya kecuaian dan amik jalan pintas.. akibat malas guna sesendal.. tengah mamat tu dok syok dok buat coating.. sekali pipe tu berguling atas tangan dia.. amacam ngeri tak?..apa? tak ngeri... pipe yang berguling tu bukan lah seperti paip bergalvani untuk air tu.. tapi dia adalah pipe besi yang padat yang digunakan untuk industri oil n gas ni...estimate weight untuk satu paip yang tak dicoating lagi adalah seberat 5 tan.. korang boleh bayangkan lima tan tu macam mana... okey..lima tan tu di ibaratkan seperti 4 biji myvi kamal bergolek atas tangan mamat tu.. amacam?.. ada feeling tak..hasil golekkan tersebut adalah tangan yang terkulai dan jari jemari penyek ... tulang dah hancur ...malas la aku nak cite.. kang tak lalu nak makan..
ye.. risiko kat sini memang la tggi.. hatta aku sebagai intern student pun dah kena bukak acc socso n kwsp..takot apa2 terjadi kepada aku.. mintak2 la aku dijauhkan dari segala malapetaka kat sini.. kesimpulan yang aku dapat buat kat sini tentang kampeni ni... kampeni ni adalah industri berat.. malah dia tak penah shutdown walau malam datang menjelma... kat sini kalu campur aku.. smua skali ada 4 orang budak UMP.. tapi pada siang hari.. hanya mampu jumpak 3 orang je.. kerana yang sorang lagi tu .. shift kejenye bermula pada 7.30 petang sampai 8 pagi hari berikutnya.. berat? ye memang berat ... dan aku sekarang ni ibarat makhluk yang longlai dah.. muka dah naek pucat.. dan kulit pun terbakar skit2... maknanya aku dah tak bley masuk pencarian hero remaja untuk tahun depan.. hahahaha... maunye tak pucat.. bangun pagi hari.... petang nak maghrib baru reti nak balik rumah... area pukui 10 mlm.. mengantuknya memang susah nak diertikan dengan kata2... dok banging kepala sampai pernah terhantuk di meja... dah tu ramai plak yang perasan akan keterhantukan aku itu.. nate betoi... ari 1st dah jadik pak lawak dah.. namun segala apa yang aku ceritakan ini berbaloi rasanya.. kenapa?.. sebab elaunnye pun boleh tahan la jugak... cube teka berapa?... 800? 1000? 1500?... hahaha salah2 ...semuanya salah.. kat sini ...gajinya seperti workers yang keje kat site... tahap aku ni sebagai intern student hanya di bayar rm3 per hour... maknanya dalam satu hari biasa iaitu isnin sampai jumaat.. aku kena bekerja selama 10 jam minimum... dan kalau nak wat OT pun hanya boleh sampai 7.30PM sahaja.... kalau anda terasa rajin.. dan teringin nak wat duit lebey...datang la keje pada hari sabtu dan ahad... dan pada hari ini.. gaji anda akan dibayar dabel...dan minimum waktu bekerja juga 10 jam.... dan kalau anda terasa amat2 la rajin sampai makcik bedah pun menyampah melihat akan kerajinan anda sehingga kan dia mengadu rasa menyampahnya kepada ketua kampung...silalah datang pada hari cuti umum yang mana gaji nya menjadi tripple...
mail a.k.a ex student ump yang sudah pun jadi permanent kat situ pada ketika ini sudah dibayar sebanyak rm7 per hour..kalu sebulan tanpa masuk hari sabtu ahad berapa agaknya ye?... korang kira la sendiri... kalu malas sangat... suruh tuan haji baca blog aku... dan suruh dia tinggalkan kiraannya di chat box tu.. aku juga dimaklumkan.. semakin setia anda bekerja di kampeni ni.. adalah tidak mustahil gaji anda juga dinaikkan... contohnya pak hamid ni...nampak selekeh je dia ni... macam ayam kampung pun ada jugak .. tu pun kalu dia duduk.. kalu dia berdiri.. saling tak tumpah macam ayam serama ketua kampung kawasan umah aku nih..hahah.. selamba je aku kutuk pak hamid ni.. ahh aku tak kesah la.. aku yakin dia tak akan baca blog aku nih... nasib baek dia tak pandai berkokok atas tiang je.. dia cuma pandai "berkokok" di smoking area sahaja.. agak tua la jugak dia ni.. tapi tua2 pun.. tua berisi.. kejenye tak payah pun... bawak kren je.. tetapi disebabkan dia dah lebih 10 thn keje kat situ.. dia di bayar sebanyak rm12 sejam... kalu sepuluh jam bersamaan waktu kerja normal untuk sehari.. cuba kira kalu dia bekerja selama sebulan..?.. tu pun kalu dia tak buat ot... apa kata korang kira pulak kalu dia bekerja sabtu dan ahad yang mana dia akan dibayar dable.. mak aih... berpeluh ketiak den dibuatnya.. abes jari dah kira ni.. aku rasa pak hamid ni kalu sehensem bradd pitt atau pun pierce brosnan.. sudah pastu dia dah kawin sampai empat.. maklum lah berkemampuan..namun apakan daya.. dia tak hensem macam brad pit pun..dia cume kelihatan seperti wajah ronaldinho kena kepit ada la..err pak hamid.. sorry terkutuk.. tak sengaja...
maknanya elaun aku tidak la fixed... boley berubah2 mengikut arah angin.. mari angin rajin aku.. kemungkinan esok(sabtu) aku gi la.. kalu datang angin malas aku.. hehehe... aku igt nak dok umah sambil bersembang dengan kucing2 aku sahaja la... apa2 pun aku bersyukur sangat dapat intern kat tempat ni.. pengalaman memang banyak... segala mak nenek yang ada kat sini tidak penah aku tgk depan mata.. paling koman pun tgk kot tv je la..memang betol kata orang.. sabar tu adalah jawapan bagi segala2 rintangan yang datang menimpa... buat kawan2 aku yang baca blog ni.. kalu ada sebarang dugaan yang datang.. cuba lah untuk menghadapinya dengan tabah.. dan jgn la kita elak kerana..ia berkemungkinan akan memakan diri kita sendiri.. setiap permasalahan ada penyelesaian nya... Allah tidak menjadikan manusia ini hidup tanpa masalah... kerana dugaan dan rintangan ini lah yang mengajar kita untuk menjadi tabah dan kental.. dan ia jugak mewarnai kehidupan kita ni..di ingatkan bahawa jgn sesekali mempersoalkan keadilan tuhan.. dan yakin lah kepada diri sendiri bahawa segala yang pahit ada manisnya .. dan segala yang manis.. ada pahitnya.. hidup kita boleh diumpamakan seperti otot bisep kat tangan nih...untuk membentuk otot yang sihat.. kita perlulah pergi ke gym dan mengangkat segala beban.. tetapi anda perasan tak.. kalu kita mengangkat beban kat gym ni.. esoknya sah2 otot kita akan sakit kan...tetapi otot yang sakit tu la menandakan bahawa ia sihat dan akan mengembang sekembang otot bisep abang shieldtox yang menumbuk nyamuk di kaca2 tv..okey maksudnya yang tersurat kat sini adalah seperti ni.. kehidupan kita ni adalah otot tu.. untuk menguatkan diri kita sendiri.. kita kena menghadapi segala dugaan yang mendatang seperti mana kita mengangkat beban2 tu.. walaupun pahit dugaan itu.. namun ia akan memberi kehidupan yang bermakna dan menjadi pendinding untuk kita menghadapi cabaran yang mendatang...
kesimpulan kat sini yang aku boley buat ialah.. just enjoy yur pain.. because pain is proof that you still alive and awake.. atau dalam ungkapan encik ramdhan.. just enjoy yur problem.. .. apa2 pun kat sini aku ingin ucapkan kepada rakan2 sekelas aku.. selamat menjalani latihan praktikal... dah berjaya jgn lupa kawan2.. nak kawin pun jgn lupa ajak.. dan kalau tuka num tepon jgn la lupa bgtau... aku bukannya ape.. aku sayang kat kawan2 aku ni.. .okey.. aku rasaada yang dah berair mata .. hidung dan mulut macam pesakit chikungunya dah korang2 yang baca blog aku kali ni.. panjang nya melampau kan cerpen surat khabar kan?... hahah.. terima kasih kerana membaca.. papai
Friday, December 26, 2008
Sunday, December 21, 2008
beratnya dugaan ni
hari ni dah 22 hari bulan doblas... maknanya minggu terakhir bagi aku untuk mengesahkan tempat latihan industri kepada pihak UMP.. dan tanggal 22 haribulan ni jugak menunjukkan bahawa dah masuk minggu kedua aku duduk bersahaja kat rumah ... hari2 bangun lewat dan tengok tv pendidikan kat tv 9 tanpa berbuat apa2 serta memperhabiskan biskut2 yang bergelimpangan di dapur...
mungkin sebilangan kecil kelasmet aku sudah mengetahui.. kenapa aku lambat bebenor start praktikal ni.. bukannya aku tak dapat tempat praktikal... bukannya aku demand nak tempat li yang gempak... kalu ikutkan la masa awal2 sem dlu... smua tempat yang aku apply.. smuanye bagik respond ok dan bukkannya rejection.. tapi apakan daya... aku ni hanya mampu merancang... yang kat atas sana tu yang menentukan segalanya..ape?...ada yang tak tau lagik ke sebab ape aku still duduk dirumah menonton rancangan tv pendidikan di tv9 dan setiap pukul lima petang aku tgk spansbob plak?...erm camne nak mula ye.. ok kisahnya bermula macam ni
mungkin sebilangan kecil kelasmet aku sudah mengetahui.. kenapa aku lambat bebenor start praktikal ni.. bukannya aku tak dapat tempat praktikal... bukannya aku demand nak tempat li yang gempak... kalu ikutkan la masa awal2 sem dlu... smua tempat yang aku apply.. smuanye bagik respond ok dan bukkannya rejection.. tapi apakan daya... aku ni hanya mampu merancang... yang kat atas sana tu yang menentukan segalanya..ape?...ada yang tak tau lagik ke sebab ape aku still duduk dirumah menonton rancangan tv pendidikan di tv9 dan setiap pukul lima petang aku tgk spansbob plak?...erm camne nak mula ye.. ok kisahnya bermula macam ni
- kampeni pertama yang aku mintak ni adalah kampeni chemical yang namanya kalu sebut tu.. memang tak asing lagik la.. eastman chemical yang terletak kat gebeng .. pada mulanya kampeni tu dengan riak-riak ikan di air mengatakn yang aku akan diprektikalkan kat kampeni tu.. seronoknya tak dapat nak digambarkan... kalu korang boleh bayangkan macam mana seronoknya dato k dapat kawin ngan ct nurhaliza... haa aku lebih seronok dari tu lagik...baru dapat komfirmation untuk praktikal tu.. kalu dapat keje terus kat kampeni tu .. tak tau la macam mana seronoknya...mungkin aku buat kenduri 15hari 25 malam rasanya...tgh2 dok syok sambil mengembang2 kan hidung kepada rakan2 yang masih tertonggek2 mencari tempat praktikal.. pada suatu petang yang damai... diirngi dengan angin sepoi2 bahasa german... sambil kedengaran dengkuran rakan2 aku...tido akibat kepenatan di bulan posa... aku terima satu panggilan.. ya .. satu panggilan dari HR..bukannya HR pejabat ultraman yang menguruskan tentang kedatangan makhluk2 asing ke muka bumi itu.. kerana aku bukanlah seorang ultraman yang apabila kepenatan..e mampu menyalakan lampu di tgh dadanya tu.. aku kalu kepenatan hanya mampu menjelirkan lidah sahaja..kerana setau aku tiada lagik organ manusia yang lain yang boleh dikaitkan dengan kata kerja 'jelir' itu... ahh melalut lagik.. ok.. berbalik kepada story kita tadi.. hr dari eastman... aku dgr je pompuan dalam tepon tu kata dia dari eastman.. aku dah mintak awal2 dah..kalu la dikatakn eastman nak rejek aku plak.. aku berharap bahawa yang bercakap dan mengaku dia tu dari HR eastman adalah fara fauzana ..kot2 saja dia nak kenakan aku dengan panggilan hangit.. tetapi.. ku sangka kan panas hingga ke petang.. rupanya snowing dan santa claus gelak hohoho di tengah hari...apa yang aku harapkan adalah sebaliknya.. perempuan HR tu bukan lah fara fauzana.. dan dia bukan lah dari HOT fm.. tapi betol2 dari HR eastman... pompuan tu kata.. "adik sorry to say.. we have to reject our offer untuk praktikal awak.. because our beloved GM son and his friends nak praktikal kat sini"... cube teka apa yang aku mampu buat time tuh... haaaaa.. aku hanya mampu nganga..nganga seluas yang boleh... nganga yang boleh memuatkan sebuah lokar bilik ..dia tolak aku ni cam sampah je... KIWAK betol la..ape besar sgt ke anak GM tu.. mentang2 anak GM ... aku plak yang dijadikan mangsa... kalu anak Perdana Menteri (PM) aku tak tau lah macam mana... bukan takat buang aku dari tempat praktikal agaknya.. buang aku luar negeri terus ada la kot..sedey?..ya aku amat sedey.. nak praktikal pun nak men politik.. bodoh unta punya orang..
- kampeni kedua.. iaitu w.r grace .. jugak di gebeng..kisahnya bermula macam ni... pada suatu hari.. apisangkancil berjalan2 ke shah alam jauh nya... menghadiri temuduga yang diatur oleh pihak job market yang mana sudah mengelabui ramai mata2 para siswazah di UMP..arakian setelah 3 hari berada di shah alam... hadirlah si apisangkancil ini ke sebuah syarikat yang mana digembar gemburkan bergelumang dengan minyak dan gas (oil & gas) sudah sekian lama.. hatta temuduga tersebut adalah berjaya juga dan syarikat berkenaan yang diberi nama trisystem tech berpuas hati dengan keputar belitan kata2 ku ... ya .. daku memang pandai bermain kata2.. disebabkan itu lah syarikat berkenaan teringin menempatkan aku dibahagian penjualan atau bahasa penjajahnya iaitu sales department... namun hasrat aku untuk melanjutkan latihan industri ku dihalang keras oleh keluarga... kakak ku yang berdua turut memainkan peranan seperti witches yang kejam dan suka melemparkan kata2 kesat kepada kampeni tersebut... namun ada betolnya kata2 kesat tersebut kerana.. jikalau aku ditempat kan di bahagian sales.. adalah aku seperti tidak mempraktikkan apa yang dipelajari di universiti..malah aku lebeh dikenali sebagai salesman yang tgi pangkatnya ataupun dalam bahasa yang indah dan berbunga-bunga.. ia sesuai dipanggil dengan panggilan sales engineer..lalu witch yang tua memberikan cadangan untuk meneruskan tradisi keluarga untuk mencuba nasib di w.r grace..ya... kehadiran ku amatlah di alu2kan disana.. namun disebalik kemengada-ngadaan si kak mona selaku kerani di bahagian human resource disana cukup membuat aku rasa nak kencing berdiri diatas kepalanya..mana tak nya.. kalau ikutkan borang SLI sudah 3 minggu lebey patut disubmit.. namun aku punya borang SLI tidak dapat disubmit kerana tiadanya surat reply dari kampeni w.r grace tersebut... sudah berkali2 aku menelipon.. namun jawabannya sama.. "OK OK OK ..OK...ye... OK.. baek..OK.. terima kasih".. kata2 tu tiap kali diucapkan oleh mona si burung kakak tua itu.. akibat kebengangan sudah mengatasi fikiran waras ku.. aku pun bertindak seperti seorang bos pula.. aku menetapkan due date kepada mona si kakak tua tu... kerana.. minggu tersebut adalah minggu terakhir sebelum para plajar yang lain akan memulakan latihan industri deorang... lantas.. si kakak tua itu bersuara.. "ark ark ark...(mungkin itu adalah maksud memberi salam dalam bahasa burung kakak tua) actually kalu adik nak tau.. kampeni kiteorang ni dah dekat sminggu plant kena shutdown... so we have to reconsider back about our decision nk amik budak intern ke tak"... korang tau ape yang mampu aku buat ketika tu... ape?..salah2...jawapannya adalah.. bucu bantal dibilik aku hampir tercabut gara2 amarah yang amat sangat..dah la tu... menabur janji palsu kat aku.. katanya yang kampeni tu akan shutdown sebulan je.. tup2 keesokkkannya lain pulak cerita nya.. burung kakak tua tu kata "the best solution... u should find another company la.. but for now.. most of company at gebeng ni pakat2 shutdown"...nasib baek la si kakak tua tu tak gelak di akhir perbualan dia tu.. kalu tidak aku dah tangkap burung kakak tua tu ... dan aku semelih buat gulai pajeri nenas..
- kampeni yang ketiga pula adalah kampeni yang bernama BREDERO SHAW yang terletak kat pelabuhan sana.. jalanraya di pelabuhan saling tak tumpah seperti jalan hutan safari afrika.. kenapa? kemungkinan untuk anda melompat seperti seekor kangaroo gila talak adalah sanagat tgi...sebabnya, terdapatnya bonggol2 bodoh yang dahulunya berwarna kuning.. tetapi akibat di makan usia.. ia dah tggal warna hitam.. so tak nampak la sangat bonggol itu tetapi lebih menyerlahkan kebodohan bonggol tersebut.. bukan takat satu atau 2.. malah berbelas2 banyak nya.. ya.. bodoh sungguhkan perjalanan ke pelabuhan kuantan tu kan?.. ok berbalik kepada kampeni bredero tu tadik.. kampeni ni lebih kepada coating piping untuk gas, minyak dan air.. atau dalam kata lainnya .. syarikat ni supply pipe yang besar nak mampus kat tengah laut tu.. untuk menyalurkan bekalan gas atau minyak mentah balik kepada plant.. ish panjang pulak mukadimmah nya.. ok.. aku diberitahu oleh seorang mamat ni untuk datang ke kampeni tersebut seawal jam 8 pg..bukan 10 .. bukan sebelas. tapi 8 pagi.. iaitu waktu yang mustahil bagi aku untuk menjadi seorang manusia normal..aku sanggup korban kan waktu tidor aku.. sebabnya.. malam sebelum tu aku pgi men futsal.. balik pkul 12..trus cabut pi pelabuhan.. usha tempat kampeni ni kat mana.. dan kemudian pulang ke rumah bujang member aku yang mana satu rumah menempatkan 10 orang ramai nya.. ya.. sudah memadai untuk membentuk sepasukan bola sepak...aku bukan lah nak komplen.. namun sudah lumrah agaknya bagi rumah bujang... tilam pun cukup2 la untuk deorang.. dan aku hanya tdo berbantalkan baju salin yang aku bwak berlapikkan sejadah dan sehelai kain cadar agaknya... sebab banyak sgt ropol yang aku nampak.. ke.. deorang bagik aku langsir je buat lapik... ahh.. persetankan la....korang rsa aku bley tdo tak?... hahahahahaha ya.. memang aku tak boleh tdo.. sejuk... ditambah dengan nyamuk...sampai ke pagi aku dok garu2 tau... dan seawal pukul 7 suku aku mandi... mak aii.. sejuk gila babi.. rasa dah jadi santa claus pun ada..tapi tak pe la.. asal aku bley sampai tepat pada pukul 8.. dan jikalau aku mendengar persetujuan oleh kampeni tersebut amik aku intern kat situ.. itu sudah cukup memadai bagi aku...jam menunjukkan pukul 745 pagi... ya.. aku ada 15 menet lagik.. duduk dalam kereta sambil mempraktis cakap2 putar belit sebab kononnya aku akan di interview.. tepat pukul 8.. aku pun tepon la mamat yang offer aku tempat inter tu... dia suruh aku tggu kat pintu depan.. aku pun tggu la dengan penuh debarannya...tapi tak sampai 5 menet tepon aku berbunyi ring ring dan ring.. mamat tu yang tepon.. katanya..awak pegi la makan dlu sebab orang yang nak interview awak tu tak sampai lagi... aku pun pegi la makan seperti disuruh... makan punya makan..sambil tgk orang dok menari tarian canggung kat MHI.. tgu punya tgu..pukul 9 pun datang la menjelma... sepuluh menet kemudian tepon aku berbnyi .. dan aku dengan rasa penuh excited angkat la tepon tu.. kot2 orang tu suruh get ready nak masuk.. tup2 lain plak mamat tu cakap...mamat tu cakap camni la "awak balik la dlu.. petang ni saya bagitau balik macam mana ... sebabnya orang yang nak interview awak tu cuti.. and maybe cuti dalam 2 atau 3 hari jugak la" korang tau apa yang mampu aku buat pada masa tu..telinga aku panas je rasanya.. rasa macam diperkotak katikkan macam tu je..
Saturday, December 20, 2008
are u agree with me?
Just wanna let u wondering same cam aku la... lets think for a minute..
aku terjumpa satu sentence ni from somewhere la... if i'm not mistaken.. aku jumpa ikut internet kot.. it says.. "LAZINESS MAKES A NEW INVENTION"..atau dalam bahasa melayu atau bahasa kasarnya.. lebih kurang berbunyi macam ni la.."KEMALASAN MEWUJUDKAN SATU CIPTAAN TERBARU" ... herm.. amacam?.. rasa2nya anda percaya atau tidak.. tapi tak pe.. meh kita kupas satu persatu mengapa aku fikir sentence tu ada betolnya.
Namun pernahkah korang berfikir tentang kepelikan akan teknologi ni?.. apa? tak paham? okey meh sini aku nak memberi contoh2 yang aku harap korang bley fikirkan dan kalu boley.. tolonglah berikan jawapan kepada aku ek..
persoalannya berbunyi macam ni
Lakaran tu kalau dilihat tak lah seperti seperti gambaran sebuah mentol pada masa kini yang futuristik gitu kan...tapi dari gambar kita dapat tgk dari gambar sebelah ni..gambaran mentol tu saling tak tumpah macam terung kan?. Gaya timun pun ada jugak. ish sebut sal timun ni.. buat aku lapar nasik lemak plak... ok2 berbalik kepada cerita kita ni, di sini saya senaraikan symbol untuk nombor yang tertera kat gamba sebelah nih
Ha ni plak gambaran besar sikit dari gambaran mula2 gamba yang aku bagik tuh. Gambar ni boleh didapati sebanyak tiga kali dalam substranean krip dan ada lagik dalam krip2 yang laen. Gambar di sebelah ni memperlihatkan tuhan udara yang bernama Heh (air god Heh) tgh dok pegang menatang bulb tu..hahah lawak betol nama tuhan tu.. Heh.. macam orang berak tak lepas je bunyinya.
persoalannya di sini mcam mana saintis ni terpikir bentuk yang saling tak tumpah ni macam terung bunting ni adalah sebuah mentol..jawapannya adalah seperti di bawah
hoh menatang apakah disebelah kanan ni? adakah ia persis seperti pasu bunga dirumah cik senah jongang atau pun persis seperti tanglong kat rumah apek jual ikan yang sekampung dengan cik senah jongang tu?..salah2 ..semuanya salah... gambar kat sebelah ni adalah gambar bagi bentuK sel kering yang telah dicipta oleh para2 orang egypt nih..
nama diberi oleh para saintis yang tak kenal penat lelah dan tak knal jugak cara nak masak kerapu masak 3 rasa ataupun ikan patin masak tempoyak kerana hari2 deorang ni dok korek tanah2 kat egypt ni adalah "BAGHDAD BATTERY"..
komposisi untuk baghdad battery ni adalah seperti yang tertera di gambar sebelah nih... penghasilan voltan adalah disebabkan oleh tindak balas antara electrod dan larutan elektrolit tu tetapi... apa yang menjadi persoalan yang bermain2 di kepala otak aku ni.. the iron actually adalah satu unsur yang jarang dan dan adalah unsur besi yang sangatlah bernilai di egypt kerana sangat la payah mencari bijih timah di egypt ni ...kerana sumber yang paling berhampiran pun bukan lah dikedai-kedai sejaras yang buka 24 jam.. tetapi hanya mampu dijumpai di turkey sahaja and were in firm possession of the Hethites yang mana memegang monopoli dalam memperdagangkan IRON goods ni pada era sekitar 1600 bc..tetapi la kan... kalu ikut kepala otak logic aku la.. selain dari kajian yang aku buat ...aku boley katakan its simply impossible that a metal first used in 1600 bc played a major role in lighting pyramids built more than 1000 years before?
aik..dah tu camne cito nih.. fenin aku dibuatnya..ada sumber lain pulak ke yang membolehkan lampu tu menyala...? sungguh misteri la kan... dah tu camne cite... okey2 takper.. cukuplah kali ni aku memeningkan kepala korang... kalu korang teringin nak wat kajian sal cerita aku ni.. buat la ekk.. kalu ada jawapan yang memberangsangkan dan menjawab segala persoalan aku.. sila la jawab tanpa segan silu... chalos betey chalos
aku terjumpa satu sentence ni from somewhere la... if i'm not mistaken.. aku jumpa ikut internet kot.. it says.. "LAZINESS MAKES A NEW INVENTION"..atau dalam bahasa melayu atau bahasa kasarnya.. lebih kurang berbunyi macam ni la.."KEMALASAN MEWUJUDKAN SATU CIPTAAN TERBARU" ... herm.. amacam?.. rasa2nya anda percaya atau tidak.. tapi tak pe.. meh kita kupas satu persatu mengapa aku fikir sentence tu ada betolnya.
- malas berjalan... adanya teknologi kereta, motorsikal dan kenderaan lain
- malas berfikir or malas nak buat kajian mendalam sgt2... wujudnya wikipedia serta laman web rujukan yang lain
- malas nak kerja sebab adanya gerakan fizikal... maka adanya MLM yang hanya perlukan seseorang itu pandai bermain kata-kata last2 dapat duit riban2 jugak
- malas pasang api..maka adanya teknologi mikrowave atau dapur elektrik yang hanya memerlukan seseorang itu berduit untuk membayar kos elektrik sahaja
- malas berkata2 ..maka wujudnya teknologi chatting atau 'sms'ing yang mampu membuat sesorang itu berkata2 atau dalam bahasa lainnya 'mengata-ngata' dengan menggerakkan jari kesana kemari atas keyboard..
- malas nak tukar cenel tv .. maka wujud la teknologi remote control yang pada masa kini menyebabkan manusia terasa malas pula nak tekan cenel mana yang dia nak tgk... maklum la ..cenel tv skang ni banyak sgt.. lagik2 siaran tv berbayar tu lagik la tak ingat banyaknya
Namun pernahkah korang berfikir tentang kepelikan akan teknologi ni?.. apa? tak paham? okey meh sini aku nak memberi contoh2 yang aku harap korang bley fikirkan dan kalu boley.. tolonglah berikan jawapan kepada aku ek..
persoalannya berbunyi macam ni
- seperti yang korang tahu.. thomas elva edison adalah pencipta mentol yang pertama.. namun setelah kajian yang telah dibuat oleh para saintis masa kini.. didapati teknologi mentol ni telah ada pada zaman firaun dlu.. dimana lakaran mentol awal telah ditemui pada dinding sebuah kuburan firaun.
Lakaran tu kalau dilihat tak lah seperti seperti gambaran sebuah mentol pada masa kini yang futuristik gitu kan...tapi dari gambar kita dapat tgk dari gambar sebelah ni..gambaran mentol tu saling tak tumpah macam terung kan?. Gaya timun pun ada jugak. ish sebut sal timun ni.. buat aku lapar nasik lemak plak... ok2 berbalik kepada cerita kita ni, di sini saya senaraikan symbol untuk nombor yang tertera kat gamba sebelah nih
- Priest
- ionised fumes
- electric discharge (snake)
- Lamp socket (Lotos)
- Cable (Lotos stem)
- Air god
- Isolator (Djed-Pillar)
- Light bringer Thot with knifes
- Symbol for "current"
- Inverse polarity (Haarpolarität +)
- Energy storage (electrostatic Generator?)
On the basis of this picture engineer W. Garn constructed a working device which indeed gave some light. In the book of Krassa/Habeck we find he following sketch and description:
"If we evacuate a glass bulb with two metal parts reaching into it (B), (C), we can see a discharge at much lower levels, depending on the size of the glass balloon (D). At a pressure of about 40 t (tonnes) (40 mm of mercury) a snakelike light filament meanders from one metal part to the other (E). If we evacuate further, the light filament grows wider until it fills the whole glass balloon. This is exactly what we see in on the pictures in the subterranean chambers of the Hathor sanctuary."Ha ni plak gambaran besar sikit dari gambaran mula2 gamba yang aku bagik tuh. Gambar ni boleh didapati sebanyak tiga kali dalam substranean krip dan ada lagik dalam krip2 yang laen. Gambar di sebelah ni memperlihatkan tuhan udara yang bernama Heh (air god Heh) tgh dok pegang menatang bulb tu..hahah lawak betol nama tuhan tu.. Heh.. macam orang berak tak lepas je bunyinya.
persoalannya di sini mcam mana saintis ni terpikir bentuk yang saling tak tumpah ni macam terung bunting ni adalah sebuah mentol..jawapannya adalah seperti di bawah
- seperti yang aku terangkan tadi la segala simbol yang ada dalam gambar2 yang diberi ni adalah saling tak tumpah macam keadaan mentol pada hari ni dimana ada tube vaccum nya..adanya filamen nya dan ada jugak tempat laluan arusnya
- yang kedua adalah satu fakta yang sangat menarik la bagik aku...seperti yang kita tahu.. piramid ni adalah dibina dari blok2 batu yang sgt lah besar ..so bila blok2 batu ni ditindan2 maka terbentuk lah sebuah piramid seperti kita sudah sedia maklum.. tetapi adakah logik untuk sesorang egyptian untuk melakarkan gambar2 seperti ini di dinding piramid.. sedangkan yang kita tahu.. piramid ni tidak lah bertingkap seperti rumah adam si red lion? atau pun berpintu seperti rumah s. kamal s?.. so kalu pikir logik la kan.. ikut celah mana la cahaya nak masuk.. nak bagi laluan bagi si tukang penconteng dinding ni untuk menconteng dinding piramid ni... mungkin pada pikiran anda terlintas... "eleh apa payah... mesti mamat si tukang conteng ni bwak obor ke ape ke masa time nak conteng tu".. ok here are the fact kalu korang nak tau... sepanjang kajian oleh para saintis yang tak dak keje laen selaen dok hari2 dok korek piramid ni.. mereka mengatakan bahawa.. "KESAN JELAGA HASIL DARI PEMBAKARAN OBOR ATAU MENDA LAIN TIDAK DAPAT DIKESAN DALAM PIRAMID ATAUPUN TEMPAT KUBURAN FIRAUN YANG LAZIMNYA GELAP TAK BERCAHAYA "..bagaimana pencahayaan menggunakan cermin plak.. aloo cik abang dan akak2 sekalian... ni i nak kabo kat u all ni ..kalu u all nak tau la kan.. zaman egyptian ni dlu deorang nak bercermin a.k.a bersolek bukan lah menggunakan cermin seperti zaman skang ni tetapi menggunakan cooper plate yang sifat pantulan cahayanya adalah diragukan.. so camne? apa pendapat korang ek? betol ke dah adanya teknologi lampu ni pada zaman firaun ni.
hoh menatang apakah disebelah kanan ni? adakah ia persis seperti pasu bunga dirumah cik senah jongang atau pun persis seperti tanglong kat rumah apek jual ikan yang sekampung dengan cik senah jongang tu?..salah2 ..semuanya salah... gambar kat sebelah ni adalah gambar bagi bentuK sel kering yang telah dicipta oleh para2 orang egypt nih..
nama diberi oleh para saintis yang tak kenal penat lelah dan tak knal jugak cara nak masak kerapu masak 3 rasa ataupun ikan patin masak tempoyak kerana hari2 deorang ni dok korek tanah2 kat egypt ni adalah "BAGHDAD BATTERY"..
komposisi untuk baghdad battery ni adalah seperti yang tertera di gambar sebelah nih... penghasilan voltan adalah disebabkan oleh tindak balas antara electrod dan larutan elektrolit tu tetapi... apa yang menjadi persoalan yang bermain2 di kepala otak aku ni.. the iron actually adalah satu unsur yang jarang dan dan adalah unsur besi yang sangatlah bernilai di egypt kerana sangat la payah mencari bijih timah di egypt ni ...kerana sumber yang paling berhampiran pun bukan lah dikedai-kedai sejaras yang buka 24 jam.. tetapi hanya mampu dijumpai di turkey sahaja and were in firm possession of the Hethites yang mana memegang monopoli dalam memperdagangkan IRON goods ni pada era sekitar 1600 bc..tetapi la kan... kalu ikut kepala otak logic aku la.. selain dari kajian yang aku buat ...aku boley katakan its simply impossible that a metal first used in 1600 bc played a major role in lighting pyramids built more than 1000 years before?
aik..dah tu camne cito nih.. fenin aku dibuatnya..ada sumber lain pulak ke yang membolehkan lampu tu menyala...? sungguh misteri la kan... dah tu camne cite... okey2 takper.. cukuplah kali ni aku memeningkan kepala korang... kalu korang teringin nak wat kajian sal cerita aku ni.. buat la ekk.. kalu ada jawapan yang memberangsangkan dan menjawab segala persoalan aku.. sila la jawab tanpa segan silu... chalos betey chalos
Subscribe to:
Posts (Atom)