Pak turut yang Setia

Friday, December 26, 2008

beratnya dugaan ni verse two

amboi2 tajuk blog kali ni mengalahkan lagu rap plak ada verse2 kan?...mujur la tajuk kali ni aku tak buat dalam dirty version cam lagu akon tu ... sebenarnya kali nih aku nak proceed dgn cerita aku yang sebelum nih..kiranya ada kesinambungan la.. bukan saje2 suka hati mak nenek aku nak kaitkan tajuk kali ni ngan tajuk yang terdahulu tau.. apa2 pun sebelum aku mengarut dan melalut dengan lebih lanjut ..aku teringin nak mulakan blog aku kali ni dengan senyuman ; )

hari ni dah 26 hb... maknanya ia adalah hari kedua aku memulakan latihan praktikal aku.. seronok?.. ye .. memang aku seronok.. dan segala apa yang aku hadapi sebelum ni rasa berbaloi dan aku bersyukur sangat2... hari pertama internship aku bermula pada 25hb.. aku ulangi.. 25hb... ya.. mungkin ada segelintir dari korang2 berasa pelik.. yelah.. masakan tidak.. aku rasakan kebanyakkan korang2 pakat qada tdo sebaik mungkin.. hingga berbuih2 taik mata ...pada hari semalam aku ada mengontek sang faiz dan juga sang hasbullah..korang tau apa yang berlaku?.. sang faiz kalu aku tak silap aku send msg kat dia seawal pukul 9 pagi.. tetapi.. satu haram respon pun tadak.. last2 pukul sebelas aku tepon..cehh.. sekali mamat ni tdo.. time aku tepon tu baru nak bangun.. ish2 seronoknya mereka tdo... manakala pak lah plak.. msg dihantar pada pukul 10 pg kalo tak silap... last2.. mesg yang dibalas.. adalah pada pukul 3 petang.. dan paklah tanpa rasa bersalah dia mengatakan... aku baru mangkit tdoq ni.. hahahah.. gile ahh.. jeles i macam ni.. tapi paklah aku tak pelik sangat.. mamat ni skang dah jadik workaholic..asal ada masa nak wat ot je.. dia bantai buat ot.. kalu la ot bley wat 24 jam.. aku rasa paklah dah bawak tilam dan bantal dan tdo kat kilang dah...

ok2 berbalik kepada motif yang sebenar.. kepada pembaca2 kat luar sana.. aku nak mintak maaf la.. kerana mengambil masa korang agak lama untuk baca blog aku ni.. aku ni mudah sangat hilang kosentrasi.. pada mulanya aku teringin nak memperihalkan tentang satu tajuk je.. tapi bermula dalam satu tajuk.. dan pengakhirannya pula mungkin bertajuk2...memang aku masa kecik2 cepat hilang tumpuan pun.. mak aku sendiri cakap yang aku ni memang nakal dan gatal orangnya.. dan kegatalan aku pun sudah mula terserlah seawal usia 4 tahun...hahaha...maunye tidak.. kalu la seseorang yang nak dukung aku tu tidak lah secomel jessica simpson.. jgn haraplah aku nak bagik dia dukung.. lari sejauh yang mungkin ade lah... kalu orang yang dukung aku tu putih dan comel .. bukan setakat aku merelakan diri aku didukung.. malah aku pulak yang meminta dan merayu2 untuk didukung... tapi kira ok la tu kan.. dari aku meminta2 dan merayu2 untuk mendukung mereka yang comel2 ni...

ahh.. fokus2.. tgk... dalam nak cerita perihal sebenar tu pun.. alih2 dah masuk perenggan keempat dah ni.. ish2 ok.. straight to the point..pada 25hb tu.. secara rasminya aku memulakan latihan praktikal ku di BREDERO SHAW (MALAYSIA) yang mana terletak di pelabuhan kuantan.. perjalanan dari rumah aku hingga ke pelabuhan lebey kurang mengambil masa dalam setengah jam la jugak..dan pada waktu ini aku rasa kan aku dah berbalik kepada zaman persekolahan aku dulu... ye lah.. bangun tdo seawal enam setengah pagi..pas semayang memang sori bye bye la aku nak dapat tdo balik.. pada waktu tu jugak aku kena berjinak2 untuk mandi menggunakan air sejuk.. ya tuhan.. sejuknya macam menggigit medula oblangata ku... dah la aku ni pantang sejuk.. aku ni dah la mudah selsema... dan tak pasal2 jugak aku kelihatan seperti mamat isap dadah pada ketika itu.. kejap2 gosok idung.. kejap2 gosok idung..nasib baik la hidung tu terletak kat muka.. dan tak terletak kat celah2 kelangkang... kalu tidak.. sudah sah2 aku dituduh sebagai seorang yang tidak bermoral kerana melakukan aksi lucah dikhalayak ramai...

kenapa aku kena bangun awal seawal nam setengah.. walhal perjalanan cuma amik masa setengah jam je... ok.. untuk pengetahuan smua.. waktu kerja aku bermula seawal pukul 7.30 pagi... diulangi.. 7.30 pagi...hohoh... memang macam budak nak masuk sekolah la.. mujurlah kat kampeni tu tak dak pengawas tggu kat pintu gerbang.. kalu tidak hari tu.. nama aku dah tercatat dalam salah laku dah.. sebab aku sampai pada pukui 7.33...

aku diletakkan dalam pengawasan bro kite sorang ni.. nama dia meor.. meor tau.. bukan miauw miauw.. dan bukan lah jugak miang miang.. meor namanya.. mamat ni nampak steady n cool je..dan dia jugak tak la banyak cakap.. jenis senyap je.. aku plak yang serba salah nak bersembang ngan dia... kang dia kata aku ni banyak talking nonsense plak.. baek aku senyapkan diri sambil bertasbih.. cewahh... pada hari yang pertama. aku dibawa berjalan2 oleh brader meor ni.. pada ketika ini aku dah kena berjinak2 pakai PPE...korang tau apa PPE.. haa.. PPE ni bukanlah mende yang bodoh2..walaupun ketika memakai PPE ni aku kelihatan agak bodoh dan hodoh.. tapi menatang ni la yang kononnya mematuhi kriteria untuk OSHA ni.. PPE ni termasuk lah google..helmet.. baju pantul cahaya tu.. dan safety boot... dalam banyak2 ni.. mende yang aku paling benci nak pakai adalah safety boot.. korang penah rasa camna pakai safety boot?.. tak penah?.. okey.. ringkasan dia macam ni la.. ibarat ada sekor tenggiling dok melingkar kat kaki anda.. dan disebabkan kaki kita ada sepasang.. maka maknanya ada dua ekor tenggiling la..lalu berjalan la ada kesana kemari ibarat tenggiling di kaki.. beratnya bley tahan.. no wonder la aku tengok ada workers kat sini yang mana perutnya terus menuju kelangit menggapai bintang2.. tetapi kakinya alahai.. slim macam kaki milla jovovich...dan kalu la kita melihat dari pandangan belakang pulak.. tapi tgk kat part kaki je la.. puhh.. saling tak tumpah macam j.lo tingkatan satu dlu..tapi bila dia pusing dpan.. puh... saling tak tumpah macam accapan mengandung 6 bulan..

sampai la aku di blok maintenance...sesampainya aku kat sana... aku rasa aku ada macam penah tgk je mamat ni... nama mamat ni mail.. mail bin apa aku tak tau.. tapi nama dia ismail la...yang penting budak ni adalah ex ump dan bekerja kat BREDERO SHAW ni..mamat ni kalu tak silap aku tua 2 thn kot..kirenye ada la jugak geng aku kat sini.. berkenal kenalan ngan mamat2 elektrikal kat situ yang mana masing2 pakat dok pakai jaket kuning sekuning taik gigi adam si kucing oren.. pemakaian deorang memang sempoi.. pakai t shirt bodoh.. pastu pakai jeans je.. aku je ari tu pakai mengalahkan pengarah site..smart sangat sampai kena perli la.. natam sungguh..huh.. dalam department ni kirenye aku agak kacip la ngan mail sorang ni.. pastu member dia si faiz tukang service ekon kat kawasan ni.. mr pot sparkie .. dia ni kira macam tok ketuai la kat deparment ni.. pastu mr salleh yang kiranya paling otai la kalu nak berbanding orang len.. mr salleh ni berkesempatan membawa aku pi pusing2 plant.. korant tau tak plant tu apa?.. bukan la plant tumbuh2han tu.. tapi plant yang dalam bahasa melayunya orang panggil plant jugak la.. ala kawasan kilang la tu.. pi mai pi mai go head gostan.. aku dapati kat sini ada lebih dari 5 plant.. dan kat sini aku boleh kategorikan yang kampeni ni menjalankan industri berat.. ye memang berat seberat mesin yang aku lihat pada hari tu.. besarnya yang amat... dan kalau lah mesin2 tu boleh berubah menjadi monster... aku rasa.. orang yang badan besar mesol berkemungkinan jadik pencungkil giginya sahaja.. kat sini ada 10 transformer.. yang mana setiap satu transformer tu mampu menghidupkan elektrik di sekitar kawasan kertih...korang boleh bayangkan macam mana?... nanti kalu aku berkesempatan.. aku upload kan gambar monster2 ni kat blog aku nih..

aku dibawa masuk ke setiap power plant kat situ.. dan untuk pengetahuan korang.. aku dibawa masuk kat kawasan power plant tu pun secara gelap la.. kalu ikutkan orang yang cikai2 macam aku ni mana bley masuk.. ye la.. risikonya tggi.. bayangkan voltage standard yang dibekalkan oleh tnb untuk industri selalunya 415 volt sahaja.. tetapi penggunaan volt kat sini ada lah 433 volt.. tgi skit la.. malah ada yang mencapai sampai 11kV.. tapi kalo volt tgi tapi amp kosong tak guna jugak kan.. tapi aku nak ketengahkan kat sini.. amp yang kat sini bukan lah takat satu titik perpuluhan je.. malah ada satu kawasan tu sampai 2kA pun ada..pendek kata maen riban2 la.. skali kena.. maknanya jadi abu la..tggu masa abu korang tu nak tanam je la..risiko kat sini memang tgi.. malah pada hari pertama aku praktikal pun dah ada kemalangan yang berlaku... terkejut woo.. tiba2 je siren bunyi.. aku igtkan siren dewan makan.. ye lah setau aku siren macam tu saling tak tumpah macam siren dewan makan sekolah aku...rupa2 nya ada worker yang kat sini kehilangan salah satu nikmat la... tangan dia hancur.. nak tau sebab ape.. sebabnya kecuaian dan amik jalan pintas.. akibat malas guna sesendal.. tengah mamat tu dok syok dok buat coating.. sekali pipe tu berguling atas tangan dia.. amacam ngeri tak?..apa? tak ngeri... pipe yang berguling tu bukan lah seperti paip bergalvani untuk air tu.. tapi dia adalah pipe besi yang padat yang digunakan untuk industri oil n gas ni...estimate weight untuk satu paip yang tak dicoating lagi adalah seberat 5 tan.. korang boleh bayangkan lima tan tu macam mana... okey..lima tan tu di ibaratkan seperti 4 biji myvi kamal bergolek atas tangan mamat tu.. amacam?.. ada feeling tak..hasil golekkan tersebut adalah tangan yang terkulai dan jari jemari penyek ... tulang dah hancur ...malas la aku nak cite.. kang tak lalu nak makan..

ye.. risiko kat sini memang la tggi.. hatta aku sebagai intern student pun dah kena bukak acc socso n kwsp..takot apa2 terjadi kepada aku.. mintak2 la aku dijauhkan dari segala malapetaka kat sini.. kesimpulan yang aku dapat buat kat sini tentang kampeni ni... kampeni ni adalah industri berat.. malah dia tak penah shutdown walau malam datang menjelma... kat sini kalu campur aku.. smua skali ada 4 orang budak UMP.. tapi pada siang hari.. hanya mampu jumpak 3 orang je.. kerana yang sorang lagi tu .. shift kejenye bermula pada 7.30 petang sampai 8 pagi hari berikutnya.. berat? ye memang berat ... dan aku sekarang ni ibarat makhluk yang longlai dah.. muka dah naek pucat.. dan kulit pun terbakar skit2... maknanya aku dah tak bley masuk pencarian hero remaja untuk tahun depan.. hahahaha... maunye tak pucat.. bangun pagi hari.... petang nak maghrib baru reti nak balik rumah... area pukui 10 mlm.. mengantuknya memang susah nak diertikan dengan kata2... dok banging kepala sampai pernah terhantuk di meja... dah tu ramai plak yang perasan akan keterhantukan aku itu.. nate betoi... ari 1st dah jadik pak lawak dah.. namun segala apa yang aku ceritakan ini berbaloi rasanya.. kenapa?.. sebab elaunnye pun boleh tahan la jugak... cube teka berapa?... 800? 1000? 1500?... hahaha salah2 ...semuanya salah.. kat sini ...gajinya seperti workers yang keje kat site... tahap aku ni sebagai intern student hanya di bayar rm3 per hour... maknanya dalam satu hari biasa iaitu isnin sampai jumaat.. aku kena bekerja selama 10 jam minimum... dan kalau nak wat OT pun hanya boleh sampai 7.30PM sahaja.... kalau anda terasa rajin.. dan teringin nak wat duit lebey...datang la keje pada hari sabtu dan ahad... dan pada hari ini.. gaji anda akan dibayar dabel...dan minimum waktu bekerja juga 10 jam.... dan kalau anda terasa amat2 la rajin sampai makcik bedah pun menyampah melihat akan kerajinan anda sehingga kan dia mengadu rasa menyampahnya kepada ketua kampung...silalah datang pada hari cuti umum yang mana gaji nya menjadi tripple...

mail a.k.a ex student ump yang sudah pun jadi permanent kat situ pada ketika ini sudah dibayar sebanyak rm7 per hour..kalu sebulan tanpa masuk hari sabtu ahad berapa agaknya ye?... korang kira la sendiri... kalu malas sangat... suruh tuan haji baca blog aku... dan suruh dia tinggalkan kiraannya di chat box tu.. aku juga dimaklumkan.. semakin setia anda bekerja di kampeni ni.. adalah tidak mustahil gaji anda juga dinaikkan... contohnya pak hamid ni...nampak selekeh je dia ni... macam ayam kampung pun ada jugak .. tu pun kalu dia duduk.. kalu dia berdiri.. saling tak tumpah macam ayam serama ketua kampung kawasan umah aku nih..hahah.. selamba je aku kutuk pak hamid ni.. ahh aku tak kesah la.. aku yakin dia tak akan baca blog aku nih... nasib baek dia tak pandai berkokok atas tiang je.. dia cuma pandai "berkokok" di smoking area sahaja.. agak tua la jugak dia ni.. tapi tua2 pun.. tua berisi.. kejenye tak payah pun... bawak kren je.. tetapi disebabkan dia dah lebih 10 thn keje kat situ.. dia di bayar sebanyak rm12 sejam... kalu sepuluh jam bersamaan waktu kerja normal untuk sehari.. cuba kira kalu dia bekerja selama sebulan..?.. tu pun kalu dia tak buat ot... apa kata korang kira pulak kalu dia bekerja sabtu dan ahad yang mana dia akan dibayar dable.. mak aih... berpeluh ketiak den dibuatnya.. abes jari dah kira ni.. aku rasa pak hamid ni kalu sehensem bradd pitt atau pun pierce brosnan.. sudah pastu dia dah kawin sampai empat.. maklum lah berkemampuan..namun apakan daya.. dia tak hensem macam brad pit pun..dia cume kelihatan seperti wajah ronaldinho kena kepit ada la..err pak hamid.. sorry terkutuk.. tak sengaja...

maknanya elaun aku tidak la fixed... boley berubah2 mengikut arah angin.. mari angin rajin aku.. kemungkinan esok(sabtu) aku gi la.. kalu datang angin malas aku.. hehehe... aku igt nak dok umah sambil bersembang dengan kucing2 aku sahaja la... apa2 pun aku bersyukur sangat dapat intern kat tempat ni.. pengalaman memang banyak... segala mak nenek yang ada kat sini tidak penah aku tgk depan mata.. paling koman pun tgk kot tv je la..memang betol kata orang.. sabar tu adalah jawapan bagi segala2 rintangan yang datang menimpa... buat kawan2 aku yang baca blog ni.. kalu ada sebarang dugaan yang datang.. cuba lah untuk menghadapinya dengan tabah.. dan jgn la kita elak kerana..ia berkemungkinan akan memakan diri kita sendiri.. setiap permasalahan ada penyelesaian nya... Allah tidak menjadikan manusia ini hidup tanpa masalah... kerana dugaan dan rintangan ini lah yang mengajar kita untuk menjadi tabah dan kental.. dan ia jugak mewarnai kehidupan kita ni..di ingatkan bahawa jgn sesekali mempersoalkan keadilan tuhan.. dan yakin lah kepada diri sendiri bahawa segala yang pahit ada manisnya .. dan segala yang manis.. ada pahitnya.. hidup kita boleh diumpamakan seperti otot bisep kat tangan nih...untuk membentuk otot yang sihat.. kita perlulah pergi ke gym dan mengangkat segala beban.. tetapi anda perasan tak.. kalu kita mengangkat beban kat gym ni.. esoknya sah2 otot kita akan sakit kan...tetapi otot yang sakit tu la menandakan bahawa ia sihat dan akan mengembang sekembang otot bisep abang shieldtox yang menumbuk nyamuk di kaca2 tv..okey maksudnya yang tersurat kat sini adalah seperti ni.. kehidupan kita ni adalah otot tu.. untuk menguatkan diri kita sendiri.. kita kena menghadapi segala dugaan yang mendatang seperti mana kita mengangkat beban2 tu.. walaupun pahit dugaan itu.. namun ia akan memberi kehidupan yang bermakna dan menjadi pendinding untuk kita menghadapi cabaran yang mendatang...

kesimpulan kat sini yang aku boley buat ialah.. just enjoy yur pain.. because pain is proof that you still alive and awake.. atau dalam ungkapan encik ramdhan.. just enjoy yur problem.. .. apa2 pun kat sini aku ingin ucapkan kepada rakan2 sekelas aku.. selamat menjalani latihan praktikal... dah berjaya jgn lupa kawan2.. nak kawin pun jgn lupa ajak.. dan kalau tuka num tepon jgn la lupa bgtau... aku bukannya ape.. aku sayang kat kawan2 aku ni.. .okey.. aku rasaada yang dah berair mata .. hidung dan mulut macam pesakit chikungunya dah korang2 yang baca blog aku kali ni.. panjang nya melampau kan cerpen surat khabar kan?... hahah.. terima kasih kerana membaca.. papai

3 comments:

  1. fuuhh penat bace...pnjg melampau2..agaknye karangan pmr ngn spm ko pon pnjg gile nk mmpos kot.. syukur la ko da dpt tmpt tp malangnye ko xley cuti time org cuti..fuhh gempak gempak.. aku cuti smpi 4hb ni hari2 bgn lmbt past tido pon lmbt..kalo hari keje kol 10 tu mmg da kojol da..tp aku naseb bek la x start keje cm org nk gi skolah.. aku bgn 8pg pon ok lagi.. 4 minit je nk gi keje..8.30-5.30 je tp xnk ckp sgt la sbb mybe pasni aku kene keje smpi 2 pagi..so skng aku kene enjoy byk2 sementare dpt cuti kilang shutdown.. huhu aku mls nk kire..nk pgl tn haji kirekan pon mls..xpe xpe..nnti aku kire r gaji tuh..haha.. keje rajen2 n elok..dadaaa~

    p/s nk tido senanye td tp hilang ngntok aku bc blog ko ni..naseb bek aku x gelak kuat2 kalo x terjage org tua aku.. klaka ar ayt2 ko

    ReplyDelete
  2. PANJANG GILE BEB..huhu...prektikel gebeng eh?

    ReplyDelete
  3. apa emel bredero shaw ye?? nk apply li jgak ni.. hehe

    ReplyDelete