Pak turut yang Setia

Monday, April 20, 2009

life is quite complicated kan?

hidup ni kalau nak diikutkan.. tak semuanya mengikuti apa yang kita kehendaki kan?

sebagai contohnya.. pada waktu aku skolah rendah dulu.. aku sering mengimpi-impikan untuk belajar kat MCKK ke.. Skolah mat jiwa ke... tak pun paling cikai.. skolah skolah MRSM la... namun.. apa yang dirancangkan itu.. SEMUANYA TAK JADI KENYATAAN sebab aku bersekolah di SMKA yang terletak kat muadzam shah

kedua.. impian aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minati juga tidak kesampaian... apakah bidang yang aku minati tu?... ish.. tak payah la korang amik tau... malu la saya nanti..yang penting.. bidang yang aku minati itu bukanlah bidang peragaan atau pun bidang seni tarian atau nyanyian

aku pun agak terkejut jugak sebab.. aku boley survive dalam bidang ke elektrik an.. ini adalah pengakuan yang aku nak buat... sungguh.. aku tak minat langsung dengan elektrik ni.. namun .. aku survive jugak.. walaupun bila ditanya macam2 akan perihal elektrik ini.. aku hanya mampu tesengih dan mengangkat bahu sambil berkata.. tak tahu la saya... kat U tak ajar pun nih..

internship aku dah nak abis nih... aku rasa macam kabur2 je perjalanan hidup aku nih.. tak nampak hala tuju... pas grad.. dapat degree.. aku tak tau lagik ke mana hala tuju aku.. umur aku dah 23 skang ... lagik 3 tahun aku dah 26..pada masa ini orang tua2 kata.. umpama buah dah masak ranum.. tgu nak kupas makan ja... dan umur 26 akan membuatkan orang di sekeliling aku akan bertanyakan.. hoh.. ko bile nak kawin..dan jikalau pada masa itu aku masih jobless lalu aku akan mengatakan..."nak suruh bini aku makan apa?... kayu msak tiga rasa?.. atau pun tom yam pasir ala thai.."

buat pada masa sekarang aku cukup risau tak bertempat.. nak kata aku tak usaha.. ya.. aku dah cukup berusaha mencari lobang2 pekerjaan yang sesuai.. namun.. respond dari deorang pun tarak lagik.. hampaih taik kuciang betoi...

dan kesimpulan yang aku dapat buat kat sini adalah.. perjalanan hidup kita nih smuanya hanya mampu dirancang... tapi takdir yang menentukan bukan?... mana la tau suatu hari nanti dimana.. hasrat aku untuk menjadi engineer telah bertukar menjadi YAB kuantan ke.. tak pun setiausaha sulit PM ke kan.. mana la tau.. rezki manusia ni tak dapat diduga.. cume apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah.. doa la banyak2.. dan usaha la jugak... mustahil bagi bulan untuk jatuh ke riba kan?

melihat orang yang berjaya semuda usia aku kekadang buat aku rasa iri hati.. deorang sama je cam aku.. tapi mungkin nasib mereka lebeh baik.. dan aku rasa aku tak patut mempertikaikan rezki tuhan ni.. sebab ada orang mengatakan.. allah menurunkan rezki ni seperti hujan.. maka.. smua hambanya akan dapat sama rata sahaja...

mungkin rezki aku belum tiba lagik.. so BERUSAHA LA APISS OII... mungkin smua ini dugaan.. dan bilakah dugaan itu akan berakhir?...soalan ini membuatkan aku teringat kembali kata2 ayah aku.. dia kata.. allah akan menguji setiap manusia tu dengan pelbagai dugaan... seberat2 dugaan yang allah akan berikan itu... dugaan kesukaran dalam kemiskinan adalah dugaan yang boleh dianggap sebagai pengakhiran bagi segala dugaan... lebih kurang camtu la bunyinya.. aku pun tak reti nak bagi erti sebetolnya camne..

so just wait n c la kan?

5 comments:

  1. aku nk rumput 3 rasa..hang tau x buat..huahuahau....bapa lama da hang mau update..pmalaih toi...

    ReplyDelete
  2. tak dak idea la nak tulis menatang apa
    sebab tu aku dah lama tak apdet

    ReplyDelete
  3. sabar ye yang....nanti dpt pny peluang kerja kat mana2..tnggu kejap je smp rezeki b sampai k..huhu...cam poyo2 plak bg nasihat eyh..but i really mean it...risau tgk u mcm ni la yang.. ;p

    ReplyDelete
  4. kokate mrsm cikai??? terase aku!

    ReplyDelete
  5. 23 bukan 26..banyak ag masa. dalam masa 3 tahun macam2 benda blh berlaku.

    ReplyDelete