Pak turut yang Setia

Saturday, May 30, 2009

Sayangi Mereka dan keluarga mereka

  • pernah dengar nama hachiko tak?... dia bukan seorang penyanyi dangdut... dia tak pandai buat gelek gerudi... dia tak pandai buang anak.... dia juga tidak pandai memakai baju yang nampak pusat.. dia tak pandai makan rasuah.. dan dia juga tak pernah melawan mak bapak dia .. kerana hachiko adalah nama seekor anjing
  • apa yang istimewanya dengan anjing ni? ... mungkin ada segelintir di luar sana yang berasa jijik..rasa nak terajang.. dan rasa nak bertukar menjadi power rangers ketika melihat kelibat sang anjing bukan?.. namun sedarkah kamu bahawa anjing ni sebenarnya sangatlah loyal kepada tuannya
  • kisah hachiko ini menjadi legenda bagi rakyat tokyo... dan kisah pasal hachiko jugak menjadi buku teladan untuk kanak2 di jepun
  • kisah hachiko bermula begini... hachiko dibawa oleh tuannya hidesaburo ueno ke tokyo pada 1924
  • tuannya merupakan professor di sebuah university terkemuka di tokyo...sepanjang hidup ueno... anjingnya, hachiko sering menyambutnya kepulangannya di stesen tren shibuya
  • hachiko sering kelihatan bersama tuannya... dan dia tidak pernah miss untuk menyambut kepulangan tuannya dari kerja.. aktiviti si hachiko ini berterusan sehingga tahun 1925
  • namun... langit tidak selalunya cerah... ueno mati sebab kena stroke di universitinya... anjingnya terus menunggu di stesen tren berkenaan sekian lama..namun kelibat tuannya tidak dapat diperhatikan
  • ueno disahkan mati dan hachiko telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga...walaupun dia telah dijaga baik oleh pemilik barunya...dia sering melarikan diri ke rumah lamanya... dia menunggu sekian lama .. hanya kerana untuk bertemu dengan tuannya itu.. namun.. gagal untuk bertemu tuannya...
  • setelah lama mencari tuannya dirumah tersebut.. mungkin sudah timbul kesedaran dalam diri hachiko bahawa tuannya tidak berada dirumah tersebut lagi.. lalu.. hachiko menunggu kelibat tuannya di stesen shibuya...
  • kepulangan tuannya ditunggu dengan sabar setiap hari di stesen shibuya tersebut... pada setiap petang.. dan dia tidak pernah escape satu hari pun.. kelibatnya disedari oleh orang ramai disitu...
  • kejadian ini berlangsung selama 10 tahun.. pada setiap petang.. dan pada waktu yang sama...
  • hachiko sudah menjadi tua.. dan tanggal 8 mac 1935 adalah hari terakhirnya... dia mati pada hari tersebut
  • this is the picture of the most loyal dog in the world.. Hachiko..


  • kisah hachiko ini mendapat perhatian di segenap pelusok jepun.. dan kisahnya menjadi buku teladan dalam pelbagai bahasa dan video .. kisahnya banyak mengajar manusia akan sifat berbaik dengan binatang dan loyalty untuk keluarga.
  • pada tahun 1934... a bronze statue telah didirikan berhampiran stesen shibuya...



  • dan di stesen shibuya juga..satu daripada 5 exits di stesen tersebut dinamakan "Hachikō-guchi" iaitu "The Hachikō Exit"
  • dan pada setiap 8 april ....pengorbanan hachiko disambut oleh beribu2 dog's lover dengan memberi penghormatan kepada anjing ini
  • jika pembaca diluar sana yang mempunyai kucing... anjing... hamster... tenuk.. harimau.. zirafah... kura2... ular sawa... buaya .. atau kata lainnya binatang peliharaan... cubalah untuk menghormati dan tidak menganiaya mereka...
  • mereka juga adalah makhluk tuhan yang hidup di dunia ini... sayangi lah mereka sebaik mungkin.. kerana haiwan ini juga mempunyai perasaan dan emosi...
  • bagi sesiapa yang sering menganiaya binatang dan juga menzalimi mereka.. maka...cubalah berubah untuk menjadi lebih baik...jikalau seekor anjing mampu untuk setia kepada tuannya.. inikan pula kita seorang manusia yang punya akal fikiran yang mana membezakan kita dengan haiwan.. maka.. fikir fikir kan lah...

Wednesday, May 27, 2009

Hahahahahah.. Padan Muka... HAHahahahah

seperti yang korang tau... Meng-U gagal untuk mengecapi kemenangan dalam perlawanan semalam...

post kali ni aku dedicate khas kepada penyokong meng-u....dengan ucapan "padan muka korang.. kalah ..hahahah..."

harapkan ronaldo.. tak ley jadi ape jugak... harap pandai silang2 kaki je... pastu berbelit kaki .. wat2 jatuh...

dan mintak maaf juga kalau post kali ni agak berbaur hasutan dan penuh dengan dendam yang meraba...(meraba ke membara?, weh tolong la gelak.. aku wat lawak ni)

ape2 pun.. ari ni aku nak balik awal.. malas base aku nak dok kat opis lama2.. bos tak dak.. itu tandanya celebration perlu dilakukan secepat mungkin

dan esok adalah hari terakhirku sebagai seorang intern yang mulia budi pekertinya... selamat tinggal warga bredero shaw... hingga berjumpa lagik... isk sedey la plak

Wednesday, May 20, 2009

moral of the story

aku baru je pas nonton cerita how i met your mother season 4 episode 24... bagi aku citer ni cam lawak la .. enjoy.. tapi entry kali nih bukannya aku nak cerita pasal cerita how i met your mother ni... cume aku nak inform korang2 sal moral dari filem ni..

ini adalah kata2 lily aldrin kepada ted mosby... (kepada korang2 yang tak ikuti cerita ni... ted ni adalah seorang arkitek yang bagus... namun dipecat oleh bosnya... dan dia begitu eager sangat2 nak bukak firm arkitek sendiri... namun.. hasilnya.. smuanya gagal..manakala lily aldrin ni adalah isteri kepada kawan karibnya.. )




LILY ALDRIN SAYS

- What's that supposed to mean?
- Architecture is killing you, Ted,

-and it's killing us to watch it
killing you.

-You're like that goat
with the washcloth.

-You want it so bad,

-and every time the world tries
to take it away from you,

-you keep grabbing it.

-But you know what?

-Why do you even want it?



TED SAYS

-Because I have to be an architect.

-That's...

-That's the plan.



LILY ALDRIN SAYS

-Screw the plan.
I planned on being a famous artist. (but she become a kindergarten teacher)

-Marshall planned on being
an environmental lawyer.

-Robin planned on
being a TV reporter.

-Barney planned on being a violinist.

-Don't tell me things.

-You can't design your life
like a building.

-It doesn't work that way.

-You just have to live it,
and it will design itself.


TED MOSBY SAYS


-So, what, I should just do nothing?



LILY ALDRIN SAYS

-Listen to what the world
is telling you to do

-and take the leap.


dan lepas je peristiwa tu.. ted dah tak menghala kepada satu arah sahaja... dia tidak mengimpikan hidup menjadi seorang arkitek lagi... fikirannya lebih terbuka dan kini dia jadik seorang lecterur kat sebuah university dan mengajar dalam bidang architecture... dan dari university itu la dia mengenali bakal isterinya

moral kat sini aku nak cakap... kekadang hidup ni sukar nak jangka... sebab tu adanya perumpamaan... kita hanya merancang.. yang ATAS tu yang tentukan... walau kita rancang sebaik mana pun... tak smuanya apa yang kita inginkan akan terjadi.. sebab.. apa yang berlaku tu ada hikmahnya..kepada sesiapa yang terasa ingin membunuh diri tu... maka.. fikir-fikirkan lah sebaik mungkin ok?

Sunday, May 17, 2009

cak pong cak pong.. aih aih auwwwwwww

post kali nih lebih kepada ucapan tahniah kepada kawan aku yang nan sorang ni... yang bernama Hanis... walaupun namanya persis seorang perempuan yang lemah gemalai, gemar memakai kain batik jawa , namun pada hakikatnya dia adalah seorang lelaki tulen yang tak pernah terpikir untuk menjalani sebarang pembedahan jantina, dan dia juga tidak pernah memakai kain batik jawa dan gemar bersembang akan kebaikkan khasiat cengkudunya itu...

pada hari sabtu yang lepas.. yakni semalam bertarikh kan 16 mei.. Hanis dan pasangannya Nur Maliza,, telah melangsungkan perkahwinan nya di dewan alamanda mbsa seksyen 20 shah alam.. tahniah untuk korang.. semoga bahagia ke anak cucu...

walaupun ada segelintir mulut2 busuk yang mana sering menyatakan ayat2 seperti berikut

  • gila ke deorang ni.. kawin awal.. nanti anak bini nak makan ape?
  • ish2 tak nyesal ke kawin awal... mude2 enjoy la dulu..
  • bley ke dia tanggung tanggungjawab sebagai suami + ayah ?
  • gatal gile deorang ni.. tak tahan sangat ke?

namun di sini aku hanya mampu nyatakan satu ayat... dan pembaca2 smua fikir kan lah

"jikalau takdir sudah mengatakan bahawa kamu akan berkahwin pada hari esok maka akan berkahwinlah kamu.... walaupun kamu seorang yang jobless, tiada punya wang yang cukup, dan tidak sedia untuk menjadi bapa.... dan jika takdir mengatakan kamu tidak akan berkahwin pada hari esoknya... walaupun persediaan untuk perkawinan sudah dilaksanakan... pak kadi sudah tersedia depan mata, dan kamu punya harta yang cukup untuk berkahwin... tetapi tunang kamu lari ikut mat rempit ...kamu tetap tidak akan berkahwin jugakkan?"

bukan kah berkahwin awal tu bagus... dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat kan?

kepada sesiapa yang terasa mulutnya agak busuk.. maka fikir2 kan lah...

Friday, May 8, 2009

Bunyi/isyarat pun Boleh mIsteri Rupanya...

hai hai hai yoshhhhhhhhhhhhhhhhh..... wah.. macam malaysia hari ini plak intro kali ni... ya.. sudah seminggu aku tak berblog.. dan kali ini aku kembali.. weekdays yang lepas aku sebok sangat... balik pun lewat.. asal balik je dah terbungkang macam mengkarung.. nasib bek aku tak kawin lagi.. kalu aku dah kawin.. sudah mesti bini aku carik orang lain

ok.. post kali ni aku cuba nak menyelongkar lagi akan kemisterian (betul ke ayat aku tu) bumi ni... kalu di dengar secara betol2.. sebenarnya ada bunyi2 yang masih belum mampu diterjemahkan kat atas bumi ini... dan post aku kali ni jugak adalah macam kesinambungan dari cerita bloop yang aku cerita dalam 3 entry aku yang lepas... so tanpa melengahkan masa dan membiarkan bulu ketiak tumbuh lebey panjang.. apa kata kita lihat list2 bunyian yang macam misteri itu.. jom jom

6. 6EQUJ5 signal

  • untuk menambahkan saspen ... dan untuk membuat entry ni lebih menjadi tah hapa - hapa.. aku akan memulakan list ni dari number yang paling last.. iaitu number enam... bunyi/isyarat yang misteri yang aku cuba untuk memperkotak katikkan itu adalah bernama seperti berikut "6EQUJ5".... amacam.. ada paham tak... aku pun tak paham...tak pa tak pa.. kita huraikan satu persatu ok...

  • list bunyi yang macam misteri tidak akan lengkap kalau aku tidak menyenaraikan bunyi ini... kenapa perlu aku cakap macam tu.. sebabnya bunyi/isyarat ni bukannya berasal dari muka bumi yang indah permai ni.. tapi berasal dari nun di luar sana.. apa yang menarik sangat dengan kod 6EQUJ5?...adakah ia bermaksud "saya ingin terajang anda sekuat hati sambil bergelak tawa hahaha"? atau ia adalah simbol dalam penulisan untuk mengkaver kata2 lucah yang dilemparkan oleh pihak ketiga?.... bukan2.. semuanya salah... kalau korang nak tau.. simbol 6EQUJ5 ni bila di tafsirkan oleh komputer.. akan mengeluarkan perkataan "WOW"...

  • pada 15 ogos 1977 SETI scientist yang buat kajian kat big ear radio telecsope kat ohio menyedari akan signal yang sangat la kuat yang mana bertahan selama 72 saat. apa yang menariknya signal ni adalah non-terrestrial and non-solar system in origin.
  • sebab apa aku kata dia non solar system in origin... ha ni la jawapannya.. kod 6EQUJ5 mencirikan intensity variasi signal...kat angkasa sana intensity adalah di antara 0 sampei 0.999 (number 1-9 bermaksud 1.000 sampai 9.000 dan kalu 10.00 plak...ia akan digantikan dengan A (10.00-10.99) manakala B (11.00 - 11.99) dan berikutnya.. dan U adalah intensity yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh telescope iaitu di antara 30.00 - 30.99)...tapi intensity dalam kes ni adalah unitless signal to noise radio.
  • kalu tak paham sangat.. tgk ja gambar kat atas tu.. yang len smuanya number... tapi yang depa dok bulatkan itu adalah kod 6EQUJ5..
  • disebabkan signal ni macam menarik la.. scientist ni meniliti setiap satu kod yang dikeluarkan oleh komputer dan terperasan akan satu kod "WOW" ni.. dan sejak itu di dipanggil wow signal
  • sejak peristiwa tu.. ramai la pulak kaki2 penyibuk nak mengkaji akan bunyi signal tu.. namun sampai sudah depa tak dapat nak relocate balik bunyi tu.. macam2 dah depa buat.. tapi satu haram pun tak jumpak..cuma dengar bunyi perut bergelombang akibat makan pelam cicah sahaja
  • ada yang dok kata... "woi... ni bunyi alien ni..memang kompom alien la.. "... namun kata2 tentang alien ni hanyalah macam cakap2 kosong antara sulaiman benjol dan man kambing yang rancak berbincang pasal akedemi fantasia.. kerana perihal alien itu tidak dapat dibuktikan


5. SLOW DOWN



  • ha... nama bunyi kali ni macam spesies si bloop tu jugak.. cuma bloop tu bunyinya macam bloop2... tapi kali ni bunyinya macam orang dok teran nak berak... sungguh.. aku tak tipu.. kalu tak percaya... klik kat sini
  • bunyi slow down ni dirakamkan kat lautan pacific pada 19 may 1997..bunyi ni pun dirakamkan oleh pihak yang sama yang jumpak bunyi bloop tu. (USNOA = U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration)
  • ia di panggil slowdown sebabnya bunyi tu menurun frequencynya dalam masa tujuh minit..bunyi yang korang dengar tu adalah bnyi slowdown yang telah dipercepatkan sebanyak 16 kali ok.. sebab tu dengar macam orang dok teran berak...tapi tak lepas2
  • bunyi ini menggunakan hydrophone yang sama yang mana detect akan bunyi bloop tu.. bunyi slow down ni mampu di kesan oleh sensor- sensor yang terletak sejauh 2000KM
  • seperti bloop jugak.. ia sering dikaitkan dengan bunyi giant squid.. namun fakta menunjukkan.. bunyi itu mustahil di hasilkan oleh giant squid .. kerana.. bunyi tersebut hanya mampu dihasilkan oleh haiwan yang bermuncung sahaja... takkan ikan paus pun bermuncung kan?..dan kes ini still remain uknown sampai la sekarang ni




4.MISTPOUFFERS

  • nama pun dah macam kuih puff.. ish lapar la plak.. okeh.. tanpa membuang masa.. kita merungkai bunyi yang menduduki tangga ke empat ni... menatang apakah ini..?
  • Mistpouffers adalah satu unexplained reports yang mana menatang ni mengeluarkan bunyi seperti meriam, sonic boom dan jugak bunyi macam guruh kat langit..
  • menda ni banyak di dapati di kawasan waterfront di seluruh dunia contohnya kat Sungai Ganges kat india...East Coast dan Finger Lakes kat U.S... sesetengah kawasan kat Jepun dan Italy... dan kekadang jauh daripada kawasan air
  • manakala kat Seneca Lake dan Cayuga Lake.. bunyi yang terhasil ini di panggil "Guns Of Seneca"..bunyi yang dihasilkan seperti bunyi guruh yang kuat di tempat yang jauh... sedangkan bukan ada kilat pun pada masa tu... ada orang dok kata tu adalah bunyi yang di hasilkan oleh Great spirit yang menyambung kerja membentuk permukaan bumi... ish.. macam tak bley terima ja alasan tu
  • dan berbagai lagik pandangan orang tentang bunyi tu.. contohnya macam ni la

  1. meteorit impacts
  2. gas - gas yang keluar dari permukaan bumi.. malah ada yang kata.. natural gas yang terbakar
  3. kapal terbang askar - alasan ni macam bodoh2 alang ja bunyinya kan?
  4. bunyi gempa bumi

  • kalu smua tak bley terima.. jadik.. bunyi yang dihasilkan tu bnyi apa yek?



3.THE HELL HOLE

  • bunyi kali ni.. memang membuat bulu roma aku berdiri la jugak.. aku tak tau pasaipa..mungkin sebab bunyi dia kot..nak dengar dak bunyi dia lagu mana... baca dlu kisahnya
  • ok ceritanya berbunyi macam ni.. lebeh dari 40 tahun yang lalu... pengkaji2 dari soviet union memulakan satu drilling project yang mana bertujuan untuk menembus kerak bumi dan mengambil sample suhunya di kawasan yang mana kerak dan mantel bumi bergabung
  • technology drill yang digunakan pada masa itu memang baru dan kira canggih la.,..kalau nak korek hidung kucai tu... sekali dia drill sahaja.. maka lubang sebesar penumbuk akan terhasil di hidung kucai.. tetapi nak jadik cerita mustahil bagi mereka untuk sampai kedalaman yang mereka kehendaki...kira tak bernasib baik la bagik mereka ni sebab projek yang depa invent tu tak dapat merungkai rahsia bumi..
  • namun bagaimana pun.. the kola superdeep bore hole tu dikatakn satu saintifik site dan kajian masih dilakukan selepas peristiwa tak jadi nak korek tu namun pada tahun2 berikutnya..kerja korek korek bau ini tetap dijalankan guna technology baru..dan pada tahun 1994.. kerja korek2 tu telah di hentikan dan ia menjadikan lubang sejauh 7 batu dalamnya... dan ia adalah lobang yang paling dalam di korek oleh manusia.. namun 7 batu tu ibarat baru panjang bulu kaki adam jika nak dibandingkan dengan bulu ketiak kucai... kedalaman yang diperlukan untuk menembusi kerak bumi adalah 20 - 80 km
  • namun ada mulut2 busuk yang mengatakan projek itu hanyalah berselindung di balik nama sains.. walhal.. perkara yang sebenarnya adalah.. mereka ingin mengexplore hell yang mana dipercayai oleh sesetangah kristian yang mana terletak di teras bumi..
  • ada banyak cerita yang digembar gemburkan tentang pengakhiran projek korek2 ni...namun ini adalah asas trilogi kepada cerita tersebut..

  1. kerja korek mengorek itu diteruskan dalam beberapa batu lagi kedalam.. dan tiba2.. pusingan drill jadik macam tak tentu hala
  2. seorang doktor bernama azakov pula kata bersempena dengan perkara yang terjadi tu.. bunyi dia kata tu macam ni la " permukaan bumi ni cengkung.. sebab tu jadik macam tu".. ek eleh.. buat2 pandai plak mamat ni
  3. dan suhu yang tinggi amat sangat telah dikesan oleh mereka.. lebih tinggi dari expected suhu pada kedalaman tersebut (sains mengatakan pada kedalaman tersebut suhu adalah 1,100 celsius)
  4. lalu.. microphone cuba diturunkan ke dalam lubang tersebut.. katanya nak dengar bunyi pergerakan bumi...
  5. namun.. apa yang deorang dengar adalah satu bunyi yang cukup menyeramkan...
  6. depa dengar bunyi orang kena torture..dan kena seksa.. macam dalam neraka
  7. dan lepas saja peristiwa tu.. ramai sainstis mengundur diri.. sebab rasa len macam... ish aku yang taip entry untuk ni pun dah kembang kempis bulu roma tau..try la dgr... ada rasa macam menakutkan tak(nak dengar bunyi tu.. forward depan skit.. sebab yang depan2 tu adalah pengakuan doctor tu.. dia cakap2.. ) .. klik kat sini
  8. ini adalah quote dari doctor azakov tu

“We lowered a microphone, designed to detect the sounds of plate
movements down the shaft. But instead of plate movements we
heard a human voice screaming in pain! At first we thought t
he sound was coming from our own equipment.”

“But when we made adjustments our worst suspicions were confirmed. The screams weren’t those of a single human, they were the screams of

millions”of humans!






2. THE HUM
  • hum adalah satu phenomena yang digambarkan oleh bunyi yang mana mempunyai frekuensi yang rendah.. dan ia kedengaran seperi orang dok humming...ia boleh didengari oleh telinga kita dan boley di dengari oleh ramai orang pada suatu masa..
  • ada banyak jenis bunyi hum ni.. tapi yang paling POP ular adalah Taos Hum dan Bristol Hum..selalunya bunyi hum ni susah nak dirakamkan disebabkan oleh low frequency... dan sukar untuk ditentukan lokasi asal bunyi hum ni
  • bunyi hum ni direpotkan di banyak tempat di seluruh dunia.. tapi kewujudannya lebey banyak di eropah dan america.. (kenapa menda pelik2 ni kat sana je banyak yek?) ...nak dengar bunyi hum tu.. klik la kat sini ...bunyi tu adalah contoh humm yang terdapat di auckland
  • taos hum pernah muncul dalam siri rancangan x files dan unsloved mysteries.. dan ada sesetengah bunyi hum ni telah dapat dibuktikan contohnya.. bunyi hum ini adalah berasal dari fan kat dalam cooling tower kat daimlerchrysler casting plant yang mana menerbitkan 36 hz tone yang menghasilkan bunyi hum di seluruh bandar kokomo, indiana.. tetapi bunyi hum yang lain adalah misteri dan masih belum dibuktikan hingga ke hari ni


1. The Bloop



  • bloop nampak gayanya menduduki tangga yang pertama.. aku malas nak cerita lebey pasal bloop ni sebab aku dah pernah tulis dalam entry aku yang sebelum ni.. nak tau apa dia.. baca la entry aku tu ok
  • nak dengar bunyi bloop?... ok dengar kat sini ekk..



kesimpulannya kat sini... ermm.. entah la.. aku pun tak reti nak bagitau camna... menakotkan pun ada.. kagum pun ada... apa2 pun.. tuhan maha mengetahui....tentu ada baik buruknya dia mencipta menda2 sebegini kan?








Friday, May 1, 2009

the mask of the swine flue.. herm??

tajuk entry pun dah macam the mask of zorro kan.. kali ni bukkannya aku nak buat cerita bohong... bukan2.. kali ni aku nak buat cerita baek2 serta memberi manfaat kepada hangpa smua.. so tak payah buat kalut noo...

  • sekarang ni dah kecoh dah pasal selsema babi ni...kalu korang nak tau.. selsema babi ni berasal dari babi la..sebab tu nama dia selsema babi... babi ni bukannya pandai nak selsema saja..malah depa jugak pandai nak demam... pandai nak bersin.. dan ada jugak yang kena sakit jantung tau...tu tak campur lagik dengan penyakit kelamin.. hahahah
  • eh betol la.. aku bukan nak tipu dan merapu bukan2.. haiwan pun sama jugak macam manusia.. cuma penyakit depa ni tak la hampir serupa macam manusia.. kucing aku dulu mati sebab kena a.i.d.s.... tapi dalam bahasa kucingnya bukan aids la.. aku tak tau apa nama dia.. tapi doktor kucing tu kata macam tu la.. ibarat macam kena aids... so kena la cucuk bagi mati.. cian kat dia kan?
  • kali nih bukannya aku nak bercerita pasal selsema babi ni secara mendalam.. cuma nak bukak mata korang la.. kalu korang perasan la kan.. asal ja ada penyakit acute yang mana mudah tersebar melalui udara.. orang ramai akan diberi penutup hidung yang lebey kurang macam ni la rupanya

  • ingin aku tekan kan kat sini.. ini adalah mask penutup mulut dan hidung atau nama cam bestnya surgical mask, medical mask.. dan gambar di atas ni bukannya sebelah bra cup b ok... aku disini bukanya nak bersikap lucah..cuma takut hangpa pakat silap paham ja
  • centers for disease control and prevention yang mana bertapak di U.S telah menegaskan masyarakat disana.. tidak lah perlu terhegeh-hegeh macam penagih keluar ke pharmacy hanya kerana nak beli menatang bodoh ni.. kerana tiadanya bukti yang menyatakan menda ni mampu menyekat penyakit babi yang selsema ini
  • Mexico's Health Secretary Jose Angel Cordova mengatakan juga.. depa2 kat luar sana tu boleh nak pakai menatang biru yang diberi kepada orang awam oleh pihak kerajaan sana.. tapi mereka perlu beringat.. bahawa menatang ni tak sepenuhnya menentang penyebaran penyakit selsema babi ini...kerana.. mask biru tu terlampau poros fabriknya tetapi ia still be used as a public health measure. biasak lah.. menda kerajaan yang bagik
  • High-filtration masks dikatakan satu alat yang paling sesuai digunakan berbanding blue medical mask tu..dan kalu korang nak tau... high filtration mask ni adalah lebey mahal berbanding medical mask.. dan rupa bentuknya adalah hampir sama sahaja.. macam mana rupanya.. rujuk gambar dibawah
  • so.. kesimpulan nya kat sini.. kalau lah penyakit babi yang selsema ini telah menular ke malaysia.. maka rakyat2 jelata smua.. jangan lah membeli mask untuk surgical punya ok.. tetapi beli la high filtration mask cam ni...
  • walaupun harganya macam mahal la skit.. tetapi..igt.. nyawa yang ada tu lagik mahal malah tidak ternilai harganya... apa salahnya labur skit duit untuk diri sendiri kan
  • so.. fikir fikir kan lah... chalos betey