Tiada apa yang menarik pada malam ini.... kelibat langit yang gelap gulita tidak bersuluhkan matahari membuatkan aku rasa nak mencarik2 rambut yang ada di kepala.... rasa serabut mula menerjah dalam kepala hotak aku sejak sekian lama lagik.. itu belum lagi ditambah dengan pelbagai masalah...rintangan yang melanda diri aku sekarang ni... ya.. aku sememang nya boleh dikategorikan layak untuk menjalani pembedahan otak sekarang... ada sesiapa yang layak untuk membedah otak aku... sila ke hadapan sekarang
Kehidupan selama 2 minggu sebgai seorang trainee yang terkial-kial mencari arah tuju hidup sememangnya buat hati aku ni sering tertanya-tanya.. dan menyoalkan kenapa la nasib aku sebegini rupa?... Kadang kala pertanyaan aku itu melebihi jangkauan kemanusiaan.. dan hampir2 juga boleh memesongkan akidah aku sebagai seorang islam... Pertanyaan yang mempertikaikan akan ketentuan tuhan seringkali hadir dalam kotak pikiran aku ni..namun aku hanya bersabar je lah...sebab dia yang tentukan.. aku ni siapalah di sisi-Nya.. hanya insan biasa yang sering melakukan dosa dan kesilapan
Rasa tidak puas hati terhadap kehidupan sendiri mula menular dalam diri aku ni semenjak berakhirnya hari konvokesyen pada minggu lepas... Pada mulanya aku tak amik port sangat tentang hal ini... namun,.. hati mana yang tak terasa dengki dan iri hati.... tatkala melihat seorang demi seorang rakan-rakan aku telah mula bekerjaya dan menstabilkan keadaan mereka... lebih menyakitkan hati lagi bila mendengar cerita mereka yang mana masing-masing bercadang untuk membeli kereta cap ikan, kereta cap selipar jepun dan juga kereta yang menawarkan hadiah percuma berupakan pinggan raya cap arcoroc
Dan hati mana yang tidak terasa seperti di siat-siat tatkala melihat rakan sekelas sudah mula berkenderaan sendiri dan tak ubah seperti menayang kereta yang baru dibeli dengan titik peluh sendiri kesana dan kemari dan diselangi dengan cerita yang memperihalkan gaji mereka yang mana angka kosongnya sering kali bertambah apabila ditokok tambah oleh pencerita pihak ke 3... ke 4... ke 5 .. dan hatta ke 119... dan hati mana yang tidak sakit tatkala melihat kawan-kawan mula bertukar-tukar bisnes kad yang tertera nama dan jawatan mereka diantara satu sama lain...
Dan hati mana yang tidak merasa perit pabila persoalan yang bertanyakan aku kerja di mana terpacul dari mulut mereka itu disusuli dengan jawapan " aku masih lagi tidak berkerja"... Rasa malu? ada juga... rasa tercabar?.. pun ada juga... rasa tuhan tidak adil?... kekadang persoalan itu mula menyelubungi aku.... tapi aku malas nak pikir sgt.. kang tak pasal2 aku murtad....
Walaupun aku kelihatan seronok seperti tiada apa-apa yang berlaku...ketawa dan hilai tawa aku pada hari itu pada hakikatnya adalah dusta belaka....sememangnya aku mengakui.. aku ni mudah terasa iri hati terhadap kejayaan orang lain... tapi perasaan iri hati aku itu tidak lah mendorong aku untuk melakukan penganiayaan terhadap mereka....aci kerat jari la kalau kata korang tak cemburu melihat kawan-kawan sekelas yang mana sama level dengan anda atau pun kurang sket levelnya .. lebih berjaya dari anda bukan?
Dan hasilnya aku rasakan sejak dua menjak ni.. aku terasa sgt2 la down... disusuli pula dengan perlbagai masalah yang melibatkan pengangkutan, penginapan.. kewangan dan segalanya...ditambah lagi dengan department training aku yang langsung tidak berkaitan dengan engineering... masakan tidak... aku seorang budak teknikal..layak kah aku di tempatkan di bahagian procurement?....
Rasa untuk withdraw? ada juga.. tapi nanti aku nak buat apa kat rumah.. bela itik?... ternak siput sedut?.. tanam cendawan ganoderma... atau jual one drop perfume?...sesiapa yang mampu jawab persoalan saya ini.. sila jawab di kotak komen di bawah ya....
Namun aku rasa aku terpaksa mengikut segala nasihat yang buah hati pengarang jantung aku... dia kata..
tak baik mempertikaikan kerja tuhan...Dia tau apa yang terbaik untuk aku...dan dia merancang cerita yang terbaik untuk aku... dan kerja aku hanya perlu berusaha dan sentiasa berdoa padanya..rezeki aku masih belum tiba..dan setakat ini rezeki ku hanyalah sebagai seorang trainee di Procurement and Vendor Development Division...hidup ni tak selalunya gembira...dan tidak selalunya ceria seperti yang digambarkan...
Hidup ni juga penuh dengan keadaan yang sukar dijangka... dan penuh juga dengan kejutan...
Namun aku sgt-sgt meminta pertolongan dari korang semua...
-jangan sesekali menyoalkan perihal kerjaya aku buat masa sekarang ni dan jgn sesekali mempersendakan aku dengan perkara yang berkaitan dengan kerjaya....-Walaupun statement di atas kelihatan seperti aku main-main.. namun aku sebenarnya sangat serius pada masa ini....
YA.. AKU SGT LAH SERIUS PADA WAKTU INI... :-|