Pak turut yang Setia

Thursday, June 25, 2009

Remembering The Jacko

Tanggal 25 June 2009 telah mengejutkan kita dengan kematian ikon pop universal. Michael Joseph Jackson penanyi, penulis lagu, dan juga seorang businesman telah disahkan mati akibat terjatuh di rumahnya. Dia merupakan anak yang ke tujuh dalam jackson family dan memulakan karier profesional dalam music melalui kumpulan The Jackson 5 yang di anggotai oleh abangnya.

Namun, pada tahun 1971, Micheal mengambil langkah untuk meneruskan kariernya dalam nyanyian secara solo walaupun masih menganggotai kumpulan The Jackson 5. Kejayaannya dalam bidang nyanyian dibuktikan melalui penghasilan 5 album solo yang mana dikatakan sebagai The world most best selling records.

Dia juga adalah orang africa-amerika yang pertama berjaya memecah dominasi muzik warga kulit putih. Pada awal 1980 an, muzik videonya seperti " Beat it, Billy Jean dan Thriller" berjaya ditayangkan di siaran MTV dan juga menjadi siulan ramai pada ketika itu.

Disamping itu juga, teknik tariannya seperti moon walked telah menjadi inspirasi kepada penyanyi-penyanyi lain pada masa kini seperti usher, justin timberlake, mario winans dan ramai lagi. Pengaruh muziknya sudah meliputi setiap lapisan umur dan masyarakat tanpa kita sedari

Selain itu, micheal juga turut terlibat dengan charity event seperti "Heal the World Foundation" pada tahun 1992. Foundation ini banyak menderma berjuta wang untuk kanak-kanak yang teraniaya di medan perang dan juga yang kurang bernasib baik akibat dijangkiti penyakit. Dia juga banyak mengarang muzik yang mana banyak menceritakan tentang hak asasi manusia seperti "They don't really care about us" dan berbagai-bagai lagi muzik yang berbentuk kemanusiaan dengan tujuan untuk menghapuskan racial bariers.

Namun langit tidak selalunya cerah, dia dilanda berbagai spekulasi berkaitan tentang pencabulan kanak-kanak, isu perkahwinan, hampir muflis dan juga berbagai lagi masalah lain. Setelah berumur 50 tahun, Jacko telah mengambil langkah untuk mengikuti abangnya untuk memeluk islam. Jermaine Jackson telah banyak membantu bliau dalam memberi segala bentuk buku ilmiah dan juga nasihat yang berkaitan dengan islam. Pada tanggal 21 nov 2008, secara rasminya dia bergelar saudara islam dengan nama Mikael



Selamat tinggal Micheal, moga roh kamu dicucuri rahmat, dan terima kasih kepada muzik-muzik yang indah dari kamu

(Micheal Jackson August 29, 1958 – June 25, 2009)

Monday, June 22, 2009

INI TAHUN DULU PUNYA CERITA, TAPI MASIH SEGAR DI INGATAN SAYA

Memori yang lepas sememangnya sukar untuk kita lupakan. Malah memori yang terindah juga membuat kita tersenyum keseorangan dan kadang kala ketawa bersendirian.

Memori juga menjadikan kita seorang yang dewasa dan matang dalam menempuhi segala rintangan yang mendatang.

Memori juga mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar dan ia juga mewarnai hidup kita ini dengan warna-warna yang menarik.

Duduk bersendirian di bilik sambil membelek album-album lama sememangnya membuat saya ketawa keseorangan. Melihat bagaimana ayah saya pada zaman dahulu memiliki remorse yang hampir sama dengan KLCC, melihat wajah kakak dan abang saya tersengihan sementelah meraung seharian akibat terjatuh di dalam longkang, dan juga melihat zaman gemuk-kurus-gemuk saya sememangnya cukup menggamit memori yang tak ternilai harganya

Dalam banyak-banyak foto yang terdapat dalam album tersebut foto di bawah ini sememangnya membuat saya ketawa berguling tak cukup tanah,



Gambar ini difotokan sekitar tahun 1992. Kelihatan saya berdiri di sebelah ibu saya sambil cuba menjelir lidah. Dan pada masa itu juga, kalau tak silap saya, gigi hadapan saya rongak akibat terjatuh tangga. Maklumlah, baru nak membesar, masih lagi nakal. Gambar ini juga menimbulkan kemarahan ibu saya, katanya saya membazir kodak sahaja. Kelihatan juga kereta "kebal" buatan malaysia tersergam indah di belakang saya.

Pada masa itu, kalau anda memiliki kereta kebal ini, kiranya rasa dah cukup hebat la. Kelihatan juga tubuh keding saya yang ketika itu sering berhadapan dengan masalah kecacingan akibat degil tidak mendengar cakap emak saya untuk memakai selipar ketika bermain di luar rumah. Ini 17 tahun dulu punya cerita, masih segar dalam ingatan saya




Gambar di atas di fotokan ketika saya masih bersekolah di darjah empat. Waktu itu, kami sekeluarga meluangkan masa bersama ke Kuala Lumpur dan sempat juga melawat zoo negara. Itu adalah kali pertama dan terakhir saya melawat zoo negara. Cuba perhatikan kelibat badan dan perut saya pada ketika itu, apa kata anda, bulat bukan?. Mujurnya saya tidak bergambar di kandang badak air. Jika tidak,mungkin sukar untuk anda membezakan yang mana satu badak, dan yang mana satu Mohd hafiz.

Kelihatan juga arwah abang saya yang berpakaian seperti baru pulang dari interview. Maklumlah, pada masa itu kami bolehlah dikatakan sebagai anak lord, sebab itu ayah saya sering membeli kemeja, t shirt berkolar dan seluar slack untuk pakaian kami ketika bersosial. Saya juga turut merindui akan fesyen rambut pada ketika itu, kelihatan seperti noh Hujan bukan?. Ini 13 tahun dulu punya cerita dan masih segar dalam ingatan saya.



Tatkala melihat gambar di atas, saya ketawa sehingga lupa bahawa orang yang saya ketawakan itu adalah diri saya sendiri. Pada waktu ini anda boleh melihat kegemukkan saya yang mencapai tahap maksimum. Gambar ini di ambil ketika saya baru sahaja mahu bersiap sedia untuk pergi ke kelas Al-quran. Sebab itu lah anda semua boleh mendapati saya memakai songkok yang mana lagi kecil dari kepala saya, dah la tu.. pakai songkok pun senget pula.

Pipi saya pada masa itu kelihatan seperti kuih pau kan? Tujuan gambar ini di ambil adalah kerana, basikal yang di naiki oleh saya itu adalah basikal baru dan dihadiahkan oleh ayah bersempena kejayaan saya mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR. Saya pun tidak pasti kemanakah basikal tersebut menghilang. Ini 11 tahun dulu punya cerita, namun tetap dalam ingatan saya.



Siapakah gerangan yang kelihatan seperti jerangkung dalam almari itu?. Ya, tidak lain dan tidak bukan, itu adalah kelibat saya tatkala sudah menjangkau alam remaja. Gambar ini diambil ketika kami sekeluarga meluangkan masa ke telaga air panas di langkawi. Pada waktu itu saya mengalami sedikit masalah kesihatan, di mana kepekatan darah saya tidak seperti manusia normal yang lain. Ini bermakna saya boleh bertukar kepada Spiderman jikalau saya tunggu dalam 3 atau 4 tahun lagi, tetapi hajat saya itu dibantah keras oleh bapa saya. Jika tidak, mungkin pada masa ini anda semua lebih mengenali saya dengan panggilan apis si labah-labah. ini kisah 7 tahun yang lalu dan masih segar dalam ingatan saya

Kesimpulan yang saya dapat katakan di sini adalah, hidup ini sukar untuk dijangka. Pahit,manis,masam itu semua adalah pati dalam kehidupan kita. Tentu bosan rasanya jika hidup kita ini sentiasa di penuhi dengan rasa tawar sahaja bukan?. Kadangkala perlu juga kita merasai perit jerih kehidupan ini, walaupun kita sering mengeluh jikalau musibah datang melanda. You Never Know What's Coming For You. Jadi nikmatilah kehidupan ini sebaik mungkin sebelum anda menutup mata selama-lamanya






Wednesday, June 17, 2009

Bukan Cerita Bodoh

Mungkin ada sebilangan di antara kita tidak memilih tempat untuk menjamu selera. Tidak kiralah di restoran jepun, fast food, warung tepi jalan, malah di kedai mamak. Bagi saya, tepuk dada tanya perut anda, dimana anda mahu mentekedarah.

Sejak akhir-akhir ni, kebanyakkan masa terluang saya lebih dihabiskan di restoran mamak yang bertaburan di bandar Kuantan ni. Ini bukanlah menandakan saya telah terkena "mandrem" si mamak tersebut, cuma mungkin rakan saya nan seorang ni lebih selesa berada di kedai mamak berbanding dengan kedai makan yang lain. Walaupun warna diri empunya badan saling tak tumpah seperti warna jalan tar yang berdekatan, ini tidak bermakna dia dipinggirkan di restoran melayu, siam ataupun sebagainya.

Saya masih igt lagi peristiwa yang berlaku 3 hari lepas. Kawan saya yang mana saya lebih gemar gelarkan dia sebagai jalan tar ini mengajak saya lunch di restoran mamak di bandar. Pada mulanya saya mengajak si jalan tar itu untuk makan tengahari dirumah saya sahaja, namun katanya dia sudah lama merindui kari daging di kedai mamak tersebut. Untuk mengelakkan dia berkelakuan aneh dan luar biasa, saya menuruti sahaja kehendak si jalan tar tersebut.

Perjalanan ke sana tidak sampai 5 minit lamanya, saya duduk di meja yang berdekatan dengan televisyen, manakala si jalan tar ni seperti tikus yang meluru laju ke arah meja hidangan lauk. Setelah selesai gilirannya, kini tiba pula giliran saya. Selesai sahaja mengambil nasik, saya pun memilih lauk mana yang berkenan di hati, dan saya dapati ikan goreng tidak berada di situ.

Saya pun tanpa rasa segan silu bertanya lah kepada mat bangla yang berdekatan, saya bertanyakan dia, "ikan goreng tak ada ka?" . Dia cuba mengangguk tanda faham lagaknya. Dia terus menuju kedapur dan beberapa minit kemudian, saya melihat dia memegang seekor ikan dengan tangannya tanpa menggunakan sudu atau pun pengepit. Lalu berlaku lah perbualan seperti dibawah

Saya : Baiya, apa pasal you pegang ikan tu tak guna penyepit, dah la tu tak rasa bersalah pulak

Abg Bangla : Hahaha.. abang, ini ikan juga, kalu kasi pegang guna tangan lagi sedap tau, you cuba la try.

Wah, cuba berloyar buruk pulak mat bangla ni, dah la dia memegang ikan tersebut menggunakan tangan kirinya, lalu saya pun berkatalah.

Saya : Oh, itu macam ka?.. Takpa la baiya.. bagi saya ikan yang tak sedap punya boleh?

Mungkin disebabkan jawapan saya ni seperti memerlinya.. lantas dia mengangguk namun kelihatan dia seperti menggeleng, saya pun tak pasti nak mendefinisikan gerak gerinya itu sebagai apa. Dan hari tu, saya cuma memenuhi perut saya dengan air teh ais sahaja yang mana diragui saya akan kebersihannya. Mana la tahu, kalau-kalau air teh ais yang dibuat untuk saya ini di kacau menggunakan jari kelingking kirinya, itu pun jikalau saya bernasib baik. Kalau tidak, mungkin dia menggunakan ibu jari kakinya.

Didalam hati terdetik satu pertanyaan, mengapa ramai muka-muka melayu kita, malah cina, hatta pemimpin-pemimpin PBB ( jika diberi peluang) mahu menjamah makanan di restoran mamak ini. Berikut saya senaraikan apakah sebabnya?

  • Service cepat: saya berani jamin rata-rata restoran mamak menawarkan service yang cukup pantas dan cepat, hanya kurang dari lima minit, anda boleh menjamu selera dengan senang hati tanpa rasa bengang sehingga bangang. Jikalau lambat, mungkin si tukang ambil order tu orang baru dan boleh di anggap masih bodoh-bodoh alang dalam berbahasa melayu.

  • Kita lah Raja : kebanyakkan kedai mamak akan melayan kita seperti raja, dan pekerja-pekerjanya pula persis hamba pecacai sahaja. Anda mintalah apa sahaja dari mereka, bermula dari sudu, garfu, tisu, malah jikalau anda meminta mereka mendukung anda sehingga ke tandas berbelas -belas kali pun mereka sanggup lakukannya. Kalau tak percaya, cuba lah hari ini.

  • Melangkaui Batas Status : Disini tak kiralah anda berbapakan George Soros, atau pun anda menantu kepada Bill Gates sekali pun, anda tetap tidak akan dipandang sinis oleh orang ramai. Di sini adalah tempat berkumpulnya orang berbagai status tak kiralah pak pak menteri, tokey balak haram, ataupun pelakon iklan power root yang terkenal dengan dialog " Sayo pon nok Jadi Jutawan Jugok". Jikalau anda berpakai compang camping dan badan berbau seperti lori tanah sekalipun orang ramai tetap tidak akan berkata apa-apa.

  • Ada Tv Besar : pada masa kini, kalau kedai mamak tak ada tv besar tu saya rasakan masih belum cukup mamaklah tokeynya itu. Masakan tidak?, hampir setiap malam-malam minggu tak kira lah remaja, orang tua, orang pendek, ataupun awek-awek yang tak berapa nak lawa tapi perasan lawa, malah golongan lelaki yang lebih gemar memakai baju nampak pusat akan mula bertenggek di kedai mamak semata-mata mahu menonton bola sepak ataupun AF. Maklumlah, jikalau tv besar ni, seronok sikit kita nak tengok, kalau setakat lubang hidung aznil tu mudah sahaja untuk dilihat melalui tv berskrin besar ni bukan?

  • Ada Ramai Orang : Boleh dikatakan jikalau anda pergi ke kedai melayu/siam berseorangan, saya berani jamin yang anda akan terasa seperti dipinggirkan kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing, dan boleh kira dengan jari la yang datang menjamu selera. Berlainan pula di kedai Mamak, saya rasakan sesiapa disini akan menjadi lebih friendly. Dimana rata-rata akan bersorak sama-sama tatkala gol dijaringkan, rasa kecewa dan bersedih bila pasukan kegemaran mereka kalah. Boleh meminta kerusi, minta ashtray, minta pinjam lighter dan juga sama-sama mengutuk akan kelembapan si mamat bangla.
Namun bagi saya, tak semestinya perkara yang baik tidak terkandung dengan perkara yang buruk kan? Pernahkah anda sering kali mendengar khabar-khabar angin yang mempertikaikan akan kebersihan kedai mamak ini?. Bagi saya, jawapannya ada lah "ya" malah cerita yang saya dengar itu timbul dalam pelbagai versi dan makin lama cerita tersebut makin menjadi panjang akibat kekreatifan orang kita dalam menokok tambah cerita. Malah kalau anda nak tahu, dalam wikipedia pun ada menceritakan akan kekurangan kedai mamak ini dalam isu kebersihan. kalau tak percaya, cubalah klik di sini

Dan selepas peristiwa "ikan yang dipegang dengan tangan kosong akan menjadi sedap" itu, kepercayaan saya pada kebersihan kedai mamak meleset sama sekali. Anda pula bagaimana?

Sunday, June 14, 2009

Saya Bukan Hero cerita Tamil!!!

Apa yang menarik sangat dengan cerita tamil ni..? Mungkin ada sesetengah follower blog saya ini sudah sedia maklum akan minat mendalam saya dalam menonton cerita-cerita tamil di kaca televisyen.

Minat saya ni tidak lah mendorong saya menjadi seorang yang sangat fanatik yang mana sanggup beratur panjang di kaunter- kaunter panggung wayang atau pun mengadakan rusuhan di pawagam tatkala filem tamil box office yang bakal ditayangkan delay dalam beberapa minit.

Minat saya ni hanya boleh diertikan dengan minat kecil-kecilan sahaja, kalau tak ada pun tak apa.. kalau ada lagik bagus.. saya tidak akan melelehkan air liur jikalau tidak dapat menonton cerita tamil dalam masa sebulan.

Apa yang saya cuba ketengahkan kat sini, saya rasakan tidak menjadi kesalahan jika saya menonton filem tamil kan? Bukannya apa, baru- baru ni saya menelefon pihak astro untuk melanggan satu channel yang baru yang mana channel ini dipenuhi oleh cerita-cerita tamil blockbuster, maka berlakulah perbualan seperti di bawah

Saya : hello, saya mohd hafiz b. hasbullah...(beberapa proses pengenalan diri berlaku ketika ini)

astro: ye encik hafiz, ada apa2 yang boleh saya bantu

Saya : baru-baru ni saya ada terlihat iklan tentang cenel astro box office, jadi saya berminat untuk melanggan channel tersebut

Astro: dari apa yang kami lihat dari akaun anda, sebelum ni encik dah langgan 2 channel ABO kan, jadi mengapa encik kata nak tambah cenel lagik?

Saya : bukan ke astro ada satu channel ABO untuk filem tamil yang baru2 sahaja?

Astro ; Ye betol, adakah encik pasti untuk melanggan Channel ni

Saya : ye saya pasti tak ragu2 lagik...

Astro: Er betol ke ni encik hafiz?

Saya : ye betol

Astro : Encik pasti nak melanggan channel ni?

Saya : ye betol, pasti... tak salah kan?

Astro: er.. okey terima kasih encik .. kami akan usahakan proses ini secepat mungkin


habis sahaja panggilan tu , saya terduduk memikirkan mengapa si tukang angkat telefon tu bertanya soalan yang saya rasakan amat pelik baginya..

Saya rasakan, minat menonton cerita tamil ni adalah sama seperti muka-muka melayu kita yang mana rata- rata bermata bulat tapi mula buat-buat sepet gara- gara meminati cerita jepun dan korea sehingga terbawa-bawa budaya dan penampilan jepun dan korea ni dalam kehidupan mereka sendiri.

Jadi tidak hairanlah jika anda akan menemui ramai melayu yang mana seperti berbapakan seekor ayam kampung dan beribukan seorang melayu, kerana rambutnya persis kelihatan seperti balung ayam yang diwarnakan dengan warna kuning, bukankah itu gaya penampilan jepun/korea pada masa kini?

Mujurnya saya tidak lah terbawa-bawa karektor hero tamil dalam filem yang saya tonton, mungkin pada masa kini saya akan kelihatan seperti Sivaji The boss jikalau saya terlalu fanatik.

Bagi saya setiap filem tak kira bangsa atau bahasa punyai tarikannya yang tersendiri, bagi saya filem tamil ni walaupun logiknya tidak lah boleh pakai sangat, namun jalan ceritanya tersendiri dan tidaklah berkait-kait seperti cerita melayu kita pada masa kini,

Saya bukannya berniat untuk mengutuk cerita melayu, cuma terasa macam menyampah bila tengok drama-drama melayu di kaca televisyen, watak2 cerita melayu tak kira lah zaman 80an ke 90an ke, kebanyakkan hero atau heroin mesti berbapakkan seorang tan sri, datuk dan paling cikai pun anak JKKK kampung.

Ceritanya mestilah berlatar belakangkan bisnes yang berjuta-juta, berbincang-bincang akan projek milion milion sampai berbuih di tepi mulut dan membuat para melayu kita dok nganga seluas-luasnya, dan ia juga turut diselitkan dengan adegan berebut harta benda, mengumpat, mengata dan sebagainya. Bab-bab mengumpat ni selalunya akan di pelopori oleh mak-mak datin yang cuba berspeking english tapi pada hakikatnya mereka berasal dari pekan kecil di Parit Buntar

Jikalau cerita yang berlatarkan orang miskin, watak utama yang dilakonkan itu semestinya seorang yang miskin gila nak mampus hatta nak beli pencungkil gigi pun tak mampu sehingga menagih kasih di kampung sebelah, dan juga tajuknya mestilah buruk2 belaka seperti, Pondok Buruk 7 8 dan 9 , Nasib Si Penggali Kubur Yang Buruk dan Huduh, Kaki ku Buruk Aku Peduli Apa! dan sebagainya (tajuk cerita di atas perlu la di ubah suai, takut kena saman pulak)

Namun tidak semua cerita melayu ni saya tidak suka, ada sesetengahnya macam cerita XX-Ray, Budak Kelantan, Jangan Pandang Belakang Congkak, dan lain - lain, bagi saya sudah cukup untuk membuang rasa mual kita bukan?

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton cerita tamil, saya cadangkan anda untuk menonton cerita Anniyan, jalan ceritanya menarik, aksinya juga menarik, dan sememangnya sukar untuk kita menjangka endingnya macam mana, puluhan cerita dari Superstar India yakni Rajnikanth juga saya rasakan perlu di tonton juga

Saya rasakan ada segelintir mulut-mulut busuk yang mengatakan, alah cerita melayu lagi bagus dari cerita tamil, di sini saya ingin membuka mata anda dengan mengetengahkan satu tajuk cerita sahaja

Mungkin ada sesetengah di kalangan kita sudah familiar dengan cerita Sivaji The Boss bukan?, namun tahukan anda bahawa cerita ini adalah
  • cerita tamil pertama yang di abadikan dalam bentuk Blu ray disc

  • merupakan cerita tamil yang berjaya menduduki carta 10 filem terbaik di Uk, South africa dan juga US

  • filem ini dialih bahasa dalam bahasa cina dan jepun

  • cerita ini juga menimbulkan huru hara yang mana para penontonnya cuba mencabut kerusi dan merosakkan harta benda pawagam hanya kerana tayangannya di batalkan, kejadian ini berlaku di tiga negeri di malaysia
dalam empat sebab yang dinyatakan diatas, pernahkah cerita melayu kita berjaya memenuhi kriteria tersebut, atau paling tidak pun, penuhi kriteria nombor satu cukuplah.. pernah ke?

Jadi tentu anda paham mengapa saya meminati cerita tamil berbanding cerita melayu bukan?

Saturday, June 13, 2009

Kipas Lipas....

  • anda benci dengan lipas?
  • adakah anda pernah berasa ingin mengupah pembunuh upahan untuk membunuh lipas yang suka hati nak panjat kaki anda?
  • adakah anda teringin untuk bertemu abang shieldtox yang gagah perkasa dan menyuruh bliau menumbuk lipas di rumah anda sehingga penyet....?

ini adalah gambar ahmad joe lipas(bukan nama sebenar) dan rakan-rakan rempitnya yang telah ditumbuk rusuknya oleh brother shieldtox

jika semua jawapan nya adalah "ya" maka anda tergolong dalam golongan yang takot akan lipas. Disini saya ingin memaklumkan bahawa.. walaupun saya ni lelaki berbadan besar dan tidak pernah menjalani sebarang pembedahan jantina.. namun saya tetap untuk berasa takot dengan makhluk hitam yang macam buah kurma ini...

Ini bukan bermaksud untuk mengatakan saya seorang lelaki lembut yang berbadan besar...kerana saya yakin bahawa diluar sana bersepah2 lelaki-lelaki normal yang berasa takot kepada lipas ni... tapi rasa takot kaum adam ni tidaklah sehebat kaum hawa yang mana saya rasakan sanggup memanjat siling dan membakar rumah gara-gara sang lipas yang tak pernah sekolah petang ni

Perkara yang sangat di annoyingkan oleh sang lipas ini adalah.. mereka ni bukannya takot kepada manusia... sebagai perbandingan.. jikalau anjing liar cube mendekati anda.. cubalah anda tunduk dan mengutip sesuatu persis mengambil batu ... nescaya anjing ni akan berlari lintang pukang.. dan kalau anda bernasib baik... anda boleh melihat anjing tersebut berlari dengan dua kaki sahaja..namun lain pula yang terjadi kepada sang lipas ini... pabila kita ni cuba menjauhkan diri dari mereka akibat rasa geli... time tu jugaklah sang lipas ni akan meluru laju ke arah kita tanpa rasa bersalah dan berasa ilmu penuh di dada... dan bagi yang ada sayap pula... time tu jugak la si lipas ni nak terbang laju2 dan hinggap di atas badan kita.. macam siot je kan?

okey.. ini adalah serba sedikit fakta tentang sang lipas... mungkin dengan fakta2 ini.. ia mampu mengubah persepsi anda untuk tidak berasa takot kepada makhluk yang huduh ini...

  1. lipas mempunya darah yang berwarna putih.. ini bermakna anda tidak perlu menghempas penyapu anda berulang kali ke atas bangkai lipas hanya kerana anda mahu memastikan yang mereka betol2 mati

  2. lipas selalunya kluar bukan untuk mencari makanan.. tetapi untuk mencari air.. walaupun mereka ni selalu berada di bilik air dan longkang2

  3. lipas boleh hidup sebulan lamanya tanpa makanan... tetapi mereka boleh hidup seminggu sahaja jika tanpa air

  4. dan fakta no 3 menyokong akan fakta yang mengatakan lipas mampu hidup tanpa kepala selama seminggu.. ini kerana mereka akan mati kerana kekurangan air...bile kepala dah hilang.. takkan nak minum guna kaki kot..

  5. lipas ni hidup dalam smua keadaan.. tak kira lah di hutan banat... di white house...di salak selatan.. di gurun sahara... dan juga di kawasan artik

  6. hampir kesemua lipas mempunyai kebolehan untuk terbang...tetapi tak semua lipas ni nak terbang

  7. ada yang mengatakan lipas takut akan cahaya..tapi pada hakikatnya ia tidak..bagi seekor lipas.. bila lampu didapur menyala.. itu menandakan ada seseorang didapur yang sedang menjamah makanan..jadi kerja mereka hanya tunggu untuk menikmati sisa makanan tersebut

  8. di dunia ni ada sekitar 5000 spesies lipas

  9. lipas mempunya 6 kaki dan 18 lutut... wahh.. hebatnya mereka kalu mereka pandai melakukan senaman yoga kan?

  10. apabila seekor lipas jantan meminati akan si lipas betina.. si lipas jantan akan memberi "wrapped gift" yang berupa spermatophore..spermatophore ini diperkaya dengan protein yang mana baik untuk generasi-generasi lipas yang berikutnya... wahh... romantiknye cik lipas ni kan?

  11. jikalau bumi ini dimusnahkan dengan bom nuklear...jangan terkejut kalu para saintis mengatakan bahawa lipas adalah salah satunya hidupan yang survive

  12. lipas mengenali para keluarga dan rakan-rakannya melalui bau yang mana hampir sama dengan bau kasut sukan abang anda

  13. manusia yang phobia dengan lipas atau serangga lain dipanggil sebagai Blattodephobia dan bukannya "Harap Badan je Besar Tapi Penakot Nak Mampus"

  14. lipas mempunyai family tree yang sangatlah besar.. dan mereka ini dipercayai sudah wujud pada era Carboniferous yang mana sudah berusia 280 million years

  15. lipas tergolong dalam golongan Omnivor.. yang mana mereka ini makan tumbuh-tumbuhan dan juga daging... malah yang lagi annoying.. ada diantara mereka yang mana pandai makan almari mak saya... baju ayah saya... malah stokin bapak menakan saya.

  16. Cockroach berasal dari perkataan sepanyol iaitu " cucaracha" yang mana membawa maksud serangga yang gila..

  17. fosil lipas yang paling awal ditemui 280 juta tahun dahulu yang mana 80 juta tahun lebih tua berbanding usia zaman dinosour

  18. saintis masa kini telah berjaya menjalankan pembedahan otak pada encik lipas.. maka lipas2 yang mengalami masalah tumor otak tidak perlu berasa bimbang lagik

  19. jikalau kaki seekor lipas telah patah akibat eksiden motor dengan cik ahmad nisfu..mereka tidak perlu ke kedai sejaras mencari kaki palsu yang baru ataupun second hand.. kerana kaki mereka mampu untuk tumbuh kembali... kalu tak percaya.. try la buat..

  20. segala fakta yang diberi ini adalah betol belaka.. bukan saja2 saye nak buat pandai okay

okey.. sekian adalah serba sedikit tentang encik lipas yang hensem, gagah perkasa dan berbulu di merata-rata.. moral of the story.. dengan ini saya menasihati kawan2 dan juga diri sendiri.. agar lebey berani untuk berkata tidak kepada lipas...kalu mereka cuba mengganggu hari anda.. apakata anda cuba mengganggu hari mereka dengan semburan shieldtox,ridsect fumakilla dan sebagainya.. selamat mencuba adik2 ya.....

Wednesday, June 10, 2009

blog ni khas untuk cik Sazila tau

haii.. dah bersawang2 dah blog aku nih rupanya... takpa2... abang apis la ni pandai mengemas dah.. dia rajin skit.. sebab dia punya idola adalah eric leong casa idaman tu... cuma abang apis belum menjadi terhegeh2 la seperti si eric tu... dan dia tak suka melompat2 sambil berkata "Surprise... you suka tak.... you suka tak" berulang kali


(ni la eric leong... ada rasa cam benci dak bila tgk dia?)

ok.. berbalik kepada tajuk entry aku kali ni.. adalah ingin saya mengucapkan tahniah kepada seseorang ni... dah besar panjang dah dia...dah cukup umur dah.. dah bley kawin ni.. cuma balaknya sahaja yang tak mau ajak kawin lagik.. katanya lagik... balak dia telah letakkan syarat.. kalau nak kawin sekarang.. dia mesti pandai belajar masak pasir kukus beraneka rasa... rerumput masak kicap... dan kayu bakar 3 rasa ala-ala tropica...ini adalah kerana.. balaknya tu belum bekerjaya lagik... kerja balaknya sekarang ni cuma menghabiskan beras di rumah setiap hari.. koman sungguh balak dia kan?

balak dia pernah la cerita kat aku... yang sazila ni macam special la dalam hidup dia... ya lah.. depa ni dah berhubungan dekat 2 tahun dah..dan balak dia jugak dok kata lagik... dalam masa 2 tahun ni la depa belajaq macam2.. contohnya macam mengenali hati budi masing2.. belajaq cara2 nak merajuk selama 3 hari berturut2...belajaq juga cara nak pujuk menggunakan bahasa isyarat.... macam mana nak bergaduh tanpa mencederakan diri pasangan masing2... macam mana nak mengelakkan diri daripada membaling telefon ke arah ayah yang sedang makan nasik akibat kemarahan yang meluap2... dan balak dia juga turut mengeluarkan ayat berfalsafah persis a samad ismail sempena ulang tahun kedua mereka.... katanya lebey kurang lagu ni la... hubungan 2 tahun ini ibarat seperti kanak2 yang mula belajar bercakap dan bertatih...kanak2 tersebut sudah mesti melakukan banyak kesilapan dalam percakapannya dan tiap langkahnya.. namun.. dari kesilapan ini la mengajar kanak2 tersebut untuk menjadi petah dalam percakapannya dan mampu berlari laju tanpa tersungkur ketanah.. wah wah..bley buat kata2 hikmah kat kelas2 sekolah kerajaan kan?

balak dia kata lagik.. sazila ni dulu juai mahai.. mahai sungguh.. ibarat buah durian yang gred mahal tu... kalu tawar harga pun... dia tak mau jugak... last2 terpaksalah gadai apa yang ada... apa yang aku maksudkan ni bukanlah menggadaikan maruah dan keterunaan.. kerana balak dia ni bukanlah spesies kupu2 malam yang berkeliaran di lorong2 wong ah jang...tetapi ia membawa maksud berkorban apa saja untuk menawan hati gadis idamannya itu... dan kerana ketulusan jiwa balaknya yang membara itu...cik sazila nan sorang ni tangkap syok la sama mamat ni... sungguh aku tak tipu...ni cerita betul ni

walaupun balaknya ni seorang pelupa yang amat sangat... tapi dia tetap siok.. tetap tangkap cinta sama dia punya gadis tu... ya... sungguh aku tak tipu.. balaknya ni seorang pelupa yang amat sangat... kalau bercakap dengan balaknya itu... rasa-rasanya lebey baek anda bercakap dengan pokok betik dibelakang rumah anda...kelupaan balaknya ni turut disokong oleh fakta yang dikeluarkan oleh kawannya sendiri... kawannya kata.. dia pernah makan segerombolan semut di atas biskut oreo nya...katanya akibat terlampau geram kepada semut itu.. dia mengambil langkah untuk telan biskut tersebut bersama2 semut berkenaan.. pada waktu itu.. citanya2 mahu menjadi raksasa gorgon.. mungkin disebabkan cita2nya itu lah mendorong bliau menjadi sebegitu rupa...


(ha macam ni la rupa semut tu... ke gambar kerengge ek... entah la)

balak dia jugak dok kata... sazila ni jenih lemah lembut.. lemah gemalai... hatinya mudah tersentuh dan dia di ibaratkan seperti kulit telur yang amatlah rapuh...walaupun balaknya ni kekadang sering buat tak reti kat kulit telur dia yang amat rapuh tu time merajuk... tapi pada hakikatnya dia sering dok resah gelisah.. cuma dia buat2 ego dan macho la.. huh .. tak padan dengan perut buncit... macho la konon..macam hero tamil ja..

disini balaknya ada kirim lirik lagik sepesel untuk buah hatinya ni.... dia rasa buah hatinya tu tak penah dgr kot lagu ni.. lantas .. balaknya suruh letak link ni kat blog ni... http://www.aimini.net/view/?fid=dQg3Y5prDiUDFDZiDoNV .. balaknya suruh dia donlod sendiri no...

Shontelle ft. Akon - Stuck with Each Other

You can think you can get free
You think you won’t need me
That you’re gonna get you somethin’ better
But you know that we’re in this forever
And you can think you can walk out
Even with your doubts
But you know that we’re in this together

You can try to push me from you
Nothing you do will keep us a part

Cause it’s too late, there’s no escape
Might as well face it, baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Ain’t nothin you can do about it
It’s been too long, it’s been too strong
Cause we belong here
Baby, we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other
(stuck in love with each other)

Yeah
Now I can say that I would not care
If you were not there
Tell myself that I’ll be fine without ya
but I would die if I was not around ya
and I can try to convince you
I don’t need to be with you
But my only thoughts are thoughts about ya
What can I do, love is like glue
There’s no way to
Tear us a part

Cause it’s too late (too late, too late)
There’s no escape, might as well face it
Baby we’re stuck with each other
Stuck with each other (with each other)
Ain’t nothin i can do about it
It’s been too long, it’s been too strong
Yes, we belong here
Baby we’re stuck with each other
Stuck with each other (stuck with each other)
stuck in love with each other
(stuck in love with each other)

There’s nothing i’d rather do
Than to sit with you forever
Can’t think of nothing better
Than to be stuck with you

Cause it’s too late, there’s no escape
Might as well face it
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Ain’t nothin we can do about it
Oh yeah

Cause it’s too late, there’s no escape
Might as well face it
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Ain’t nothin I can do about it
It’s been too long, it’s been too strong
Yes, we belong here
baby, we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other
(Stuck in love with each other)

Cause it’s too long, it’s been too strong
Yes we belong here
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other

Cause it’s too long, it’s been too strong
Yes we belong here
baby we’re stuck with each other
Stuck with each other
Stuck in love with each other
Stuck in love with each other

Ain’t nothin gonna stop me and you eh
Cause you know we just stuck like glue eh

Ain’t nothin we can do
We stuck in love with each other

balaknya kata lagik... sorry la sebab tak prepare apa2 masa sambut besday buah hati dia ni..dia pun dok kelam kabut time nak pi k.l tu... balak dia kata.. depa sambut besday kat mcd ss2 yang mana dipenuhi dengan golongan cina yang mana rata dok pakat kunyah french fries pagi tadi yang digoreng balik..namun depa have a good time masa tu...

dengan ini saya... selaku balaknya yang baek hati dan tak pandai main teka teki ini ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 23... stay cute.. stay happy.. thanks for these 2 wonderfull year...dan selamat berjaya dalam hidup...jangan main mata dengan orang lain.. i luv you cayang.. u lap me tak?