Bulan puasa tahun ni bagi aku tak lah semeriah seperti tahun yang terdahulu.... Suasana puasa tu tak terasa sangat lah... kalau dulu sebelum puasa... sambutannya bley terasa seminggu sebelum... tapi kali ni.. esok nak posa pun rasa macam main-main je..
Rasa-rasanya sebab ape yek?... aku rasa mungkin disebabkan oleh encik bab1 punya selsema la ni... ish memang bermasalah sungguh la ko encik bab1... nak selesema tu.. ko selesema la sensorang.. tak payah nak spread kat orang lain...
Keadaan kat suria cherating skang ni dah berubah macam rumah sakit la plak..bley dikatakan hampir 30 percent participant pakat2 dok kena kuarantin..itu adalah jumlah bagi mereka yang rela hati nak mengaku penah selsema atau batuk... orang lain yang pakat taknak mengaku tu blum kira lagik..
Aku plak tergolong dalam golongan yang bernasib baik la... sebabnya aku tak selsema dan batuk.. suhu badan pun masih lagik normal walaupun kekadang rasa nak demam tu ada.. tapi aku malas nak melayan sangat.. aku ni kalau demam ..teruk sgt keadaannya...kalau beruk tu korang kata buruk rupanya.. maka aku boleh di kategorikan buruk skit dari beruk tu...so jangan lah korang doakan aku untuk demam ek...
Kelmarin orang PSDC tepon aku... diorang mintak aku pertimbangkan balik decision untuk menjadi tutor tu... mak aii.. apesal cam desperado plak deorang ni... cam menakotkan la plak..nampak sangat orang len cam tak mau jadik tutor kat psdc tu.. mujurlah aku mengambil langkah cerdik skit dari sang kancil... kalau tak.. skang ni terhangguk- hangguk la aku dok jadik tutor electrical kat sana...
Dan untuk kesekian kalinya aku tak dak teman nak lepak2 di hujung minggu ni.. kerana masing-masing dok jadik tawanan h1n1 dalam bilik...maka terpaksa lah aku menghabiskan masa di lobi mengupdet blog, gelak sensorang dan melihat kelibat participant gems lain yang sebok2 packing nak balik umah...huh.. tak pasal2 dapat cuti 2 hari mangkuk sungguh la...kalau aku tau awal2.. dah lama aku berlakon batuk dan selsema...
uhuk uhuk uhuk bluekkkkkkkkkkkkkk..amacam ada gaya batuk H1 N1 tak?
Saturday, August 22, 2009
Saturday, August 8, 2009
Perbezaan Ketara
Orang kata, lelaki dan perempuan punyai perbezaan yang sangat ketara.. contohnya seperti adegan kat bawah ni.. cuba baca dan hayatinya ek
Peristiwa ini berlaku selepas seorang perempuan selesai memotong rambutnya
Kak Kiah : Hai, cik temah.. potong rambut ke?
Temah Jongang : Ye la cik Kiah... macam mana? cantik tak rambut i ni
Kak kiah : Cantik la cik temah.. memang sesuai dengan muka awak yang bulat tu
Temah Jongang : Betol ke cik Kiah?... amoi kat salun tu pun cakap macam tu kat i tau...tapi i nampak cam senget benget je rambut i ni
Kak Kiah : ish mana ade la cik temah.. sedang molek je i nampak...ada gaya macam artis muda yang berlakon kat tv tu...
Temah jongang : Rambut i ni tak over ke kak kiah... i bukan ape.. orang melayu kita ni .. pantang kalau nampak orang berumur macam kita ni nak up to date sket... ada saje nak mengata...ada saja nak jeling-jeling tak puas hati
Kak Kiah: Peduli apa cik temah oi .. bukan u pakai duit diorang pun ... ada u kacau lubang hidung deorang dengan design rambut baru u tu?... tak ada kan?
Temah Jongang: Betol jugak cik kiah kan...i setuju la ngan pendapat u.. sebut je pasal pelakon muda yang u kata tu.. i ada pulak gosip pasal dia
Kak Kiah : bla bla bla bla.......
Temah jongang : bla bla bla bla
(perbualan antara cik temah dan kak kiah dapat saya sertakan sampai takat ni je... sebab perbualan mereka merangkumi isu semasa dalam dan luar negara yang langsung tidak berkaitan dengan rambut... tetapi berkaitan dengan hal orang lain)
Bagaimana pula kalau perbualan antara lelaki memperihalkan tentang potong rambut ni?
Leman Kambing : hai pak ali... potong rambut ke?
Pak Ali : Ha' ah, baru tadi je
Rasa-rasanya,
Anda nampak tak perbezaannya?

Subscribe to:
Posts (Atom)