Pak turut yang Setia

Friday, September 25, 2009

Hari Ku di Ceriakan Dengan OriGami

Hari-hari terakhir sebagai penganggur berjaya macam mula nak berakhir... pada mulanya aku mahu menanam azam untuk meneruskan sahaja niat baek ko untuk tido hingga ke petang hari... namun panggilan lie yang besar pada rupa tapi tidak pada umurnya itu membuatkan aku terjaga dan terbeliak seluas-luasnya... kenapa aku terbeliak... haa itu adalah hasil kesilapan aku sendiri...atau dalam bahasa lainnya .. bangang tak bertempat... yang aku pegi set ringtone pontianak ngilai untuk panggilan lie yang besar pada rupa tapi tidak pada umurnya tu buat apa... mula la aku terkejut dan agak kebiru-biruan jugak la wajah aku time tu..tapi tak pe.. wajah ku tetap maintain macho macam abang beckham tatkala baru bangun tido... bile aku mandi.. wajahku kembali kepada wajah aku balik.. tu la salah satu kelebihan aku.. .hahahhahaha...

Tanpa membuang masa.. aku pun bangun la.. sambil bangun.. dan sambil melihat katil aku yang bertemakan hutan rimba ala akukultur tu makin tebal dan mula bertukar menjadi hutan khatulistiwa ala taman negara... aku rasakan ular orok-orok.. zirafah dan badak sumbu boleh didapati di bawah selimut ku dan bawah katil semaknya.. hanya tuhan yang tahu menilai... dan pada masa itu baru aku sedari..yang rupanya aku ni bley tahan jugak buas kalau tido... dari 5 bantal yang berada di atas katill.. last2 tinggal satu je.. tu pun berada di hujung2 katil.. hampir nak jatuh..aishhhhhhh

Lalu aku membuka laptop.. mengecheck apa yang patut.. kot2 la ada orang hantar email kata nak masuk meminang.. ada alasan jugak untuk aku mandi awal pada hari ni.. tapi tanggapan aku tu hampa.. sebab yang ada pun email facebook yang mula menyerabutkan mata...korek punya korek.. maka aku terjumpa la satu e book untuk origami ni...rasa berminat untuk membuat origami ni mula membuak2 dalam dada ini... rasa macam orang nak nek pelamin pun ada...neves la plak.. cam bangang kan?

tiap chapter aku tgk.. cari yang mana satu origami yang paling sesuai untuk aku buat..atau dalam kata lainnya mudah untuk aku buat..lalu terjumpa la satu chapter ni.. cara nak buat jadik dinosor katanya...aku mula la melipat dari satu lipatan ke lipatan yang lain... dengan tulus ikhlasnya aku melipat dengan harapan akan jadi kelibat dinosor sperti gambar di bawah



Amacam.. ada cantik tak... tapi orang tua-tua kata... panas selalunya tak sampai ke petang.. sebab hujan di tengahhari... dan berjam-jam aku tertonggek2 sorang depan laptop ni dan terkenyit2 membuat origami.. dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah..




lantas ini membuktikan aku langsung tidak pandai nak wat origami.. hampeh.. instruction yang diberi tak clear langsung.... dah tu camne aku nak wat dinosor... (sebenarnya ni alasan je... saja tak nak malu kan diri sorang2)...dan kesimpulannya.. aku sgtlah tidak berbakat dalam bab lipat siku lipat ni..kalau nak wat semak.. aku memang pandai... mak aku kata.. dari aku kecik lagik.. memang aku berbakat dalam bab ini

Herm.. tak perlah.. aku pasrah je la... sebenar2nya penglihatan aku terganggu oleh satu kelibat objek yang betol2 berada kat mata aku.. puas aku korek.. tapi tak tau apa dia..mungkin sebab tu origami ku sering tak menjadi.. adus.. sungguh menganggangu ... binatang apakah di mata ku ini

dan kini baru aku sedari.. apakah jenis objek itu.... ia terhasil dari proses penyahtinjaan oleh mata.. aku tak nak la bagitau korang.. nak suruh korang teka..tinggalkan tekaan anda di ruang post di bawah yek..

Aku rasakan.. sudah sampai masanya untuk aku mandi.. tak gitu?

Kehidupan Seorang Penganggur Terlampau

Hari ni dah raya keberapa pun aku dah tak tau... aku tak berminat nak kira.. sebab aku ni kalau bab kira hari ni aku tak minat sangat.. kalau kira anak dara comel yang datang bertandang ke rumah aku tu.. sememangnya aku sangatlah berminat.. tak payah suruh pun tak pe.. memang aku berminat sangat2... biasalah.. manusia kan suka pada kecantikan...so sebagai menyahut cabaran sebagai seorang manusia yang humble.. aku perlu la mengambil langkah untuk cinta dan rasa jatuh cinta kepada kecantikan.. selalunya golongan awek2 yang cantik lah...tapi tak salah kan?... aku hanya nak menghayati keindahan ciptaan tuhan... ya.. ciptaan tuhan itu sangat lah cantik

Hari ni jugak aku masih meneruskan kehidupan ku selaku seorang bujang yang bermaharaja lela di rumah ibu bapak ku sendiri.. mujurlah aku sekarang berada di malaysia.. kalau lah aku ni seorang rakyat amerika atau pun eropah.. dah lama rumah aku ni menganjurkan aktiviti parti liar macam dalam cerita yang korang tgk tu... dan mujurlah juga aku ni seorang yang baik hati.. berbudi pekerti mulia.. tak tinggal semayang.. ingat pesan ibu bapa.. pandai menjahit.. memasak dan membuat tarian hula hup...kalau lah aku ni seorang yang jahat sikit dari pada iblis... dah lama umah aku ni dah jadik port... port apa..erk... yang tu aku tinggalkan sebagai pertanyaan kepada diri sendiri.. kalau anda teringin nak buat andaian .. sila lah buat.. saya tak marah pun...

Kehidupan sebagai seorang bujang sememangnya sangat lah tidak terurus... ini diperkuatkan lagik dengan tittle seorang "penganggur terlampau" membuatkan aku seperti kais pagi makan pagi.. kais petang.. esok lusa tak tau macam mana...Mujurlah hari ni masih lagik diistiharkan sebagai hari raya... bley la aku berkunjung ke rumah handai taulan dengan alasan mahu bertegur sapa dan beramas mesra.. pdahal.. aku punyai agenda yang tersembunyi...iaitu memenuhkan tembolok sendiri.. jimat sikit duit aku... dan mujurlah juga aku ni jenis yang tidak memilih makanan.. dpat makan marukku ikan..kerepek ubi.. almond london..air sirap kenduri yang mana "manis" pada warna tapi tidak pada rasa...sudah memberi kepuasan kepada aku sendiri...

Rasa nak berkata padan muka pada diri sendiri pun ada juga ..tapi tak mengapalah .. bukan selalu aku nak jadik bujang di hari raya...rasa seronok tu ada jugak... maunya tak seronok... baju kena basuh sendiri...kena sidai sendiri.. kena gosok sendiri...masak pun kena masak sendiri..tapi bab habiskan tu aku berikan pada tong sampah sahaja.. kerana dia yang lebih berhak untuk menerima... nak marah sebab masakan tak sedap pun terasa macam bodoh-bodoh alang pulak.. sebab masakan tu .. aku yang buat sendiri

Busan? ada la jugak skit-skit..kalau busan.. aku dok bergurau dengan kucing-kucing aku... kalau dia gurau guling-guling.. aku pun turut berguling sama.. kalau dia ajak bergurau kasar tahap mencakar-cakar... aku lempang je.. haaa.. kan dah padan muka...paling jahat pun aku tak bagik makan... hahahaha...patut la kucing-kucing aku sering melarikan diri bila melihat aku sejak akhir-akhir ni...

Apa yang aku nak buat petang ni yek?.. entah la.. nak tdor dah puas dah... nak bergurau dengan jiran sebelah pun.. dia bukan kenal aku.. kang tak pasal kene penendang free.. nak pergi beraya macam tak sesuai je..sebabnya dah abis rumah aku beraya...tapi satu haram duit raya tak dapat pun.. dah besar panjang ke aku nih...Apa kata aku kemas bilik.. tukar tema .. dari tema hidupan laut dalam kepada tema hutan simpan ala akuakultur.. ok tak...

Owh sungguh tidak terurusnya kehidupan ku ini... ni yang rasa macam nak cari sorang bini ni...

Saturday, September 19, 2009

1st hari raya

Aku rasakan.. korang-korang yang lain musti tgh dok melayan sanak saudara yang datang ke rumah ketika ini kan?... tak pun dok makan marukku ikan di depan tv sambil ternganga besar dok tgk cerita kat televisyen... paling kurang pun dok minum sirap yang tak habis pagi tadi kan?...

Aku plak berlainan ngan korang smua... sebabnya parents aku balik kg.... kakak2 ku pergi beraya tah ke mana... aku plak tak tau nak wat apa di rumah keseorangan... nak pi jejalan beraya.. kawan2 aku sah2 nak beraya ngan family depa hari raya pertama ni.. tak pun balik kg kan... so.. berbekalkan t shirt CSR Gems we share as we care dan berkain pelikat biru petak2.. aku stay dalam bilik.. sambil mengambil langkah cerdik untuk menutup segala pintu hadapan dengan harapan kanak-kanak yang datang beraya itu menganggap tuan rumah tiada di rumah...lalu aku pun menonton cerita pendek yang bodoh-bodoh alang di you tube... memang lawak cam gampang la.. hahaha...
sesapa yang tak tahan dengan bad words.. jgn la menonton cerita ni... nanti terbakar koklea anda...saya tak ada koklea lebeh nak beri... sebab tu saya dah bagi amaran ni

saksikan lah Psycho Girlfriend episode 1....





yang ni plak episode 2...



ni plak episode 3

Tuesday, September 15, 2009

Kereta Second Hand?

Semua orang nak beli kereta... bior kekadang gaji 7 ringgit sehari pun.. akan punya azam yang mendalam gila untuk beli kereta.. tak kirala kereta baru ke.. kereta lama ke.. seken hen ke.. ape ke...

dan post aku kali ni .. aku nak berkongsi la.. sedikit ilmu untuk memilih kereta seken hen yang tepat untuk anda semua... bukannya apa.. aku dah serik dok tgk kawan-kawan aku di tipu oleh penjual kereta seken hen ni... memula kata kereta ni accident free la.. belong to woman la .. apa laa..skali.. baru 2 minggu pakai...macam2 perkara dah jadi.. bermula dari nak tercabut bumbung.. enjin hanpir gugut di tengah jalan... kereta potong...turbo pecah.. dan berbagai lagi la masalahnya..

so tanpa membuang masa.. baca la tips yang berguna ni ... kalau sapa-sapa yang tak berminat nak beli kereta seken.. tidak perlulah anda membuang masa post aku untuk kali ni yek..



1. Luaran :
  • cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada.
  • Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free.
  • Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka).
  • Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).

2. Dalaman :
  • Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak.
  • Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang.
  • Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).
  • Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujian ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.

3. Injin :
  • Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus).
  • Laburkan sedikit duit, veli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hitam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih.
  • Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin).
  • Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama.
  • Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).
  • Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar.
  • Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi).
  • Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian.Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan .
  • Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing.
  • Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

4. Pemanduan :
  • Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left.
  • Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment.
  • Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise . Kalau ada problem!!! komponen ini akan bernyi tok tok tok .... Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti.
  • Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.
  • Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta.
  • Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.


so... gunakanlah tips yang aku beri ni untuk mengelak diri dari di tipu oleh cina-cina used car ok... selama mencuba adik adik

Friday, September 11, 2009

Hermaphrodite dan Dateline di tv3

Hari ni hari jumaat.. malam sabtu.. tiada apa yang menarik yang berlaku pada malam ni... lepas tgk batman tdik kat tv 3.. aku dah tak tau nak buat apa.. cume menghabiskan murtabak yang dibeli tadi dan mengunyah kerepek je... Boring?.. ya.. soklan tu kerap kali tertanya dalam kepala hotak aku ni..

Akibat boring sangat-sangat.. aku pun melayan la nightline kat tv3 nih... macam biasalah.. berita-berita yang berlaku di pelosok dunia di ceritakan melalui berita ni.. kadang-kadang berita yang nak disampaikan itu bukanlah serius ataupun dasyat sgt pun... cuma cara penyampaian si tukang baca berita itu di selangi dengan bunyi2 muzik yang macam mensaspenkan yang membuatkan berita tu bertambah menarik dan dasyat...namun dalam banyak2 berita yang diceritakan oleh mamat cina kat dateline ni... aku tertarik akan satu cerita pasal sorang minah ni...

Nama minah yang aku cuba nak ceritakan ini adalah Caster Semenya... apa yang menarik pasal dia?....Dia bukannya seorang yang terputus jari akibat bermain mercun bola.... dia tak pandai menganyam ketupat seperti kak bedah kampung sebelah..dia juga tidak pandai untuk membuat kuih semperit atau pun tart nenas 3 rasa.... namun dia hanya dikenali sebagai pemenang dalam acara lumba lari 800 meter wanita di berlin baru2 ini.. walaupun dia menang secara mutlak dalam acara tersebut...tapi kemenangannya telah di ragui oleh ramai pihak...



ini lah rupa Caster Semenya..hensem tak?.. ada macam Johnny Dep ? ke mcam kuih bom ? silalah jawab dengan penuh ikhlas di ruangan komen ya...


Pernah tgk sang gadis ni berlari mase kejohanan balapan dunia kat berlin tu?... Susah untuk aku ceritakan kat sini.. senang-senang korang carik la kat you tube.. try tengok macam mana dia biarkan mat saleh - mat saleh yang len tertinggal jauh kat belakang... Kalau la semenya kentut time dia berlari tu.. alamatnya mat saleh-mat saleh yang kat belakang tu cuma makan kentutnya saje la... menang tak dapat.. paling kurang dapat bau kentut sang juara.. kira aci la tu kan?

Namun kemenangannya itu disangkal la pulak oleh sesetengah pihak... Dengki?.. mungkin kot.. sebab dia adalah awek yang hensem yang menang dalam acara tersebut...dah la tu... dia pulak di dakwa sebagai seorang lelaki yang masuk acara perempuan... ish.. sungguh tidak senonoh para mat saleh ni kan?

Malah hari ni.. berita yang aku tgk tadi mengesahkan bahawa semenya ni seorang yang Hermaphrodite...menatang apakah hermaphrodite itu?... haaa.. ia bermaksud.. semenya ni seorang khunsa... tau tak apa tu khunsa?.... kalau tak tau.. balik kampung nanti.. time bersalam mintak maaf dengan tokwan anda.. cuba-cuba lah tanya tokwan anda... khunsa tu apa ok... tanpa penuh rasa bersalah...

Report oleh doctor itu mengatakan si semenya ni ada hormon testosterone yang menghasilkan organ seks lelaki tapi dia tak punya ovari dan rahim...Hebatkan ciptaan tuhan nih...

Tapi mak dia dok kata... "aku dok bela dia dah lama... memang anak aku ni pompuan la ...gila"... berikut adalah statement tak rasmi setelah di alihkan bahasa yang di ucapkan oleh mak dia...dan berita akan kesahihan jantinanya sebagai seorang perempuan masih lagik diragui hinggalah ke hari ini...

Namun apa-apa pun aku cuma nak hangpa smua cuba bukak minda skit la.. mintak berfikir sket ja... tak banyak pun....

Kalaulah semenya ni seorang rakyat Amerika Syarikat... rasa-rasanya isu tentang kesahihan akan jantinanya akan timbul tak?...

Paling kurang pun... semenya ni adalah seorang yang berkulit putih dan punya kerakyatan sebagai rakyat negara eropah... agak-agaknya isu ini timbul tak...?

Pernah tak korang terpikir akan hal ini?

Friday, September 4, 2009

Back to Life.. Back to Reality

Menempuh hari pertama sebagai seorang yang normal...herm rasa cam pelik pun ada... mau tak nya.. sebelum ni lebih kurang 2.5 month tidor aku ditemani oleh dengkuran kawan-kawan aku kat suria... malam memula sampai di Suria .. memang aku tak dapat nak tdor jugak la... tapi dah lama dok ngan deorang... bila tak dengar dengkuran ... rasa macam tak bley tdo plak.. sungguh aku kata... tak tipu ni.. semalam time nak tdo.. terkebil-kebil jugak aku dibuatnya..

Sunyi?... yup gelak tawa mahzuz yang seperti kena tarik sawan aku tak dapat dengari dah ari ni...yang aku dapat dengar hanyalah suara nyaring kakak aku yang memanggil kucing-kucingnya masuk kandang sahaja...dicampur dengan suara si kecik iris yang dah pandai nak demand akan hal makanan pejalnya dan juga suara ayah aku yang dok mengeluh akibat jahitannya tak memenuhi kehendak dia...sememangnya aku rindu dengan suasana di rumah ni...2 bulan lebih tu...bukan sekejap2... anak anjing kat sebelah umah aku dah membesar dengan jayanya... hensem2 plak tu.. rasa nak amik bela sekor...

Tempat tidor aku yang bertemakan hidupan dalam laut terpaksa aku kemaskan sendiri hari ni...sebelum2 ni brader nepal tu yang dok kemaskan... sejuk aircond pun dah tak rasa... dan aku dapat rasakan mata ku yang hampir-hampir kebiruan akibat duduk dalam ekon selama 2 bulan setengah tu mula beransur-ansur menjadi kehitam hitaman...dan seperti biasalah...tabiat untuk tidak turn off tv time tidor kat suria dulu aku terbawak-bawak sampai kat dalam bilik aku.. sian tv aku bercakap sensorang... patut la pagi tadi aku bangun .. aku dengar suara chef wan ajak masak...aku igtkan dia ada dalam bilik aku ...aku tak sanggup di culik dan dinoda oleh dia...geli mattttt....

Sedih?... yup ada la rasa sikit-sikit.. tapi dalam hati ni sapa yang tau... banyak kenangan weh..dengan karenah kengkawan.. karenah orang hotel.. secreteriat.. walaupun cik eizel tu tak lah hensem sangat.. tapi hari ni.. teringat2 jugak la kat mamat tu...cuma yang aku tak mau igt adalah muka unta sazali ...kenapa aku bahasakan dia sebagai unta.. erm.. entah la.. aku rasakan unta yang paling sesuai untuk dibandingkan dengan dia

Lauk berbuka?.. hari ni aku rasakan lauk berbuka aku telah dimasak dengan penuh kasih sayang.. berbanding dengan lauk yang dihidangkan di suria.. yang mana saling tak tumpah seperti masak menggunakan kaki.. dah la tak sedap...pastu lauk tu la sampai sudah.. naik menyampah plak aku tgk.. bukan la nak kata aku ni memilih.. tapi dah memang hakikat dia lagu tu.. hari-hari makan telur.. kejap2 telur masak kicap.. pastu telur masak lemak...pastu plak telur dadar... telur goreng.. telur tiga rasa.. dan segalanya telur la...

dah.. aku tak nak cakap banyak.. aku cuma nak kongsi kenangan-kenangan terakhir aku di GEMS cherating yang sempat aku potretkan dalam bentuk gambar..hah.. saksikanlah...


amacam?.. ada gaya rombongan meminang tak.. gambar ni di ambil sebelum grand dinner SRC02 bermula




ya..kelihatan awek idaman malaya berbaju merah mak ngah.... pilih yang mana berkenan.. sorang satu sahaje.. tak ley banyak-banyak..




hah,, tambah sket lagik.. pilih2.. nak nombor tepon.. aku ley bagi...




wajah-wajah keceriaan jelas tergambar disini walaupun masing2 menahan nafas untuk tidak membiarkan perut mereka terjuih keluar akibat kekenyangan tatkala gambar diambil...


ya.. kibarkan bendera itu sampai lenguh...macam meriahkan?...


Legendary Wedding Wonders members..


gambar posing maut... senget2 posing...


hari gelak sedunia... ya.. mari lah bergelak ramai2 hahahahaha..


bley dikatakan gambar smua participant la nih...nak runtuh pentas tu kami buat tau


posing skema gile babeng... senyum sampai ke telinga... kenyang makan kambing golek malam tu


gadis-gadis pinggitan berbaju merah mak ngah cuba memberi posing maut... wah wah.... tergoda la plak..



kesemua jejaka-jejaka gems src 02...sikit je kan?... haaa.. sebab tu la kiteorg jadik rebutan.. hahahahahahah..

namun dalam setiap gambar yang aku letak ni ... baru aku terperasan akan satu kebenaran.......

apesal mata aku macam tertutup tiap kali gambar diambil..
sepet sangatkah aku ini?