Pak turut yang Setia

Friday, October 30, 2009

ApA yang Menarik Tentang Dia?

Dah lama aku tak rasa kagum tahap bulu roma kembang sampai nak tercabut2... dan dah lama aku tak rasa terharu dan kagum sampai hampir nak menangis la jugak...walaupun aku ni pada luarannya nampak seperti jejantan perkasa yang lain... namun jauh di sudut hati ... di ruang hati yang paling sempit sekali.. ada juga rasa mudah tersentuh tu... aku rasa smua orang macam tu.. bukan aku sorang je.. kalau tak caya.. try tanya malik noor... dia pun sama ja cam aku... tak kurang skit pun

mesti ada di antara korang yang dok tertanya-tanya.. menatang apakah yang cuba aku maksudkan ini.... adakah aku sedang berasa kagum dan cuba untuk menjual ubat "kuat" kepada korang? adakah aku berasa kagum sambil cuba untuk mempromosikan penapis air cap bio aura "syukur alhamdulillah"?... dan adakah aku saja2 buang tebiat nak mampus sebab pada malam minggu ni kawan2 aku yang len smua pakat mengenjoykan diri, manakala aku terperuk kat dalam rumah tak tau nak kluaq pi mana sebab duit dalam beg duit ada sebanyak rm40 campur habuk2, resit kedai mamak yang ada tompok kari kambing sket, dan bisnes-bisnes kad yang mana layak untuk aku buat lap mulut selepas makan sahaja...

straight tu da point la.. aku malas nak melalut.. sat lagik hangpa dok kata aku dok gila isim plak..camni la.. apa yang aku maksud kan tadi adalah berkenaan dengan satu ciptaan tuhan... apa yang menariknya tentang ciptaan tuhan ni yang mana mampu membuatkan aku nak bergenang air mata bila baca cerita dan tonton kelibatnya? sapa kah makhluk tuhan ni?...

Nama yang diberi adalah christian... ya.. dia bukannya islam.. malah dia jugak bukan kristian... dia tak pandai semayang... tak pandai duduk diantara dua sujud... dia tak pandai baca doa iftitah..dia juga bukan jenis semayang pakai colok...dia selalu tak pakai baju... dia juga tak dak istilah halal haram dalam hidup nya..tapi dia tau ALLAH tu tuhan dia... ini adalah kerana Christian adalah seekor singa



Christian the lion




dari kiri : Rendal, Christian, dan Bourke



kat atas ni adalah gambar christian... amacam.. comey dak.?.. ada rasa nak peluk2 dan wat bantal peluk di malam hari? apa yang menarik nya cerita pasal seekor anak rimau nan seekor ni... dia bukannya harimau jadian cap waris jadi hantu.. dia tak mampu nak bertukar menjadi seekor lelaki lembut... awek dia plak tak cun macam maya karin pun..namun yang menarik tentang seekor christian ni adalah perjalanan hidupnya.. nak tau camna jalan hidupnya.. teruskan membaca ok

-Pada tahun 1969.. di london kat pasaraya Harrods ada kelibat 2 ekor anak singa yang ditempatkan dalam sebuah sangkar yang mana muat2 depa saja dalam tu

-Christian adalah salah seekor anak harimau tersebut... dia diperoleh oleh Harrods kerana dia adalah anak singa yang terlepas dari sangkarnya dan ditangkap untuk dijual kerana memusnah cenderamata kat karpet department dalam harrods tu... manager department tersebut sgt2 la nak juai christian ni

-Lalu muncul lah mamat yang bernama Rendal dan Bourke yang berlagak selaku super hero dan membeli salah sekor anak singa tersebut dengan sebanyak 250 guineas sahaja

-Rendal , Bourke bersama kawan2 dia yang len smua pakat dok sayang kat singa yang sekor ni... namun singa ni bukannya jenis membesar takat tu ja.. cukup ja dia umur setahun.. Christian ni membesar dengan penuh jayanya walaupun dia tak penah sepanjang hayatnya minum milo untuk pembesaran ataupun meminum susu yang penuh DHA dan mampu membuat dia menjawab soalan "INI BENTUK APE?"... sebab dia besar sgt.. depa ni pakat2 la bawak dia pindah kat satu kedai perabot dan tinggal di bawah basement kedai tersebut.. pemilik dia juga mendapat permission untuk bagi si christian ni exercise kat tanah lapang di gereja yang berdekatan.. dan selalu jugak la membawak si christian ni jalan2 usha awek... awat hangpa igt singa tak dak nafsu ka?

-Bela singa ni bukannya macam bela ayam atau itik..ini sebabnya dari hari ke hari .. si Christian bertambah saiznya.. dan kos sara hidupnya pun meningkat dan christian juga berjaya memeningkan kepala kedua-dua pemiliknya itu...pemilik dia pun pernah berkata.. takut-takut christian ni dah mula nak men gigit kepala orang... dan mula berjinak2 nak men terkam orang kat bandar...lalu mereka mengambil langkah.. untuk memperkenalkan dunia safari kepada christian

-pertolongan George Adamson seorang Kenyan Conservationist dan memperkenalkan Christian dengan seekor singa yang lebih otai dan bernama Boy.. Si boy ni kalau ikutkan punyai pride lionnya yang tersendiri... dari pergaduhan awal antara kedua lion ni.. akhirnya depa menjadi sahabat yang sangat akrab dan kehidupan baru si Christian di benua afrika banyak dipengaruhi oleh kehidupan Boy sendiri

-setahun sudah berlalu.. kelibat boy sudah hilang dari alam maya ini akibat ditembak oleh adamson sendiri setelah boy mula hilang pertimbangan dalam kawanan singanya dan cuba mencederakan salah seorang assistant adamson sendiri.. lalu tampuk pemerintahan pride Boy telah diambil alih oleh Christian.. Christian yang dahulunya dikenali sebagai seekor singa yang manja dengan manusia sekarang sudah menjadi ketua puak singa yang masing2 adalah liar buas dan garang sekali... Christian pada masa itu adalah Christian yang berbeza dari yang dulu

-Masa cepat dan pantas berlalu, namun ingatan Rendal dan Bourke terhadap Christian tidak lusuh begitu sahaja... mereka bercadang untuk melawat Christian walaupun Adamson telah memberi pesan kepada mereka bahawa Christian mungkin sudah lupa akan kelibat mereka kerana terpengaruh dengan kehidupannya yang baru yang lebih liar dan lebih semula jadi..

-Namun Rendal dan Bourke tetap bertekad untuk melawat Christian dari jauh sahaja.. asalkan rasa rindu yang termaktub dalam sudut hati mereka dapat terubat juga..walaupun saranan adamson yang mengatakan trip mereka itu lebih kepada membuang masa sahaja

-Dan apa yang berlaku adalah peristiwa yang sukar diduga dan aku rasakan, bukti melalui gambar dan video ini cukup membuka mata korang semua... saksikan dan hayati lah sendiri



Aksi peluk2 bgai lama tak jumpa dan tidor sebantal bersama tuannya



Seperti melepaskan rindu terhadap kedua tuannya Persis seperti sebuah reunion keluarga (christian bersama isteri dan anaknya)

dan video ini berjaya membuat ramai orang terharu dan rasa sebak dengan reunion kedua - dua hidupan tuhan yang berbeza dari segi akal dan fizikal ini






Reunion itu berakhir pada pagi keesokkan harinya... dan selepas reunion di pagi itu.. tiada siapa pun dapat memberi tahu dimanakah kelibat christian selepas itu...

so moral of the story... buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali... jikalau binatang mampu mengenali orang yang berbudi kepadanya.. inikan kita yang punya akal dan fikiran yang lebih matang dari seekor singa..

LOVE KNOWS NO LIMITS AND TRUE FRIENDSHIPS LAST A LIFETIME

Wednesday, October 7, 2009

Aku... Dia.. dan Kerjaya

Tiada apa yang menarik pada malam ini.... kelibat langit yang gelap gulita tidak bersuluhkan matahari membuatkan aku rasa nak mencarik2 rambut yang ada di kepala.... rasa serabut mula menerjah dalam kepala hotak aku sejak sekian lama lagik.. itu belum lagi ditambah dengan pelbagai masalah...rintangan yang melanda diri aku sekarang ni... ya.. aku sememang nya boleh dikategorikan layak untuk menjalani pembedahan otak sekarang... ada sesiapa yang layak untuk membedah otak aku... sila ke hadapan sekarang

Kehidupan selama 2 minggu sebgai seorang trainee yang terkial-kial mencari arah tuju hidup sememangnya buat hati aku ni sering tertanya-tanya.. dan menyoalkan kenapa la nasib aku sebegini rupa?... Kadang kala pertanyaan aku itu melebihi jangkauan kemanusiaan.. dan hampir2 juga boleh memesongkan akidah aku sebagai seorang islam... Pertanyaan yang mempertikaikan akan ketentuan tuhan seringkali hadir dalam kotak pikiran aku ni..namun aku hanya bersabar je lah...sebab dia yang tentukan.. aku ni siapalah di sisi-Nya.. hanya insan biasa yang sering melakukan dosa dan kesilapan

Rasa tidak puas hati terhadap kehidupan sendiri mula menular dalam diri aku ni semenjak berakhirnya hari konvokesyen pada minggu lepas... Pada mulanya aku tak amik port sangat tentang hal ini... namun,.. hati mana yang tak terasa dengki dan iri hati.... tatkala melihat seorang demi seorang rakan-rakan aku telah mula bekerjaya dan menstabilkan keadaan mereka... lebih menyakitkan hati lagi bila mendengar cerita mereka yang mana masing-masing bercadang untuk membeli kereta cap ikan, kereta cap selipar jepun dan juga kereta yang menawarkan hadiah percuma berupakan pinggan raya cap arcoroc

Dan hati mana yang tidak terasa seperti di siat-siat tatkala melihat rakan sekelas sudah mula berkenderaan sendiri dan tak ubah seperti menayang kereta yang baru dibeli dengan titik peluh sendiri kesana dan kemari dan diselangi dengan cerita yang memperihalkan gaji mereka yang mana angka kosongnya sering kali bertambah apabila ditokok tambah oleh pencerita pihak ke 3... ke 4... ke 5 .. dan hatta ke 119... dan hati mana yang tidak sakit tatkala melihat kawan-kawan mula bertukar-tukar bisnes kad yang tertera nama dan jawatan mereka diantara satu sama lain...

Dan hati mana yang tidak merasa perit pabila persoalan yang bertanyakan aku kerja di mana terpacul dari mulut mereka itu disusuli dengan jawapan " aku masih lagi tidak berkerja"... Rasa malu? ada juga... rasa tercabar?.. pun ada juga... rasa tuhan tidak adil?... kekadang persoalan itu mula menyelubungi aku.... tapi aku malas nak pikir sgt.. kang tak pasal2 aku murtad....

Walaupun aku kelihatan seronok seperti tiada apa-apa yang berlaku...ketawa dan hilai tawa aku pada hari itu pada hakikatnya adalah dusta belaka....sememangnya aku mengakui.. aku ni mudah terasa iri hati terhadap kejayaan orang lain... tapi perasaan iri hati aku itu tidak lah mendorong aku untuk melakukan penganiayaan terhadap mereka....aci kerat jari la kalau kata korang tak cemburu melihat kawan-kawan sekelas yang mana sama level dengan anda atau pun kurang sket levelnya .. lebih berjaya dari anda bukan?

Dan hasilnya aku rasakan sejak dua menjak ni.. aku terasa sgt2 la down... disusuli pula dengan perlbagai masalah yang melibatkan pengangkutan, penginapan.. kewangan dan segalanya...ditambah lagi dengan department training aku yang langsung tidak berkaitan dengan engineering... masakan tidak... aku seorang budak teknikal..layak kah aku di tempatkan di bahagian procurement?....

Rasa untuk withdraw? ada juga.. tapi nanti aku nak buat apa kat rumah.. bela itik?... ternak siput sedut?.. tanam cendawan ganoderma... atau jual one drop perfume?...sesiapa yang mampu jawab persoalan saya ini.. sila jawab di kotak komen di bawah ya....

Namun aku rasa aku terpaksa mengikut segala nasihat yang buah hati pengarang jantung aku... dia kata.. tak baik mempertikaikan kerja tuhan...Dia tau apa yang terbaik untuk aku...dan dia merancang cerita yang terbaik untuk aku... dan kerja aku hanya perlu berusaha dan sentiasa berdoa padanya..rezeki aku masih belum tiba..dan setakat ini rezeki ku hanyalah sebagai seorang trainee di Procurement and Vendor Development Division...hidup ni tak selalunya gembira...dan tidak selalunya ceria seperti yang digambarkan...

Hidup ni juga penuh dengan keadaan yang sukar dijangka... dan penuh juga dengan kejutan...

Namun aku sgt-sgt meminta pertolongan dari korang semua...

-jangan sesekali menyoalkan perihal kerjaya aku buat masa sekarang ni dan jgn sesekali mempersendakan aku dengan perkara yang berkaitan dengan kerjaya....-

Walaupun statement di atas kelihatan seperti aku main-main.. namun aku sebenarnya sangat serius pada masa ini....


YA.. AKU SGT LAH SERIUS PADA WAKTU INI... :-|