Sejak akhir-akhir ni, kebanyakkan masa terluang saya lebih dihabiskan di restoran mamak yang bertaburan di bandar Kuantan ni. Ini bukanlah menandakan saya telah terkena "mandrem" si mamak tersebut, cuma mungkin rakan saya nan seorang ni lebih selesa berada di kedai mamak berbanding dengan kedai makan yang lain. Walaupun warna diri empunya badan saling tak tumpah seperti warna jalan tar yang berdekatan, ini tidak bermakna dia dipinggirkan di restoran melayu, siam ataupun sebagainya.
Saya masih igt lagi peristiwa yang berlaku 3 hari lepas. Kawan saya yang mana saya lebih gemar gelarkan dia sebagai jalan tar ini mengajak saya lunch di restoran mamak di bandar. Pada mulanya saya mengajak si jalan tar itu untuk makan tengahari dirumah saya sahaja, namun katanya dia sudah lama merindui kari daging di kedai mamak tersebut. Untuk mengelakkan dia berkelakuan aneh dan luar biasa, saya menuruti sahaja kehendak si jalan tar tersebut.
Perjalanan ke sana tidak sampai 5 minit lamanya, saya duduk di meja yang berdekatan dengan televisyen, manakala si jalan tar ni seperti tikus yang meluru laju ke arah meja hidangan lauk. Setelah selesai gilirannya, kini tiba pula giliran saya. Selesai sahaja mengambil nasik, saya pun memilih lauk mana yang berkenan di hati, dan saya dapati ikan goreng tidak berada di situ.
Saya pun tanpa rasa segan silu bertanya lah kepada mat bangla yang berdekatan, saya bertanyakan dia, "ikan goreng tak ada ka?" . Dia cuba mengangguk tanda faham lagaknya. Dia terus menuju kedapur dan beberapa minit kemudian, saya melihat dia memegang seekor ikan dengan tangannya tanpa menggunakan sudu atau pun pengepit. Lalu berlaku lah perbualan seperti dibawah
Saya : Baiya, apa pasal you pegang ikan tu tak guna penyepit, dah la tu tak rasa bersalah pulak
Abg Bangla : Hahaha.. abang, ini ikan juga, kalu kasi pegang guna tangan lagi sedap tau, you cuba la try.
Wah, cuba berloyar buruk pulak mat bangla ni, dah la dia memegang ikan tersebut menggunakan tangan kirinya, lalu saya pun berkatalah.
Saya : Oh, itu macam ka?.. Takpa la baiya.. bagi saya ikan yang tak sedap punya boleh?
Mungkin disebabkan jawapan saya ni seperti memerlinya.. lantas dia mengangguk namun kelihatan dia seperti menggeleng, saya pun tak pasti nak mendefinisikan gerak gerinya itu sebagai apa. Dan hari tu, saya cuma memenuhi perut saya dengan air teh ais sahaja yang mana diragui saya akan kebersihannya. Mana la tahu, kalau-kalau air teh ais yang dibuat untuk saya ini di kacau menggunakan jari kelingking kirinya, itu pun jikalau saya bernasib baik. Kalau tidak, mungkin dia menggunakan ibu jari kakinya.
Didalam hati terdetik satu pertanyaan, mengapa ramai muka-muka melayu kita, malah cina, hatta pemimpin-pemimpin PBB ( jika diberi peluang) mahu menjamah makanan di restoran mamak ini. Berikut saya senaraikan apakah sebabnya?
- Service cepat: saya berani jamin rata-rata restoran mamak menawarkan service yang cukup pantas dan cepat, hanya kurang dari lima minit, anda boleh menjamu selera dengan senang hati tanpa rasa bengang sehingga bangang. Jikalau lambat, mungkin si tukang ambil order tu orang baru dan boleh di anggap masih bodoh-bodoh alang dalam berbahasa melayu.
- Kita lah Raja : kebanyakkan kedai mamak akan melayan kita seperti raja, dan pekerja-pekerjanya pula persis hamba pecacai sahaja. Anda mintalah apa sahaja dari mereka, bermula dari sudu, garfu, tisu, malah jikalau anda meminta mereka mendukung anda sehingga ke tandas berbelas -belas kali pun mereka sanggup lakukannya. Kalau tak percaya, cuba lah hari ini.
- Melangkaui Batas Status : Disini tak kiralah anda berbapakan George Soros, atau pun anda menantu kepada Bill Gates sekali pun, anda tetap tidak akan dipandang sinis oleh orang ramai. Di sini adalah tempat berkumpulnya orang berbagai status tak kiralah pak pak menteri, tokey balak haram, ataupun pelakon iklan power root yang terkenal dengan dialog " Sayo pon nok Jadi Jutawan Jugok". Jikalau anda berpakai compang camping dan badan berbau seperti lori tanah sekalipun orang ramai tetap tidak akan berkata apa-apa.
- Ada Tv Besar : pada masa kini, kalau kedai mamak tak ada tv besar tu saya rasakan masih belum cukup mamaklah tokeynya itu. Masakan tidak?, hampir setiap malam-malam minggu tak kira lah remaja, orang tua, orang pendek, ataupun awek-awek yang tak berapa nak lawa tapi perasan lawa, malah golongan lelaki yang lebih gemar memakai baju nampak pusat akan mula bertenggek di kedai mamak semata-mata mahu menonton bola sepak ataupun AF. Maklumlah, jikalau tv besar ni, seronok sikit kita nak tengok, kalau setakat lubang hidung aznil tu mudah sahaja untuk dilihat melalui tv berskrin besar ni bukan?
- Ada Ramai Orang : Boleh dikatakan jikalau anda pergi ke kedai melayu/siam berseorangan, saya berani jamin yang anda akan terasa seperti dipinggirkan kerana masing-masing sibuk dengan hal masing-masing, dan boleh kira dengan jari la yang datang menjamu selera. Berlainan pula di kedai Mamak, saya rasakan sesiapa disini akan menjadi lebih friendly. Dimana rata-rata akan bersorak sama-sama tatkala gol dijaringkan, rasa kecewa dan bersedih bila pasukan kegemaran mereka kalah. Boleh meminta kerusi, minta ashtray, minta pinjam lighter dan juga sama-sama mengutuk akan kelembapan si mamat bangla.
Dan selepas peristiwa "ikan yang dipegang dengan tangan kosong akan menjadi sedap" itu, kepercayaan saya pada kebersihan kedai mamak meleset sama sekali. Anda pula bagaimana?
huh, xabes2 cite pasal kaum die tu...hr tu bukan men syg lg kat kaum die tu..skang dh xsuke plak..hohohoh...mmg ckp cam dot..dot..dot btlla (xleh sebut disini..tkut menyentuh sentimen perkauman... ;p
ReplyDeleteha...ayat dialog tu cam buat2 je..ahaks..x pun telah diubahsuai (sesuai dgn crita)..btl x...btl x??? ;p
ReplyDeletetak langsung.. sorry sket ek
ReplyDeletehahahaha.... tu la ko... nk mkn pon pilih2 la... main tibai je... tu yg sedap tuh... XD
ReplyDeletekelaka la aku bace..jln tar ko pgl kwn ko..ish ish.. psl isu kebersihan tu.. mmg la mslh sket.. aku kalo gi mkn kat mamak aku pilih sket ape nk mkn..huhu.. tp sume fakta2 yg ko ckp tu betol la.. psl dok kat kdai mamak sume org mesre alam sket..huhu..
ReplyDeletesayer ske mamak..
ReplyDeletei lap mamak..
misai yg kontot..
perut yg buncit (mcam apis..huahua)...
pipi yg tembam..(mcam adam..huahuau)..
kain pelikat yg ayu..
senyuman yg menawan..
huahauhauhauahuahuahauhauhauahuahuahauhauhau