Memori juga menjadikan kita seorang yang dewasa dan matang dalam menempuhi segala rintangan yang mendatang.
Memori juga mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar dan ia juga mewarnai hidup kita ini dengan warna-warna yang menarik.
Duduk bersendirian di bilik sambil membelek album-album lama sememangnya membuat saya ketawa keseorangan. Melihat bagaimana ayah saya pada zaman dahulu memiliki remorse yang hampir sama dengan KLCC, melihat wajah kakak dan abang saya tersengihan sementelah meraung seharian akibat terjatuh di dalam longkang, dan juga melihat zaman gemuk-kurus-gemuk saya sememangnya cukup menggamit memori yang tak ternilai harganya
Dalam banyak-banyak foto yang terdapat dalam album tersebut foto di bawah ini sememangnya membuat saya ketawa berguling tak cukup tanah,
Gambar ini difotokan sekitar tahun 1992. Kelihatan saya berdiri di sebelah ibu saya sambil cuba menjelir lidah. Dan pada masa itu juga, kalau tak silap saya, gigi hadapan saya rongak akibat terjatuh tangga. Maklumlah, baru nak membesar, masih lagi nakal. Gambar ini juga menimbulkan kemarahan ibu saya, katanya saya membazir kodak sahaja. Kelihatan juga kereta "kebal" buatan malaysia tersergam indah di belakang saya.
Pada masa itu, kalau anda memiliki kereta kebal ini, kiranya rasa dah cukup hebat la. Kelihatan juga tubuh keding saya yang ketika itu sering berhadapan dengan masalah kecacingan akibat degil tidak mendengar cakap emak saya untuk memakai selipar ketika bermain di luar rumah. Ini 17 tahun dulu punya cerita, masih segar dalam ingatan saya

Gambar di atas di fotokan ketika saya masih bersekolah di darjah empat. Waktu itu, kami sekeluarga meluangkan masa bersama ke Kuala Lumpur dan sempat juga melawat zoo negara. Itu adalah kali pertama dan terakhir saya melawat zoo negara. Cuba perhatikan kelibat badan dan perut saya pada ketika itu, apa kata anda, bulat bukan?. Mujurnya saya tidak bergambar di kandang badak air. Jika tidak,mungkin sukar untuk anda membezakan yang mana satu badak, dan yang mana satu Mohd hafiz.
Kelihatan juga arwah abang saya yang berpakaian seperti baru pulang dari interview. Maklumlah, pada masa itu kami bolehlah dikatakan sebagai anak lord, sebab itu ayah saya sering membeli kemeja, t shirt berkolar dan seluar slack untuk pakaian kami ketika bersosial. Saya juga turut merindui akan fesyen rambut pada ketika itu, kelihatan seperti noh Hujan bukan?. Ini 13 tahun dulu punya cerita dan masih segar dalam ingatan saya.
Tatkala melihat gambar di atas, saya ketawa sehingga lupa bahawa orang yang saya ketawakan itu adalah diri saya sendiri. Pada waktu ini anda boleh melihat kegemukkan saya yang mencapai tahap maksimum. Gambar ini di ambil ketika saya baru sahaja mahu bersiap sedia untuk pergi ke kelas Al-quran. Sebab itu lah anda semua boleh mendapati saya memakai songkok yang mana lagi kecil dari kepala saya, dah la tu.. pakai songkok pun senget pula.
Pipi saya pada masa itu kelihatan seperti kuih pau kan? Tujuan gambar ini di ambil adalah kerana, basikal yang di naiki oleh saya itu adalah basikal baru dan dihadiahkan oleh ayah bersempena kejayaan saya mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR. Saya pun tidak pasti kemanakah basikal tersebut menghilang. Ini 11 tahun dulu punya cerita, namun tetap dalam ingatan saya.

Siapakah gerangan yang kelihatan seperti jerangkung dalam almari itu?. Ya, tidak lain dan tidak bukan, itu adalah kelibat saya tatkala sudah menjangkau alam remaja. Gambar ini diambil ketika kami sekeluarga meluangkan masa ke telaga air panas di langkawi. Pada waktu itu saya mengalami sedikit masalah kesihatan, di mana kepekatan darah saya tidak seperti manusia normal yang lain. Ini bermakna saya boleh bertukar kepada Spiderman jikalau saya tunggu dalam 3 atau 4 tahun lagi, tetapi hajat saya itu dibantah keras oleh bapa saya. Jika tidak, mungkin pada masa ini anda semua lebih mengenali saya dengan panggilan apis si labah-labah. ini kisah 7 tahun yang lalu dan masih segar dalam ingatan saya
Kesimpulan yang saya dapat katakan di sini adalah, hidup ini sukar untuk dijangka. Pahit,manis,masam itu semua adalah pati dalam kehidupan kita. Tentu bosan rasanya jika hidup kita ini sentiasa di penuhi dengan rasa tawar sahaja bukan?. Kadangkala perlu juga kita merasai perit jerih kehidupan ini, walaupun kita sering mengeluh jikalau musibah datang melanda. You Never Know What's Coming For You. Jadi nikmatilah kehidupan ini sebaik mungkin sebelum anda menutup mata selama-lamanya

ish..
ReplyDeleteterharu + sedey gak aku baca cita hang nie...
siyes aku terharu....
dah...aku tamau cita panjang lgik dah...
kenanganmu kenanganku jua....
eee...demok nyeeee budak ni dlu...skang chubby...heeeeeee..ape ni men kembang kempis badan plak ni..pasni jgn gemokkkkkk cam gmbr 2nd and 3rd tu ye... ;p
ReplyDeleteaku ingat lagi ko drjah pat....ko minum air mase bulan pose....haaaaaaaaa~
ReplyDelete*mungkin ko lupa yg ramadhan itu bulan poser kehkeh*
beep beep! gotchaaaaa~
hahaahaha.. aku pon tegelak tgk gmbr ko..nge~
ReplyDeletehaha jage la bdn tu nnti cik iela mrh..haha.. tp gmbr ko kurus tuh mmg wat aku tekejotz laaa.. spiderman pon x kurus mcm tuh
apis...ko dpt 4A dpt basikal wohh..
ReplyDeletebest2..tem tuh aku 5A ahahah
xdpt pape pun..nak jadi anak ayah ko gak ar ginih..
ketua pelajar srksa yang montel time tuh..ekkeke..
ko igt lagi x bace rukun negara?? ahaha
ish.. awat aku tak igt,,dah itu keje aku setiap mingggu
ReplyDelete