Pak turut yang Setia

Thursday, April 30, 2009

naga tasik chini? ade ke?


(Tasik Chini at Dawn)


ok.. ape2 pun thanks to korang2 yang memberi respond tentang aku punya entry yang lepas.. dan tajuk entry kali ni adalah request dari teman persekolahan aku jugak... dia nak aku kupaskan tentang perihal naga tasik chini.... adakah cerita ni hanya mitos atau betol2 ada.. meh kita pikirkan sama2 ek

  • okey untuk pengetahuan korang yang masih belum menjejak kan kaki ke tasik chini ni meh aku tolong cerita kan serba sedikit tentang sejarahnya okeh..
  • tasik chini ni ada orang mengatakan yang dia adalah sbuah kota purba Khmer (Thai - Kampuchea) yang mana telah tenggelam di kawasan tasik tu.. misteri akan tentang penempatan kota purba ni mungkin akan diperjelaskan suatu hari nanti kerana .. kalo korang2 smua nak tau.. banyak artifak artifak dan tapak asak binaan dasar tasik ni yang seakan2 buatan khmer purba telah ditemui kat sini...
  • malah.. ramai jugak orang yang dok kata pokok2 teratai yang tumbuh kat sini adalah satu lagi unsur kebudayaan purba asia tenggara yang didominasikan oleh agama hindu dan buddha.. ya lah.. sebelum islam mai kat tanah melayu ni pun.. hindu dan buddha adalah agama rasmi kan?..mujur lah pak arab nak singgah kat tanah melayu ni.. kalu tidak.. hangpa ni smua jadik hindu la.. temasuk aku kan?... okeh berbalik kita pasal teratai ni... mustahil bagi sbuah tasik yang terbiar mempunyai kelompok teratai yang tumbuh secara liar.. betoi dak.. cuba tgk tasik yang semula jadi kat malaysia ni.. ada tak tumbuhnya bunga teratai?... ada yang mengatakan lanjutan teratai yang meliar kat tasik chini ni adalah teratai yang disemai oleh penghuni tasik chini yang tenggelam tu ok
  • okeh perihal pasal kononnya ada naga yang duduk dalam tasik ni mengingatkan aku pada suatu cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut la... tak tau la temberang ke apa ka.. yang penting aku cuma nak ceritakan kat hangpa smua nooo...kisahnya macam ni... cerita tentang adanya naga di tasik chini bukan hanya diperkatakan oleh orang melayu kita saja.. malah orang luar pun ada jugak yang tau pasal ni..
  • orang asli kat tasik chini ni penah menceritakan kehadiran seorang mamat cari peranchis ni.. yang katanya nak mengupas tentang misteri tasik chini ni... dia kata dia nak cari naga.. bukan lipan.. bukan petai... malah bukan kera... DIA NAK CARI NAGA... setelah puas mengeksplain kepada orang asli yang cuba mempromote petai kepadanya... lalu setelah dizinkan oleh tok batin ni.. duduk lah orang putih tu,, berkampung kat situ..duduk dan menunggu dari hari ke hari.. semasa memancing.. dia terjumpa kelibat seekor ular yang besar nak mampus yang sedang menampakkan tubuhnya... dan ada yang mengatakan naga itu adalah ular besar yang menetap kat tasik ni...lepas 5 tahun kejadian tu berlaku.. mamat peranchis tu dikatakan kiok tanpa sebab.. erm.. macam tak best je cerita orang asli tu kan..?... tak pa.. kita tadah ja telinga ok
  • naga tasik chini ni juga dikenali sebagai naga seri gumum,seri pekan .. kemunculan naga ini telah diakui oleh kumpulan orang asli jakun yang mana telah menetap di kawasan tasik chini tu setelah sekian lama..
  • malah ada juga yang mengatakan naga tasik cini ni mampu bertukar2.. jadik naga pun boleh.. jadik ular pun boleh.. nak jadik buaya pun boleh.. wah sungguh berbakat naga tasik cini ni kan?
  • namun ada jugak bunyi dari mulut orang melayu kita yang mana agak busuk jugak baunya..mulut yang berbau busuk itu mengatakan...lagenda naga tasik cini ni hanyalah sebuah cerita dongeng yang direka-reka oleh masyarakat orang asli ni yang mana.. cuba untuk menakutkan anak-anak mereka dari mendekati tasik tersebut kerana mampu membuat anak mereka lemas
  • jikalau orang mengatakan naga itu tidak wujud dan mengarut... mengapa lagenda dan rupa naga kita percaya hingga ke hari ini wujud?...yang mana lazimnya mereka bertubuh panjang seperti ular,,, badan yang menggerutu dan bersisik.. kepala seperti ular dan bersayap...mengapa? porque?.. kenapa tak gambarkan je naga tu seperti bentuk basikal mountain bike?..atau pun kereta mitsubishi galant?..
  • namun.. apa yang aku pasti... haiwan naga ni lazimnya terkenal di thailand dan juga asia.. dan tidak di eropah atau pun africa..
  • tetapi kat sini aku hanya mampu mengatakan bahawa... hidupan di planet bumi ni masih belum habis diterokai lagi... banyak mende lagik yang masih belum familiar di mata kita... hidupan di hutan mungkin sudah banyak kita lihat kan...tetapi pernah ke korang tengok hidupan deep sea plak... ni bukan haiwan seperti ikan termenung... ikan tenggiri dan ikan yu..haiwan2 ni memang tak boley di lihat oleh kita.. kerana mereka tinggal di dalam laut yang mana tekanan udara didalamnya sungguh rendah dan mustahil bagik manusia untuk sampai ke dalam sana.. meh kita lihat contoh2 haiwan tersebut
  • baby octopus...










ceratoserolis








  • viper fish











  • dumbo
octopus










  • sea snail











(sumber gambar dari national geographic)

  • sebenarnya masih banyak lagik misteri kat dunia ni masih belum terungkai.. sesungguhnya tuhan tu maha kaya.. akan perihal naga tasik chini tu.. aku nak tekan kan kat sini.. kalu tak wujudnya mende tu.. orang tak akan perkatakannya kan?....bagi aku.. menda tu ada..cuma sukar untuk kita nak jumpa sahaja.. jadi.. fikir-fikir kan lah

Sunday, April 26, 2009

orang kata wujud... tapi tak dak bukti.. camno?

  • hohoh... aku gelak macam santa claus tu bukanlah tanda aku nak menyambut krismas atau mahu menari tarian singa... tetapi aku cuma nak bukak minda2 korang kat luar sana.. nak ajak berfikir skit je.. tak banyak pun..
  • okeh.. korang ada kenai sama itu steve irwin... mamat ni dah tak dak dah... tapi aku rasa la kan.. ramai kat luar sana mengenali akan mamat yang saling tak tumpah seperti burung enggang yang kacuk sama tenuk belanda ini kan?... okey motifnya aku terbitkan nama mamat tenuk belanda ini bukanlah menandakan aku mula jatuh cinta sama dia... bukan.. bukan.. mak aku marah kalu aku menjalinkan hubungan sejenis ni.. kalu hubungan dua ,3 atau pat jenis tak pa... mak aku kata go on apis.. u can do it.. yeahh
  • ok berbalik pada motif asal.. mamat irwin ni sperti yang kita tahu.. dia ni membuat kajian yang sangat mendalam terhadap hidupan yang exist di dunia yang fana ini... akibat terlalu mendalam kajian nya itu... dia telah disengat oleh mamat ikan pari yang cemburu sama mamat ni kerana menyekodeng secara mendalam akan seluar dalam awek parinya.. malah dia juga pernah mengakui mencuba untuk menjadi tok sedara kepada buaya yang hensem yang bernama johnny ..namun kajiannya terhadap hidupan yang dah exist kat muka bumi ni macam.. dah familiar sgtkan?.. apa kata kita menerjah ke satu lagik cabang kajian terhadap haiwan yang mana cam pelik jugak la... nak tau apa dia.. ok.. teruskan membaca
  • CRYPTO-ZOOLOGY... hoh?.. penah dengar tak?... eh.. ni bukan nama model kereta sorong ayah Adam si mr garfield...bukan2.. ini adalah nama untuk lapangan kepada orang yang mengkaji haiwan yang mana diakui kewujudannya namun... kesahihan akan wujudnya menatang tu.. adalah dipertikai kan...korang paham dak?... kalu tak paham.. cakap ja tak paham... kalu nak paham lagik.. terus ja baca tanpa membuat muka sembelit ok?
  • ok.. antara barisan - barisan haiwan yang moleh membarisi cabang CRYPTOZOOLOGY ni adalah seperti berikut
1. hoh.. menatang kat sebelah ni ada macam hensem tak?.. gambar ni bukanlah gambar haiwan sebenar... tapi ni adalah patung yang di buat macam look alike..nama dia adalah OKAPI.. dan haiwan ini dikategorikan sebagai endangered species.. namun.. nak dijadikan cerita..mamalia jenis ni.. hanya ditemui pada tahun 1901.. lepas tu tak jumpak dah.. tak tau pi mana... naik haji kot?








2. peh.. gile kentang menatang ni.. macho gila dia jalan.. macam james bond kan?.. ok.. menatang ni macam yang korang2 tau la.. ini namanya big foot.. orang sering memperkatakan akan kewujudannya.. namun.. mana fosil bliau.. dimana.. dimana?.. mengapa tak jumpa.. porque?.. porqueeeeeeeeeeeee?






3. mak ai.. ni berudu ka sperma ni?... hahaha..okes.. menatang cam menakutkan ni namanya sea serpent..kewujudan menatang ni di repotkan wujud beratus2 tahun yang lalu dan masih meniti di bibir2 mak cik munah, senah jongang, dan jugak mak cik timah rambo yang mana cube menakutkan anak anak meraka dari mandi di sungai.Despite these numerous sightings, no credible physical evidence has been recorded... chewah.. cam omputih plak..ada cryptozoologists kata.. menatang ni macam hidupan zaman dinosour dulu macam hidupan reptilia zaman mesozoic..

4.COECALANTH = ikan seperti ni dikatakan jelmaan spesies yang telah pupus 65 juta tahun yang dlu.. baru2 ni.. ada kuar berita pasal spesies ikan ni yang jumpak kat indonesia.. hurm??





5. gile huduh menatang ni.. kalu terjumpak.. rasa nak sepak2 ja kan?.. uish.. tak bek weii.. ni pun makhluk tuhan jugak.. sedap2 ja hangpa nak sepak dia.. cute pe mende ni... okeh.. nama diberi adalah HYOTE.. mungkin campuran nama HYENA ngan COYOTE kot..


6.IGOPOGO = peh.. nama pun dah macam ago go kan.. rasa cam nak menari la pulak.. tidak seperti raksasa tasik yang selalu dikatakan berleher panjang.. menatang ni lebeh di klasifikasikan seperti berkepala canine a.k.a kepala anjing la tu... dikatakan juga sering berjemur di bawah mentari..pada march 1991.. seorang pemuda ni dikatakan telah jumpak makhluk ni.. pada waktu tu.. dia tgh prepare untuk hydroplane race... kawan dia yang berdekatan sempat merakam gambar menatang tersebut yang saling tak tumpah seperti kepala raksasa anjing sewaktu menatang tersebut menaikkan kepala dia keluar dari air..tentu mamat2 tu kacau time dia tengah nak beradu kan?

7. okeh menatang seterusnya ini tak dapat nak tunjuk bagaimana rupanya... menatang ni hanay digelar sebagai BLOOP...kerana.. kewujudan menatang ni hanya disedari oleh bunyi bloop yang dihasilkan pada ultra low frequency underwater yang di kesan oleh us national oceanic and atmospheric administration.. bunyi ni dikesan beberapa kali sewaktu musim panas 1997..punca bunyi tersebut masih menjadi misteri.. apa yang menariknya tentang bunyi bloop itu adalah.. bunyi yang di kesan menggunakan Equatorial Pacific Ocean autonomous hydrophone array yang mana alat ni selalunya digunakan untuk mengesan kapal selam soviet..berdasarkan maklumat dari NOAA.. frekuensi bunyi ini meningkat secara pantas lebih dari satu minit..dan amplitudenya boleh didengari oleh beberapa sensor yang rangenya lebih dari 5000KM...saintis yang mengkaji fenomena ini mengatakan..bunyi ini macam nak sama seperti hidupan yang ada..tetapi.. tidak mungkin adanya haiwan yang mampu menghasilkan amplitude sebegitu hebat...jikalau dia adalah seekor haiwan.. maka haiwan tersebut adalah lebih besar dari blue whale ...dimana seperti yang korang tahu... blue whale adalah hidupan paling besar di bumi ini...so? cam menakotkan tak?


okeh dah la kot.. kalu ikutkan.. terlampau banyak hidupan yang bley tergolong dalam golongan cryptozoologist ni.. nak tengok senarai haiwan2 cryptid ni?.... just click on the link below...

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_cryptids

ok... zassssssssssssss

Tuesday, April 21, 2009

misteri la jugak !!!

  • aku ni bukan lah pandai sangat nak berdebat akan perihal angkasa dan cakerawala nih... tapi bile je aku terbaca berita tu... terdetik plak soalan kat dalam kepala hangguk aku yang berbunyi macam ni "we are not alone in this world" kan?

  • maksud aku.. kat luar sana tu masih ada cakerawala2 yang lain... dan aku rasa la kan.. seluas2 space yang tuhan cipta kat ruang sana tu... takkan la kita sahaja hidupan yang ada kan... tak ke macam membazir ruang je kan kalu kite je hidupan yang ada... bagi pendapat aku... tak mustahil adanya hidupan lain kat sana tu di dalam cakera wala yang berbeza.. sedangkan bumi ni yang penuh dengan manusia dan haiwan pun tetapi masih ada lagik hidupan yang mana tak nampak dengan mata kasar manusia kan?

  • dan aku jugak berfikiran macam.. ada sesetengah teknologi pada masa kini bukan lah ilham dari manusia sendiri... tetapi hasil dari tunjuk ajar dari makhluk yang berada diluar sana tu.. tetapi sejauh mana betolnya pendapat aku ni.. tak dapat la aku nak buktikan .. sebabnya ..boleh dikatakan aku macam terpengaruh oleh cerita2 hollywood kat tv ... aku tak igt cerita apa.. mungkin cerita alien vs predator kot.. tapi bila difikirkan balik... ada logiknya jugak kan?

  • dan kepelikan ini ditambah lagik dengan bukti yang terdapat pada entry blog aku yang memula... nak tau apa dia.. korang baca la sendiri... maleh aku nak copy paste dah..

  • so .. camno demo? .. ada agree

Monday, April 20, 2009

life is quite complicated kan?

hidup ni kalau nak diikutkan.. tak semuanya mengikuti apa yang kita kehendaki kan?

sebagai contohnya.. pada waktu aku skolah rendah dulu.. aku sering mengimpi-impikan untuk belajar kat MCKK ke.. Skolah mat jiwa ke... tak pun paling cikai.. skolah skolah MRSM la... namun.. apa yang dirancangkan itu.. SEMUANYA TAK JADI KENYATAAN sebab aku bersekolah di SMKA yang terletak kat muadzam shah

kedua.. impian aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku minati juga tidak kesampaian... apakah bidang yang aku minati tu?... ish.. tak payah la korang amik tau... malu la saya nanti..yang penting.. bidang yang aku minati itu bukanlah bidang peragaan atau pun bidang seni tarian atau nyanyian

aku pun agak terkejut jugak sebab.. aku boley survive dalam bidang ke elektrik an.. ini adalah pengakuan yang aku nak buat... sungguh.. aku tak minat langsung dengan elektrik ni.. namun .. aku survive jugak.. walaupun bila ditanya macam2 akan perihal elektrik ini.. aku hanya mampu tesengih dan mengangkat bahu sambil berkata.. tak tahu la saya... kat U tak ajar pun nih..

internship aku dah nak abis nih... aku rasa macam kabur2 je perjalanan hidup aku nih.. tak nampak hala tuju... pas grad.. dapat degree.. aku tak tau lagik ke mana hala tuju aku.. umur aku dah 23 skang ... lagik 3 tahun aku dah 26..pada masa ini orang tua2 kata.. umpama buah dah masak ranum.. tgu nak kupas makan ja... dan umur 26 akan membuatkan orang di sekeliling aku akan bertanyakan.. hoh.. ko bile nak kawin..dan jikalau pada masa itu aku masih jobless lalu aku akan mengatakan..."nak suruh bini aku makan apa?... kayu msak tiga rasa?.. atau pun tom yam pasir ala thai.."

buat pada masa sekarang aku cukup risau tak bertempat.. nak kata aku tak usaha.. ya.. aku dah cukup berusaha mencari lobang2 pekerjaan yang sesuai.. namun.. respond dari deorang pun tarak lagik.. hampaih taik kuciang betoi...

dan kesimpulan yang aku dapat buat kat sini adalah.. perjalanan hidup kita nih smuanya hanya mampu dirancang... tapi takdir yang menentukan bukan?... mana la tau suatu hari nanti dimana.. hasrat aku untuk menjadi engineer telah bertukar menjadi YAB kuantan ke.. tak pun setiausaha sulit PM ke kan.. mana la tau.. rezki manusia ni tak dapat diduga.. cume apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah.. doa la banyak2.. dan usaha la jugak... mustahil bagi bulan untuk jatuh ke riba kan?

melihat orang yang berjaya semuda usia aku kekadang buat aku rasa iri hati.. deorang sama je cam aku.. tapi mungkin nasib mereka lebeh baik.. dan aku rasa aku tak patut mempertikaikan rezki tuhan ni.. sebab ada orang mengatakan.. allah menurunkan rezki ni seperti hujan.. maka.. smua hambanya akan dapat sama rata sahaja...

mungkin rezki aku belum tiba lagik.. so BERUSAHA LA APISS OII... mungkin smua ini dugaan.. dan bilakah dugaan itu akan berakhir?...soalan ini membuatkan aku teringat kembali kata2 ayah aku.. dia kata.. allah akan menguji setiap manusia tu dengan pelbagai dugaan... seberat2 dugaan yang allah akan berikan itu... dugaan kesukaran dalam kemiskinan adalah dugaan yang boleh dianggap sebagai pengakhiran bagi segala dugaan... lebih kurang camtu la bunyinya.. aku pun tak reti nak bagi erti sebetolnya camne..

so just wait n c la kan?