Pak turut yang Setia

Thursday, April 30, 2009

naga tasik chini? ade ke?


(Tasik Chini at Dawn)


ok.. ape2 pun thanks to korang2 yang memberi respond tentang aku punya entry yang lepas.. dan tajuk entry kali ni adalah request dari teman persekolahan aku jugak... dia nak aku kupaskan tentang perihal naga tasik chini.... adakah cerita ni hanya mitos atau betol2 ada.. meh kita pikirkan sama2 ek

  • okey untuk pengetahuan korang yang masih belum menjejak kan kaki ke tasik chini ni meh aku tolong cerita kan serba sedikit tentang sejarahnya okeh..
  • tasik chini ni ada orang mengatakan yang dia adalah sbuah kota purba Khmer (Thai - Kampuchea) yang mana telah tenggelam di kawasan tasik tu.. misteri akan tentang penempatan kota purba ni mungkin akan diperjelaskan suatu hari nanti kerana .. kalo korang2 smua nak tau.. banyak artifak artifak dan tapak asak binaan dasar tasik ni yang seakan2 buatan khmer purba telah ditemui kat sini...
  • malah.. ramai jugak orang yang dok kata pokok2 teratai yang tumbuh kat sini adalah satu lagi unsur kebudayaan purba asia tenggara yang didominasikan oleh agama hindu dan buddha.. ya lah.. sebelum islam mai kat tanah melayu ni pun.. hindu dan buddha adalah agama rasmi kan?..mujur lah pak arab nak singgah kat tanah melayu ni.. kalu tidak.. hangpa ni smua jadik hindu la.. temasuk aku kan?... okeh berbalik kita pasal teratai ni... mustahil bagi sbuah tasik yang terbiar mempunyai kelompok teratai yang tumbuh secara liar.. betoi dak.. cuba tgk tasik yang semula jadi kat malaysia ni.. ada tak tumbuhnya bunga teratai?... ada yang mengatakan lanjutan teratai yang meliar kat tasik chini ni adalah teratai yang disemai oleh penghuni tasik chini yang tenggelam tu ok
  • okeh perihal pasal kononnya ada naga yang duduk dalam tasik ni mengingatkan aku pada suatu cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut la... tak tau la temberang ke apa ka.. yang penting aku cuma nak ceritakan kat hangpa smua nooo...kisahnya macam ni... cerita tentang adanya naga di tasik chini bukan hanya diperkatakan oleh orang melayu kita saja.. malah orang luar pun ada jugak yang tau pasal ni..
  • orang asli kat tasik chini ni penah menceritakan kehadiran seorang mamat cari peranchis ni.. yang katanya nak mengupas tentang misteri tasik chini ni... dia kata dia nak cari naga.. bukan lipan.. bukan petai... malah bukan kera... DIA NAK CARI NAGA... setelah puas mengeksplain kepada orang asli yang cuba mempromote petai kepadanya... lalu setelah dizinkan oleh tok batin ni.. duduk lah orang putih tu,, berkampung kat situ..duduk dan menunggu dari hari ke hari.. semasa memancing.. dia terjumpa kelibat seekor ular yang besar nak mampus yang sedang menampakkan tubuhnya... dan ada yang mengatakan naga itu adalah ular besar yang menetap kat tasik ni...lepas 5 tahun kejadian tu berlaku.. mamat peranchis tu dikatakan kiok tanpa sebab.. erm.. macam tak best je cerita orang asli tu kan..?... tak pa.. kita tadah ja telinga ok
  • naga tasik chini ni juga dikenali sebagai naga seri gumum,seri pekan .. kemunculan naga ini telah diakui oleh kumpulan orang asli jakun yang mana telah menetap di kawasan tasik chini tu setelah sekian lama..
  • malah ada juga yang mengatakan naga tasik cini ni mampu bertukar2.. jadik naga pun boleh.. jadik ular pun boleh.. nak jadik buaya pun boleh.. wah sungguh berbakat naga tasik cini ni kan?
  • namun ada jugak bunyi dari mulut orang melayu kita yang mana agak busuk jugak baunya..mulut yang berbau busuk itu mengatakan...lagenda naga tasik cini ni hanyalah sebuah cerita dongeng yang direka-reka oleh masyarakat orang asli ni yang mana.. cuba untuk menakutkan anak-anak mereka dari mendekati tasik tersebut kerana mampu membuat anak mereka lemas
  • jikalau orang mengatakan naga itu tidak wujud dan mengarut... mengapa lagenda dan rupa naga kita percaya hingga ke hari ini wujud?...yang mana lazimnya mereka bertubuh panjang seperti ular,,, badan yang menggerutu dan bersisik.. kepala seperti ular dan bersayap...mengapa? porque?.. kenapa tak gambarkan je naga tu seperti bentuk basikal mountain bike?..atau pun kereta mitsubishi galant?..
  • namun.. apa yang aku pasti... haiwan naga ni lazimnya terkenal di thailand dan juga asia.. dan tidak di eropah atau pun africa..
  • tetapi kat sini aku hanya mampu mengatakan bahawa... hidupan di planet bumi ni masih belum habis diterokai lagi... banyak mende lagik yang masih belum familiar di mata kita... hidupan di hutan mungkin sudah banyak kita lihat kan...tetapi pernah ke korang tengok hidupan deep sea plak... ni bukan haiwan seperti ikan termenung... ikan tenggiri dan ikan yu..haiwan2 ni memang tak boley di lihat oleh kita.. kerana mereka tinggal di dalam laut yang mana tekanan udara didalamnya sungguh rendah dan mustahil bagik manusia untuk sampai ke dalam sana.. meh kita lihat contoh2 haiwan tersebut
  • baby octopus...










ceratoserolis








  • viper fish











  • dumbo
octopus










  • sea snail











(sumber gambar dari national geographic)

  • sebenarnya masih banyak lagik misteri kat dunia ni masih belum terungkai.. sesungguhnya tuhan tu maha kaya.. akan perihal naga tasik chini tu.. aku nak tekan kan kat sini.. kalu tak wujudnya mende tu.. orang tak akan perkatakannya kan?....bagi aku.. menda tu ada..cuma sukar untuk kita nak jumpa sahaja.. jadi.. fikir-fikir kan lah

7 comments:

  1. aku percaya.lgpon org2 tua yang duk area tasik cini,iaitu felda chini dan sekitar ada macam2 citer pasal naga n tasik ni..sektar taun 80 an dulu.

    aku anak chini :)

    ReplyDelete
  2. Menurut cerita orang tua2 naga mengawan masa hujan panas. Ada cina dari KL pernah nampak naga kat tasik cini. Dia pun lukis gambar naga mengawan tuh.

    Naga mengawan bukan cam manusia, jangan fikirkan gambar2 pelik yek.

    Tipsnye, kalau time hujan panas di tasik cini, ada harapan nak tengok naga.

    ReplyDelete
  3. naga memang wujud. andai kita mendekati alam misteri dan mistik, kita akan tau. tanya pada org yg kasaf tntu mereka blh bg info.

    ReplyDelete
  4. naga tasik chini tu bernama tok naga...

    ReplyDelete
  5. nama kota yg tenggelam tu bernama...Kota Tasek Daksina..

    ReplyDelete
  6. saya pown tinggal di cini jugakk.. but seriosly i xde la percaya sgt + semua tu dongeng aje.. kadang2.. xmasuk akal pown ada..

    ReplyDelete
  7. no komen..antara nak percaya n tidak..sebab kadang2 makhluk halus ni boleh menjelma jadi macam2..pertukaran paling drastik dlm bentuk ular..naga? ntah., x pernah tgk bentuk sebenar.
    masa stay 3 bulan dekat tasik chini..macam2 benda berlaku..well., tetiba sangkut dgn plkn tasik chini.nk x nk kena pg kem paling menyeramkan..baru stay 1 minggu dah macam2 bentuk histeria budak2 kem kena. ada cikgu2 bagitau klu nk tgk naga " stay sorang2 time kol 4-5 pg kat tepi tasik, waktu tu kabus akan jadi tebal, waktu tu awak akan nampak bayangan istana yang tenggelam. " Dia siap pesan dekat sini jgn celupar mulut..nmpak semut besar2 dlm dorm dia kata jangan bunuh, biar je dia keluar sendiri..well, time bertugas 2-4 pg memang masak! dgr bunyi macam2..bunyi anjing la..macam suasana siang..time tu pernah nampak mata dekat hutan..tp buat x tahu je. pernah jugak nampak tasik tiba2 muncul dalam hutan..nk pergi tgk tp tiba2 batalkan hasrat.esoknya, tasik tu dah xdk! tp, memang betul ada kota dlm tasik tu.

    ReplyDelete