Pak turut yang Setia

Sunday, May 17, 2009

cak pong cak pong.. aih aih auwwwwwww

post kali nih lebih kepada ucapan tahniah kepada kawan aku yang nan sorang ni... yang bernama Hanis... walaupun namanya persis seorang perempuan yang lemah gemalai, gemar memakai kain batik jawa , namun pada hakikatnya dia adalah seorang lelaki tulen yang tak pernah terpikir untuk menjalani sebarang pembedahan jantina, dan dia juga tidak pernah memakai kain batik jawa dan gemar bersembang akan kebaikkan khasiat cengkudunya itu...

pada hari sabtu yang lepas.. yakni semalam bertarikh kan 16 mei.. Hanis dan pasangannya Nur Maliza,, telah melangsungkan perkahwinan nya di dewan alamanda mbsa seksyen 20 shah alam.. tahniah untuk korang.. semoga bahagia ke anak cucu...

walaupun ada segelintir mulut2 busuk yang mana sering menyatakan ayat2 seperti berikut

  • gila ke deorang ni.. kawin awal.. nanti anak bini nak makan ape?
  • ish2 tak nyesal ke kawin awal... mude2 enjoy la dulu..
  • bley ke dia tanggung tanggungjawab sebagai suami + ayah ?
  • gatal gile deorang ni.. tak tahan sangat ke?

namun di sini aku hanya mampu nyatakan satu ayat... dan pembaca2 smua fikir kan lah

"jikalau takdir sudah mengatakan bahawa kamu akan berkahwin pada hari esok maka akan berkahwinlah kamu.... walaupun kamu seorang yang jobless, tiada punya wang yang cukup, dan tidak sedia untuk menjadi bapa.... dan jika takdir mengatakan kamu tidak akan berkahwin pada hari esoknya... walaupun persediaan untuk perkawinan sudah dilaksanakan... pak kadi sudah tersedia depan mata, dan kamu punya harta yang cukup untuk berkahwin... tetapi tunang kamu lari ikut mat rempit ...kamu tetap tidak akan berkahwin jugakkan?"

bukan kah berkahwin awal tu bagus... dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat kan?

kepada sesiapa yang terasa mulutnya agak busuk.. maka fikir2 kan lah...

4 comments:

  1. Hanis?? mcm pnh dgr je name 2 time skolah dulu...

    ReplyDelete
  2. ala.. lek ar adam.. bawak bertendang... aku uzur la.. hahahah..

    ReplyDelete
  3. leee.. da kawen rupenye.. seb baek la ko bgtau apis.. x tawu pon psl ni.. alhamdulillah la.. xde gmba ke bro?? (agak terkilan sikit sbb lmbt dpt tau)

    ReplyDelete