Pak turut yang Setia

Saturday, May 30, 2009

Sayangi Mereka dan keluarga mereka

  • pernah dengar nama hachiko tak?... dia bukan seorang penyanyi dangdut... dia tak pandai buat gelek gerudi... dia tak pandai buang anak.... dia juga tidak pandai memakai baju yang nampak pusat.. dia tak pandai makan rasuah.. dan dia juga tak pernah melawan mak bapak dia .. kerana hachiko adalah nama seekor anjing
  • apa yang istimewanya dengan anjing ni? ... mungkin ada segelintir di luar sana yang berasa jijik..rasa nak terajang.. dan rasa nak bertukar menjadi power rangers ketika melihat kelibat sang anjing bukan?.. namun sedarkah kamu bahawa anjing ni sebenarnya sangatlah loyal kepada tuannya
  • kisah hachiko ini menjadi legenda bagi rakyat tokyo... dan kisah pasal hachiko jugak menjadi buku teladan untuk kanak2 di jepun
  • kisah hachiko bermula begini... hachiko dibawa oleh tuannya hidesaburo ueno ke tokyo pada 1924
  • tuannya merupakan professor di sebuah university terkemuka di tokyo...sepanjang hidup ueno... anjingnya, hachiko sering menyambutnya kepulangannya di stesen tren shibuya
  • hachiko sering kelihatan bersama tuannya... dan dia tidak pernah miss untuk menyambut kepulangan tuannya dari kerja.. aktiviti si hachiko ini berterusan sehingga tahun 1925
  • namun... langit tidak selalunya cerah... ueno mati sebab kena stroke di universitinya... anjingnya terus menunggu di stesen tren berkenaan sekian lama..namun kelibat tuannya tidak dapat diperhatikan
  • ueno disahkan mati dan hachiko telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga...walaupun dia telah dijaga baik oleh pemilik barunya...dia sering melarikan diri ke rumah lamanya... dia menunggu sekian lama .. hanya kerana untuk bertemu dengan tuannya itu.. namun.. gagal untuk bertemu tuannya...
  • setelah lama mencari tuannya dirumah tersebut.. mungkin sudah timbul kesedaran dalam diri hachiko bahawa tuannya tidak berada dirumah tersebut lagi.. lalu.. hachiko menunggu kelibat tuannya di stesen shibuya...
  • kepulangan tuannya ditunggu dengan sabar setiap hari di stesen shibuya tersebut... pada setiap petang.. dan dia tidak pernah escape satu hari pun.. kelibatnya disedari oleh orang ramai disitu...
  • kejadian ini berlangsung selama 10 tahun.. pada setiap petang.. dan pada waktu yang sama...
  • hachiko sudah menjadi tua.. dan tanggal 8 mac 1935 adalah hari terakhirnya... dia mati pada hari tersebut
  • this is the picture of the most loyal dog in the world.. Hachiko..


  • kisah hachiko ini mendapat perhatian di segenap pelusok jepun.. dan kisahnya menjadi buku teladan dalam pelbagai bahasa dan video .. kisahnya banyak mengajar manusia akan sifat berbaik dengan binatang dan loyalty untuk keluarga.
  • pada tahun 1934... a bronze statue telah didirikan berhampiran stesen shibuya...



  • dan di stesen shibuya juga..satu daripada 5 exits di stesen tersebut dinamakan "Hachikō-guchi" iaitu "The Hachikō Exit"
  • dan pada setiap 8 april ....pengorbanan hachiko disambut oleh beribu2 dog's lover dengan memberi penghormatan kepada anjing ini
  • jika pembaca diluar sana yang mempunyai kucing... anjing... hamster... tenuk.. harimau.. zirafah... kura2... ular sawa... buaya .. atau kata lainnya binatang peliharaan... cubalah untuk menghormati dan tidak menganiaya mereka...
  • mereka juga adalah makhluk tuhan yang hidup di dunia ini... sayangi lah mereka sebaik mungkin.. kerana haiwan ini juga mempunyai perasaan dan emosi...
  • bagi sesiapa yang sering menganiaya binatang dan juga menzalimi mereka.. maka...cubalah berubah untuk menjadi lebih baik...jikalau seekor anjing mampu untuk setia kepada tuannya.. inikan pula kita seorang manusia yang punya akal fikiran yang mana membezakan kita dengan haiwan.. maka.. fikir fikir kan lah...

4 comments:

  1. haa.
    ya dah tu.
    aku mmg budak KMK pon.
    awek seseorang la.ex awek haha
    muka dating la aku ni haha.

    ReplyDelete
  2. haha..shepha..hang dok merapu apa ngn kawan haku yang sengal neh? keh..keh..keh..
    neway apis,cite anjing nih sadis. aku nak bela anjing la..muahaha. xtinggal akunye. manusia tinggal kite. =p

    ReplyDelete
  3. aku nk bela tapir la pasni..
    tgk nnti kalu aku balek dia tnggu x kt stesen bas..
    kalu dia tunggu mau melompat dreba bas tue..
    huahauhauhau

    ReplyDelete
  4. Baca entry ni, buat Noi rindu hamster Noi T__T. Apsal lah boleh terbaca ni T__T

    ReplyDelete