Pak turut yang Setia

Thursday, February 25, 2010

Perihal Seorang Ayah

Entah ape sebab aku tetiba nak teringat kat bapak aku malam ni.... nak kata aku anak bapak.. tak sangat la pulak,,, kalau balik umah pun.. aku ngan dia macam tak banyak sembang la... kalau ada topik baru la nak brborak.. dan perbualan kami tidaklah berlarutan sampai ke malam hari dan bersambung pada keesokkan harinya... ibarat mcam sembang sembang ayam sahaja...nak bergurau lebey2 pun.. kang tak pasal dia bagi penendang sayang seorang ayah.. padan muka aku

Cuti hari raya cina yang lepas... aku berpeluang untuk bertemu ayah aku ... lama jugak la tak jumpak dia... bukannya aku tak sedar diri bahwa aku masih punya keluarga di kuantan...cuma bapak aku ni sekrang bukannya dok kat kuantan... dia lebih seronok dok kat kedah sana...salah satu reason dia suka dok sana adalah.. ikan yang dibeli kat pasar lagik best.. dan beras kat sana lagik sedap... kalau nak dipikirkan.. macam tak berapa nak logik sangat la... tapi disebabkan dia bapak aku... so layan kan je la... kang tak dapat bau syurga plakk aku disebabkan derhaka...

Nak dijadikan satu cerita,,,satu hari tu bapak aku ni adalah suruh aku membeli barang2 jahit dia kat satu kedai...barang yang nak dibeli adalah getah yang letak kat belakang sluar... untk pengetahuan korang semua.. bapak aku ni punya skill menjahit tahap "sparkmanshop" punya...waktu dia muda remaja.. dia ada bukak kedai jahit tau...jangan main-main ngan pak cik hasbullah OK...

So aku pun melangkah la keluar mencapai selipar yang besar sebelah... aku tak tau kenapa selipar tu nak besar sebelah... mngkin tertukar kat masjid kot...sebelum nak keluar tu ayah aku hulurkan not 10 ringgit kat aku...katanya duit untuk beli getah seluar tu... dan aku pun bertanya la kat bapak aku " getah sluar tu berapa ringgit?" dan ayah aku menjawab,,," dalam seringgit setengah kot"... so aku pun tersenyum kat dia dan mengatakan... "tak pa la ayah.. setakat seringgit setengah tu pakai duit apis la" .... malu jugak aku untuk amik not rm 10 tu... ya lah.. aku dah ada kerja... dah start makan gaji... takkan la seringgit setengah pun aku tak ley bayar kan?

keesokkannya jugak berlaku perkara yang sama... tapi kali ni dia suruh aku beli ikan termenung dalam rm 5 ringgit.. dan dihulurkan rm 10 kat aku... aku pun menolak la dengan mengatakan.. "tak pa la ayah...apis pakai duit apis la..."

dan kekadang aku terpikir.. mungkin sudah jadi tabiatnya untuk memberi duit kepada aku tiap kali aku nak pergi membeli barang kat kedai time aku blajar dulu...ya la.. time tak jana sesen haram lagik.. memang patut la kan?... kekadang terpikir.. macam kelakar la plak... ayah aku dah lupa kot yang anak dia ni dah kerja....

dan pada hari rabu... ayah aku membuat decision untuk pulang ke kedah...katanya projek tanaman jagung dia tak ada sapa nak jaga.. so sebab tu dia nak kena balik awal kat sana...

time nak balik tu.. aku pun memberi dia 2 keping not rm 50 sebgai duit minyak kereta untuk pulang ke kedah...dan secara tetiba ayah aku menyebut "Terima Kasih la".... dan secara automatik timbul satu perasaan yang sangat lain macam pada aku ni.

Selepas menerima compliment terima kasih dari ayah sendiri.. ibarat ada satu rasa yang sukar yang aku sendiri pun sukar nak paham..nak kata gembira tak jugak..nak kata dihargai pun tak juga... satu perasaan yang bercampur baur yang mana sukar untuk aku cirikan dalam perkataan..duit yang diberi seratus je pun... tak banyak.. tapi entah la... susah nak cerita bagaimana rasanya time tu

dan kekadang terlintas kat hati aku... Camna la rasa hati seorang ayah bila anak2 menyebut perkataan terima kasih sewaktu wang poket diberi ?...

dan bagai mana pula perasaan mereka tatkala duit poket diberi.. namun perkataan terima kasih tu langsung tak terpacul dari mulut anak anak mereka...

untuk pengetahuan smua... aku adalah diantara anak yang jarang jarang menyebut perkataan terima kasih itu time duit poket diberi...

Rasa2nya anda tergolong dalam kumpulan yang mana satu yek?

kalau anda tergolong dalam kumpulan yang sama cm aku... rasa2 macam sangat bersalah atau tidak? Erm ada rasa menyesal tak sekarang ni????




10 comments:

  1. bersyukur dat u still hv one..
    god bless..

    ReplyDelete
  2. erm...kalau ada rasa menyesal pun, kamu masih ada masa untuk tebus balik. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. gila...mendalam gak ayat hang nie...aku dri dlu mempraktikkan ayat tima kasih bla org bg benda kt aku..sebab dia..bla aku bgi benda kt org kalu org tue x kta tima kasih, aku rasa cam nk terajang ja..haram tatau hargai benda yg aku bgi..

    tpi aku jarang bg duit kt pak aku..slalu bgi kt mak aku ja bt beli brang umah..aku ngan hang da jdi sama kot..entah la..

    ReplyDelete
  4. hang bgitau ikan termenung tue depa paham ka..bgi la nama saintifik skit..haha

    ReplyDelete
  5. aku dh tak larat nk rasa perasaan bercampur baur tuh..(sbb dh banyak kali dok bg ayah duit)nk menitik air mata pun ada..sbb,aku rasa,dia tak patut langsung cakap terima kasih..
    btul tak?

    ReplyDelete
  6. two times thumbs up apis!!!! gelak+kesedaran utk aku!

    ReplyDelete
  7. eg: betol tu eg... rasa bertuah selagi ada peluang nak balas jasa deorang

    anim: yezza... ko pun mesti rasa .. apa yang aku rasa kan?

    fairuz: haah..harap2 masih berkesempatan la

    kucai: nama saitifik ikan kembung adalah ikan termenung la.. tu pun tatau ka?

    kakctah: tu la pasal... rasanya dia tak patut ucapkan perkataan tu...sebab apa yang kita bagi tu rasanya macam kecik sgt berbanding apa yang di bagi kat kita dlu

    al :thanks beb for your compliment

    ReplyDelete
  8. baru ak tau ikan termenung tu ikan kembung... huahauhau...

    uarrrggghhhhh... cite ko mmg menyentuh perasaan... kerana ak masih belom mampu memberikan ape2 bg membalas jasa... (paw lagi ade la... XD)

    bile nk naik gaji nihhhh...

    ReplyDelete
  9. aku mmg la tau..tpi adam yg tatau..hahaha...
    boleh ka aku blas jasa mak bapak aku..slalu org ckap kalu dah blajaq smpai menara gading dah kira blas jasa dah..tpi aku haram skit pon x rasa camtu..tmbah beban kt mak bapak aku lgik ada...

    kakshitah : hamba sokong..spatutnya dia xptut kata apa pon..tpi sbb dia dah mmg jenis yg menghargai org la dia ckap mcam tue..dah terbiasa..x lengkap kalu x cakap tima kasih..

    ReplyDelete