Pak turut yang Setia

Sunday, December 21, 2008

beratnya dugaan ni

hari ni dah 22 hari bulan doblas... maknanya minggu terakhir bagi aku untuk mengesahkan tempat latihan industri kepada pihak UMP.. dan tanggal 22 haribulan ni jugak menunjukkan bahawa dah masuk minggu kedua aku duduk bersahaja kat rumah ... hari2 bangun lewat dan tengok tv pendidikan kat tv 9 tanpa berbuat apa2 serta memperhabiskan biskut2 yang bergelimpangan di dapur...

mungkin sebilangan kecil kelasmet aku sudah mengetahui.. kenapa aku lambat bebenor start praktikal ni.. bukannya aku tak dapat tempat praktikal... bukannya aku demand nak tempat li yang gempak... kalu ikutkan la masa awal2 sem dlu... smua tempat yang aku apply.. smuanye bagik respond ok dan bukkannya rejection.. tapi apakan daya... aku ni hanya mampu merancang... yang kat atas sana tu yang menentukan segalanya..ape?...ada yang tak tau lagik ke sebab ape aku still duduk dirumah menonton rancangan tv pendidikan di tv9 dan setiap pukul lima petang aku tgk spansbob plak?...erm camne nak mula ye.. ok kisahnya bermula macam ni
  • kampeni pertama yang aku mintak ni adalah kampeni chemical yang namanya kalu sebut tu.. memang tak asing lagik la.. eastman chemical yang terletak kat gebeng .. pada mulanya kampeni tu dengan riak-riak ikan di air mengatakn yang aku akan diprektikalkan kat kampeni tu.. seronoknya tak dapat nak digambarkan... kalu korang boleh bayangkan macam mana seronoknya dato k dapat kawin ngan ct nurhaliza... haa aku lebih seronok dari tu lagik...baru dapat komfirmation untuk praktikal tu.. kalu dapat keje terus kat kampeni tu .. tak tau la macam mana seronoknya...mungkin aku buat kenduri 15hari 25 malam rasanya...tgh2 dok syok sambil mengembang2 kan hidung kepada rakan2 yang masih tertonggek2 mencari tempat praktikal.. pada suatu petang yang damai... diirngi dengan angin sepoi2 bahasa german... sambil kedengaran dengkuran rakan2 aku...tido akibat kepenatan di bulan posa... aku terima satu panggilan.. ya .. satu panggilan dari HR..bukannya HR pejabat ultraman yang menguruskan tentang kedatangan makhluk2 asing ke muka bumi itu.. kerana aku bukanlah seorang ultraman yang apabila kepenatan..e mampu menyalakan lampu di tgh dadanya tu.. aku kalu kepenatan hanya mampu menjelirkan lidah sahaja..kerana setau aku tiada lagik organ manusia yang lain yang boleh dikaitkan dengan kata kerja 'jelir' itu... ahh melalut lagik.. ok.. berbalik kepada story kita tadi.. hr dari eastman... aku dgr je pompuan dalam tepon tu kata dia dari eastman.. aku dah mintak awal2 dah..kalu la dikatakn eastman nak rejek aku plak.. aku berharap bahawa yang bercakap dan mengaku dia tu dari HR eastman adalah fara fauzana ..kot2 saja dia nak kenakan aku dengan panggilan hangit.. tetapi.. ku sangka kan panas hingga ke petang.. rupanya snowing dan santa claus gelak hohoho di tengah hari...apa yang aku harapkan adalah sebaliknya.. perempuan HR tu bukan lah fara fauzana.. dan dia bukan lah dari HOT fm.. tapi betol2 dari HR eastman... pompuan tu kata.. "adik sorry to say.. we have to reject our offer untuk praktikal awak.. because our beloved GM son and his friends nak praktikal kat sini"... cube teka apa yang aku mampu buat time tuh... haaaaa.. aku hanya mampu nganga..nganga seluas yang boleh... nganga yang boleh memuatkan sebuah lokar bilik ..dia tolak aku ni cam sampah je... KIWAK betol la..ape besar sgt ke anak GM tu.. mentang2 anak GM ... aku plak yang dijadikan mangsa... kalu anak Perdana Menteri (PM) aku tak tau lah macam mana... bukan takat buang aku dari tempat praktikal agaknya.. buang aku luar negeri terus ada la kot..sedey?..ya aku amat sedey.. nak praktikal pun nak men politik.. bodoh unta punya orang..
  • kampeni kedua.. iaitu w.r grace .. jugak di gebeng..kisahnya bermula macam ni... pada suatu hari.. apisangkancil berjalan2 ke shah alam jauh nya... menghadiri temuduga yang diatur oleh pihak job market yang mana sudah mengelabui ramai mata2 para siswazah di UMP..arakian setelah 3 hari berada di shah alam... hadirlah si apisangkancil ini ke sebuah syarikat yang mana digembar gemburkan bergelumang dengan minyak dan gas (oil & gas) sudah sekian lama.. hatta temuduga tersebut adalah berjaya juga dan syarikat berkenaan yang diberi nama trisystem tech berpuas hati dengan keputar belitan kata2 ku ... ya .. daku memang pandai bermain kata2.. disebabkan itu lah syarikat berkenaan teringin menempatkan aku dibahagian penjualan atau bahasa penjajahnya iaitu sales department... namun hasrat aku untuk melanjutkan latihan industri ku dihalang keras oleh keluarga... kakak ku yang berdua turut memainkan peranan seperti witches yang kejam dan suka melemparkan kata2 kesat kepada kampeni tersebut... namun ada betolnya kata2 kesat tersebut kerana.. jikalau aku ditempat kan di bahagian sales.. adalah aku seperti tidak mempraktikkan apa yang dipelajari di universiti..malah aku lebeh dikenali sebagai salesman yang tgi pangkatnya ataupun dalam bahasa yang indah dan berbunga-bunga.. ia sesuai dipanggil dengan panggilan sales engineer..lalu witch yang tua memberikan cadangan untuk meneruskan tradisi keluarga untuk mencuba nasib di w.r grace..ya... kehadiran ku amatlah di alu2kan disana.. namun disebalik kemengada-ngadaan si kak mona selaku kerani di bahagian human resource disana cukup membuat aku rasa nak kencing berdiri diatas kepalanya..mana tak nya.. kalau ikutkan borang SLI sudah 3 minggu lebey patut disubmit.. namun aku punya borang SLI tidak dapat disubmit kerana tiadanya surat reply dari kampeni w.r grace tersebut... sudah berkali2 aku menelipon.. namun jawabannya sama.. "OK OK OK ..OK...ye... OK.. baek..OK.. terima kasih".. kata2 tu tiap kali diucapkan oleh mona si burung kakak tua itu.. akibat kebengangan sudah mengatasi fikiran waras ku.. aku pun bertindak seperti seorang bos pula.. aku menetapkan due date kepada mona si kakak tua tu... kerana.. minggu tersebut adalah minggu terakhir sebelum para plajar yang lain akan memulakan latihan industri deorang... lantas.. si kakak tua itu bersuara.. "ark ark ark...(mungkin itu adalah maksud memberi salam dalam bahasa burung kakak tua) actually kalu adik nak tau.. kampeni kiteorang ni dah dekat sminggu plant kena shutdown... so we have to reconsider back about our decision nk amik budak intern ke tak"... korang tau ape yang mampu aku buat ketika tu... ape?..salah2...jawapannya adalah.. bucu bantal dibilik aku hampir tercabut gara2 amarah yang amat sangat..dah la tu... menabur janji palsu kat aku.. katanya yang kampeni tu akan shutdown sebulan je.. tup2 keesokkkannya lain pulak cerita nya.. burung kakak tua tu kata "the best solution... u should find another company la.. but for now.. most of company at gebeng ni pakat2 shutdown"...nasib baek la si kakak tua tu tak gelak di akhir perbualan dia tu.. kalu tidak aku dah tangkap burung kakak tua tu ... dan aku semelih buat gulai pajeri nenas..
  • kampeni yang ketiga pula adalah kampeni yang bernama BREDERO SHAW yang terletak kat pelabuhan sana.. jalanraya di pelabuhan saling tak tumpah seperti jalan hutan safari afrika.. kenapa? kemungkinan untuk anda melompat seperti seekor kangaroo gila talak adalah sanagat tgi...sebabnya, terdapatnya bonggol2 bodoh yang dahulunya berwarna kuning.. tetapi akibat di makan usia.. ia dah tggal warna hitam.. so tak nampak la sangat bonggol itu tetapi lebih menyerlahkan kebodohan bonggol tersebut.. bukan takat satu atau 2.. malah berbelas2 banyak nya.. ya.. bodoh sungguhkan perjalanan ke pelabuhan kuantan tu kan?.. ok berbalik kepada kampeni bredero tu tadik.. kampeni ni lebih kepada coating piping untuk gas, minyak dan air.. atau dalam kata lainnya .. syarikat ni supply pipe yang besar nak mampus kat tengah laut tu.. untuk menyalurkan bekalan gas atau minyak mentah balik kepada plant.. ish panjang pulak mukadimmah nya.. ok.. aku diberitahu oleh seorang mamat ni untuk datang ke kampeni tersebut seawal jam 8 pg..bukan 10 .. bukan sebelas. tapi 8 pagi.. iaitu waktu yang mustahil bagi aku untuk menjadi seorang manusia normal..aku sanggup korban kan waktu tidor aku.. sebabnya.. malam sebelum tu aku pgi men futsal.. balik pkul 12..trus cabut pi pelabuhan.. usha tempat kampeni ni kat mana.. dan kemudian pulang ke rumah bujang member aku yang mana satu rumah menempatkan 10 orang ramai nya.. ya.. sudah memadai untuk membentuk sepasukan bola sepak...aku bukan lah nak komplen.. namun sudah lumrah agaknya bagi rumah bujang... tilam pun cukup2 la untuk deorang.. dan aku hanya tdo berbantalkan baju salin yang aku bwak berlapikkan sejadah dan sehelai kain cadar agaknya... sebab banyak sgt ropol yang aku nampak.. ke.. deorang bagik aku langsir je buat lapik... ahh.. persetankan la....korang rsa aku bley tdo tak?... hahahahahaha ya.. memang aku tak boleh tdo.. sejuk... ditambah dengan nyamuk...sampai ke pagi aku dok garu2 tau... dan seawal pukul 7 suku aku mandi... mak aii.. sejuk gila babi.. rasa dah jadi santa claus pun ada..tapi tak pe la.. asal aku bley sampai tepat pada pukul 8.. dan jikalau aku mendengar persetujuan oleh kampeni tersebut amik aku intern kat situ.. itu sudah cukup memadai bagi aku...jam menunjukkan pukul 745 pagi... ya.. aku ada 15 menet lagik.. duduk dalam kereta sambil mempraktis cakap2 putar belit sebab kononnya aku akan di interview.. tepat pukul 8.. aku pun tepon la mamat yang offer aku tempat inter tu... dia suruh aku tggu kat pintu depan.. aku pun tggu la dengan penuh debarannya...tapi tak sampai 5 menet tepon aku berbunyi ring ring dan ring.. mamat tu yang tepon.. katanya..awak pegi la makan dlu sebab orang yang nak interview awak tu tak sampai lagi... aku pun pegi la makan seperti disuruh... makan punya makan..sambil tgk orang dok menari tarian canggung kat MHI.. tgu punya tgu..pukul 9 pun datang la menjelma... sepuluh menet kemudian tepon aku berbnyi .. dan aku dengan rasa penuh excited angkat la tepon tu.. kot2 orang tu suruh get ready nak masuk.. tup2 lain plak mamat tu cakap...mamat tu cakap camni la "awak balik la dlu.. petang ni saya bagitau balik macam mana ... sebabnya orang yang nak interview awak tu cuti.. and maybe cuti dalam 2 atau 3 hari jugak la" korang tau apa yang mampu aku buat pada masa tu..telinga aku panas je rasanya.. rasa macam diperkotak katikkan macam tu je..
dengan rasa marah..bengang dan terkilan.. aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah aku.. dan dalam sedar tak sedar..air mata aku tetiba je ngalir.. masya allah.. beratnya la dugaan yang Kau berikan pada aku.. serba tak kena jadi nya..bukan sekali aku terkilan.. tetapi sudah berkali2 aku rasa terkilan..dan aku menangis bukan lah kerana aku seorang yang lemah..ini adalah kali ketiga aku menangis dalam tempoh 8 tahun..8 tahun yang lalu aku menangis sebab pemergian seorang abang dan 2 tahun selepas tu aku menangis kerana kehilangan seorang emak..aku memang seseorang yang sukar untuk menangis.. hari ni aku menangis kerana aku terasa sangat2 lah marah dan aku tak tau nak luahkan amarah tu pada siapadan aku juga rasakan kesabaran aku amat2 lah tercabar pada hari ini... ya allah.. ko tabahkan la hati aku ni.. kerana aku tau KAU sayangkan aku... sebab tu lah Kau timpakan bermacam2 Ujian kat aku.. sebab aku tau.. mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa dan dugaan yang Kau berikan pada aku ni.. jikalau ada kemanisan disebalik kepahitan yang kau berikan kepada aku ni..aku sanggup untuk hadapinya sekali lagi.. namun ko tabahkan la hati ku ini setabah para rasul mu yang sanggup dicerca dan dihina kerana ingin mengembangkan agama mu.. erm.. cukup la kot.. panjang sgt dah aku rasa ni.. ok la..tima kasih kerana membaca..

3 comments:

  1. hurm sedeynye la aku dgr crite kamu nih.. sabar byk2 ehhh.. hope everything's fine now.. da dpt company kan?? erk.. kan?? sales engineer tu pown orait kan senanye? byk kire2.. eh entah la xtawu sgt pon.. tp in my point of view ptotnye trime je company yg trime interview tuh sbb tu da rezki kan.. malangnye fmily x kasi la plak ehh..hurm.. ape2 pon aku doakan yg terbaik la

    ReplyDelete
  2. hoho... kesian sunggoh aku membace hasil nukilan mu ini... bwk byk2 bersabar yerk... isk... sedeyh... xtertanggung lagi... T_T

    ReplyDelete
  3. macam mana kau applly praktikal kar brederoshaw. sebab sekarang aku nak sangat praktikal kat situ.

    ReplyDelete