Pak turut yang Setia

Saturday, October 2, 2010

Ni surat khabar ke atau buku porno?

Jikalau aku diberi peluang untuk membicarakan perihal media massa Malaysia, sememangnya aku akan sama ia sama seperti apa yang dikutip oleh bangla-bangla yang bekerja dengan DBKL . Sememangnya tiada apa lagi yang menarik, kosong, hampas, mujur ia tidak mengeluarkan bau saje. Aku ni bukanlah pemerhati, penganalisis, ataupun golongan pemikir yang profesional yang mana mampu menilai akan kualiti media massa di malaysia ni...

Aku cuma orang biasa, yang mana permulaan hari aku selalu dimulakan dengan senaskhah akhbar tempatan dan secawan kopi. Dan juga hampir setiap setengah jam dalam kitar hidup aku selalu diisi dengan segala mak nenek punya berita tak kira la melalui radio ataupun televisyen atau pun gosip2 liar yang mana kesahihan beritanya sering diukur dengan panjangnya muncung si tukang bawa cerita tersebut... makin panjang muncungnya.. makin banyak lah tokok tambahnya..kalau aksi penceritaan itu turut melibatkan kegiatan aktif kaki dan tangan.. maka dengan ini aku nasihat kan agar berhati2 la dengan maklumat tu.

Namun disebalik kesederhanaan aku ni..aku dapati.. media massa malaysia seperti sudah tidak relevan pada masa sekarang ni... dan lebih menyedihkan bila dari ke hari aku dapati kualiti sesebuah maklumat yang nak disampaikan tu lebih berat sebelah, makin mengada-ngada, malah lebih meloyakan daripada membina pemikiran yg mana mampu buat masyarakat melayu kita lebih bertamadun..

Aku bukannya apa... terdetik pulak dalam kepala aku ni... kalau ikut kelas sejarah sekolah menengah aku dlu ... akhbar merupakan senjata utama bagi golongan-golongan yang memperjuangkan kemerdekaan yang mana akhbar menjadi medium untuk mereka menyampaikan semangat dan ideologi tentang kemerdekaan tanah melayu dari pemerintahan british.... pada waktu itu dapat dilihat betapa bebasnya media kita bersuara... betapa lantangnya suara mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan...tapi amat berbeza dengan sekarang ni yang mana kebanyakkan akhbar-akhbar utama dilihat melebihkan sesuatu pihak dari pihak yang lain, atau kata lainnya lebih menjilat bontot orang tertentu daripada menyampaikan kebenaran

Disini bukanlah aku berniat untuk memasukkan elemen politik, tapi aku rasakan ia sangat ketara skali... lembu di sawah pun dapat bezakan antara berat sebelah dan keadilan dalam media massa kita sekarang ni... aku bukanlah menujukan kepada akhbar utama Malaysia sahaja.. malah akhbar alternatif malaysia yang mana lebih mengisarkan unsur politik juga turut membawa maksud yang sama seperti apa yang aku katakan tadi

Jikalau masing-masing diibaratkan seperti menegakkan benang yang basah..atau pun menjadi agen pembela parti-parti politik di malaysia...so yang mana satu yang menjadi alat yang mampu memberi kebenaran kepada kami sebagai rakyat malaysia yang merdeka?... Jikalau kebenaran dipalsukan.... yang mana satu menjadi sumber rujukan kami.... janganlah sampai satu hari nanti kami nyatakan bahawa gosip artis di dalam majalah mangga,urtv dan pelbagai lagi majalah hiburan lain lebih precise berbanding akhbar utama negara ini, dan janganlah kami katakan bahawa komik jepun atau pun komik hongkong lebih relevan dari akhbar utama malaysia...

Dimanakah kualiti akhbar negara kita pada hari ni?...adakah ia hanya sesuai dijadikan pembungkus nasik lemak mak cik minah di hujung simpang.... ataupun menjadi "perisai" utama kepada pesalah-pesalah yang didapati mengambil rasuah untuk menutup muka mereka sebab malu gambar mereka diambil oleh jurugambar ketika kluar dari mahkamah setelah disabitkan kesalahan?

Pada mulanya agak terasa malu juga kalau saya nyatakan disini bahawa akhbar kita, media massa kita tidak bebas lagi dari kongkongan pihak tertentu..jika anda kurang percaya kepada saya... ataupun masih menuduh saya kerap kali buat lawak sarkas yang tidak kelakar... saya rasa better anda rujuk kat sini ... dan lihat lah kat mana agak2nya negara kita berada , tu pun kalau jumpa la... kalau tak jumpa kita di tangga ke berapa... saya rasa lagik bagus anda bermain konda kondi dari mencari nama negara kita tu..tak pun masak mee segera yang begitu authentic sambil besertakan minuman hohohohohohohohohohohohohohohoholicks eyh.......

Itu cuma perihal akhbar utama sahaja... belum lagi menyentuh pasal perihal akhbar tabloid pulak...Jika satu soalan ditanya kepada saya tentang akhbar tabloid negara... perkataan yang paling sesuai yang akan saya katakan ialah.. "akhbar tabloid adalah sama ertinya dengan industry soft porn"... ini tidak bermaksud akhbar tabloid kita perlu memaparkan gambar pusat maria ozawa di muka hadapan...atau pun memperihalkan betapa panjangnya bulu peha si kasim masdor...cukuplah jika berita tentang bapak rogol anak, abang rogol adik, pakwe rogol makwe, janda rogol duda, anak kambing rogol anak lembu, anak gajah rogol semut atau kata mudahnya segala bentuk berita yang memperihalkan industri perogolan negara sememangnya menjadi berita hangat yang di highlitekan dalam tabloid berbanding berita tentang banggunan terbakar ataupun berita tentang tingkap kereta proton selalu buat hal...

Walaupun ada diantara pembaca di luar sana mengatakan aku saja seronok2 nak mengada2kan cerita.. namun apa yang aku dapati boleh dikatakan setiap hari...mesti ada punya cerita rogol-rogol ni...tak kira la cuti raya wesak ka?... raya haji ka... orang sebok makan ketupat dengan rendang ka... jikalau bergantung pada maklumat dalam suratkhabar ni boley dikatakan aktiviti rogol2, tangkap basah, bersekedudukan ini diadakan secara setiap hari ataupun secara overtime pada hari2 cuti umum di malaysia...wah.. sungguh maju industri ni rupanya kan?

Aku tak katakan cerita rogol2 ni menghiasi setiap helai akhbar tabloid ni... cerita jenayah lain juga tetap di highlitekan jugak.. cuma tak la sehebat cerita rogol2 ni... yalah.. kalau hari2 sebok menceritakan tentang isu ragut, bunuh, salah laku pihak penjawat awam, sudah tentu ramai rakyat malaysia kita mempersoalkan kredibiliti pasukan polis kita...betol tak?

Kalau nak letak cerita pasal kepupusan badak sumbu sumatera di muka hadapan, atau pun cerita pasal ancaman anjing liar buat lawak cak -cak di kawasan perumahan semestinya diibaratkan menggantungkan diri sendiri... masakan tidak...kalau diikutkan logik akal la... Ada ke pembaca yang berminat nak beli jikalau tajuk utama adalah seperti yang dinyatakan diatas...? ada tu mungkin ada... tapi kadang-kadang je la... tapi kebanyakkan tajuk utama akhbar tabloid ni lebih berunsur seksual berbanding maklumat..cerita pasal ubat "kuat" turun harga 1 sen pun ,jikalau menjadi tajuk utama akhbar.. aku rasakan ramai yang akan beli...

Jikalau akhbar-akhbar tabloid ini melebihkan berita ataupun laporan yang berunsurkan nasihat serta pandangan2 positif..agak-agaknya.. berapa kerat sangatlah yang nak baca? betol tak.. so tak mustahil jika aku katakan.. syarikat penerbitan akhbar itu menjalankan perniagaan... jikalau tiada berita utama yang menarik perhatian pembeli...maka boley bungkus la perniagaan mereka... So berita "menarik" yang perlu diadakan.. semestinya la mampu menarik naluri sesorang manusia tu...dan mungkin sebab itu lah kita diibaratkan hidup dalam negara yang mana aktiviti rogol2 ni berlaku hampir setiap ketika dan masa...

so kesimpulan yang aku dapat buat disini adalah seperti berikut:

Betolkah Media Massa sekarang sanggup bertungkus lumus, berpeluh ketiak untuk melaporkan sesuatu berita disebabkan mahu menyampaikan maklumat dan informasi dengan hati yang ikhlas, ataupun disebabkan mereka sudah sedia tahu bahawa mereka boleh menjual informasi dan maklumat-maklumat tu semua kepada kita?




aku tinggalkan persoalan ini kepada anda smua untuk membuat tafsiran macam mana... ini hanyalah apa yang terlintas dalam kepala hotak aku... so...fikir2kan lah

Monday, September 13, 2010

Simptom FRAQFAU menular di Malaysia pada 1 Syawal

Raya sudah tiba... ramai diantara kita mengambil peluang untuk pulang ke kampung... dan peluang ini juga di ambil oleh anak2 muda kita untuk menikmati keindahan hari raya bersama kaum keluarga dan sanak saudara...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan Kes pembunuhan dato' sosilawati yang mana bliau ni kalau kita nak tau.. kaya raya tak ingat.. kalau takat nak bagik duit raya dalam rm50 tu.. memang tadak hal la bagi dia.. tapi nak buat macam mana.. tuhan dah kata sampai ajal dia.. tak ley buat apa la.. kalau tak ramai diantara kita boley dapat rm50 dari bliau

Straight to d story... aku mlas nak melalut sngat...sejak musim raya ni berlalu... satu Simptom tahunan telah mula menular ke seluruh pelusuk malaysia... Simptom ini tiada punya tanda2 awal dari pihak kerajaan kerana kerajaan malaysia sendiri tidak dapat membendung symptom ini malah menjadi rahsia kerana symptom ini sudah berlaku sejak zaman dahulu kala lagik.. nak tau apa symptom tu... mari kita kupas sehelai demi sehelai... zassssssssssss

Simptom ini aku gelarkan sebagai simptom FRAQFAU... atau nama penuhnya "Freaking, Annoying Question from Aunt and Uncle"... yang mana simptom ini lebih berkisarkan tentang anak siapa lagik hebat berbanding anak-anak saudara yang lain.... simptom ini bersifat seperti menjawab pop kuiz... dan ia akan menjadi lebih hebat kalau mak anda mengambil bahagian sama di meja bulat yang mana sepupu2 anda diwakili ibu masing2...

Soalan-soalan mengikut peringkat umur... jikalau anda berumur di antara 7-12 tahun.. soalannya akan berbunyi macam ni

1. Peperiksaan hari tu dapat nombor berapa?
-soalan ini selalu diajukan untuk mengcomparekan anak sapa lagik cerdik berbanding yang lain... dan jikalau anaknya menang dalam menjawab soalan ini...si ibu akan tersenyum sampai ketelinga dan rasa riak takbur akan menular dalam diri sendiri

2.Upsr hari tu dapat berapa A?
-Lazimnya soalan ini akan ditanyakan kalau anaknya berjaya dalam UPSR.. jikalau anak dia tak berjaya mesti si ibu akan tidak akan bertanyakan soalan ini.. dan aktiviti pop kuiz ini akan digantikan dengan adegan "siapa siang ikan lagik cepat dia hebat"

3.Kenapa B.M dapat C?.. Teruk sangat... tak macam si polan? (a.k.a anak si tukang beri soalan)
*soalan number 3 akan berubah bentuk kalau si tukang jawab berjaya menjawab dengan jayanya.. ini bergantung kepada syarat dan terma

jikalau anda sudah dewasa dan mula tumbuh misai seperti kucing... soalan2 dibawah akan kerap kali diajukan... soalannya seperti

1.Sekarang sekolah mana? asrama penuh ke? atau sekolah biasa
*soalan ini selalunya akan diajukan jikalau anak si mak tu berjaya menjejakkan kaki ke skolah MRSM atau berasrama penuh... kalau sekolah biasa dia tak tanya dah.. musti dia malu pnya ngan pencapaian anak dia..malah dikutuknya lagik dengan mengatakan anaknya malas

2.PMR dapat berapa A?
-soalan ini jugak selalu diajukan kalau anak si polan tu berjaya memperoleh lebih dari 3a dalam 8 mata pelajaran yang di ambil ketika peperiksaan PMR...jikalau anaknya langsung tidak memperoleh sebarang A... si ibu akan melarikan diri konon2nya tidak mengambil bahagian dalam soalan yang diajukan...disamping itu juga...keputusan 3a yang diperolehi akan melonjak naik menjadi 5a jikalau si tukang jawab memperoleh lebih banyak A berbanding anak si tukang tanya

- selain itu juga... mata pelajaran yang mendapat gred C akan automatik bertukar menjadik B... dan kalau keputusan gred D... akan bertukar menjadi C... ini bergantung kepada keadaan, syarat dan terma kebohongan si tukang cerita

3.SPM dapat pangkat berapa?

-walaupun orang melayu kita selalu mengatakan mereka tidak memandang pangkat dan darjat.. namun persoalan tentang pangkat berapa spm akan tetap ditanya walaupun sudah masuk abad yang ke dua puluh.. lagik2 mereka adalah dari golongan veteren perang zaman dahulu kala.. atau pun pernah bersahabat karib dengan pak kaduk...selalunya soalan ini akan dijawab dengan penuh bangga kalau anaknya berjaya la.... kalau keputusan yang melingkup pasti jawapan "cukup-cukup makan je" akan kedengaran...


Kepada yang sudah berumur 18 tahun ke atas soalan-soalan angker sebegini akan ditanyakan.. iaitu...

1.Belajar lagi atau bekerja?

-soalan ini selalunye berbentuk pilihan a atau b atau kedua-duanya skali.... dan kebanyakkan orang lebey menggemari pilihan A dari B yang mana pilihan A lebey menyatakan bahawa anak seseorang tu cerdik macam kancil hingga mampu masuk ke Universiti.... selalunya jurusan apa yang dipilih sebagai major tidak menjadi tajuk utama... kerana bagi sesetengah orang.. yang masuk universiti ni kira cerdik dah... walaupun jurusan yang diambil sukar untuk kita fahami peluang pekerjaannya pada masa hadapan...

Selalunya si tukang jawab akan berbangga menjawab jikalau jurusannya seperti mencabar tahap minda manusia biasa contohnya seperti bidang kedoktoran.. engineering... cikgu dan berbagai lagi bidang yg menjurus kepada kekembangan hidung tahap maksimum... walhal hanya dia sendiri yang tahu bahawa result setiap sem yg diperolehi... lepas sket dari kena tendang universiti

-Jika Pilihan B di pilih... selalunya si tukang tanya soalan akan mengatakan bahawa anak orang tu tak sampai kemana... hanya punya SPM.. paling kurang keje kilang... tak pun drebar lori... tak pun jual air BIO aura..tak pun tukang kisar ais ABC...dan soalan tidak diatas tidak akan menjadi berangkai kerana ketidak minatan oleh pihak yg bertanya mula timbul jika pilihan B menjadi jawapan



bagi mereka yang berumur 24 tahun ke atas soalan ini akan diajukan:

1. Dah keje ke? Di mana...
bagi mereka yang menjawab masih belum bekerja... mungkin sukar untuk menjawab persoalan begini berbanding yang sudah bekerja....namun golongan sebegini akan terselamat kerana tidak perlu memberi duit raya kepada anak2 saudara atau sepupu sepapat yang masih kecil..malah akan memperoleh duit raya lagi... cuma akan dipandang serong sebnyak 45 darjah sahaja oleh pihak tertentu...

bagi mereka yang menjawab sudah bekerja... selalunya soalan ini akan menjadi berangkai... contohnya... bekerja di mana?... dan bekerja sebagai apa?.... jikalau setiap jawapan yang anda jawab menepati citarasa si tukang tanya... jangan terkejut kalau si tukang tanya secara tiba2 menukar tajuk cerita tentang anak perempuan bliau masih lagi muda dan menuntut di universiti tempatan sebagai langkah promo anak sendiri yang masih lagik muda dan sudah sampai masa untuk kawin... jangan terkejut kalau sifat lemah lembut sopan santun mula diceritakan oleh seorang ibu walhal anak bliau lebih punyai sifat lemah skit dari lembu dan sopan sikit daripada sotong...

So akhir kata... hasil kajian yang aku jalankan ini.. aku dapati simptom simptom ini tdak dapat dielakkan walaupun mereka berhari raya dengan memakai topeng superman... so kepada sesiapa yang mengalami simptom2 ini pada 1 syawal yang lepas.. saya harapkan mereka berjaya survive dari simptom yang mana mampu menjatuhkan ketamadunan manusia ini...

bagi mereka yang masih belum berjumpa dengan mak saudara atau sesiapa saja... persiapkan minda anda dengan pelbagai latih tubi.. agar dapat menangkis serangan pihak yang tidak bertanggung jawab ini serta bebas dari belenggu simptom FRAQFAU ini.... akhir kata... selamat hari raya makan ketupat.. ingat la saya...baiiiiiiiiiiii..

Saturday, July 10, 2010

yang putih... yang hitam... dan kelabu



kekadang terasa pelik dalam kepala hotak aku ni... boleh dikatakan apa setiap post yang aku ceritakan dalam blog ni boleh dikatakan agak pelik bagi aku... tapi tak tau la pelik atau tidak bagi korang...? kepelikkan yang pertama... kenapa setiap pompuan yang 'kelabu' warnanya cuba memutihkan diri... kenapa perlu putih..? kenapa tak hijau..kenapa tidak bewarna merah jambu atau pun warna2 lain selain putih... kalau berasa agak tidak logik kenapa tak buat rawatan untuk menggelapkan diri yang sudah siap sedia bewarna kelabu..?...

itu yang pertama... yang keduanya kenapa seorang orang putih di negara kita ni dilayan bagaikan raja...kenapa orang putih ini kalau setiap kali berada di jalanan di malaysia ni... anda langsung tidak rasa ada sebarang threat pun.... dan kalau ada foreigners yang berbangsa afrika atau kata kurang hajarnya gelap gelap asap lori ini berjalan di jalanan akan membuatkan anda terasa di ancam ugut,,, atau di ancam rogol walaupun anda seorang lelaki tulen, atau pun berbagai lagi tanggapan negatif... mengapa porque?

jikalau berada di situasi pasaraya atau pun di tempat awam... Mat-mat saleh ni di junjung bagaikan mereka ni sangat mulia...masakan tidak.. berani untuk aku katakan para cashier akan berubah air mukanya tatkala seorang foreigners membuat pembayaran di kaunternya...manis wajahnya sukar untuk di pertikaikan... kalau dibiarkan selama sejam atau dua... tak mustahil jika ada gerombolan semut hitam akan menghurungi wajah si cashier tersebut.. manisnya susah nak cakap... senyumnya bukan takat sampai ketelinga..kalau boleh sampai ke dahi...pertuturannya lembut... sehingga sukar untuk ditafsirkan melalui kata-kata... suaranya bak desiran pasir di pantai....layanannya.. sememangnya first class... bukan takat sanggup mengangkat barang ke kereta.. malah sanggup dukung si orang putih itu pusing shopping mall 8 kali pun tak pe...

Namun ... kalau orang melayu kita yang dok buat pembayaran macam mana pulak?aku rasakan kalau dia buat muka cantik sket pun saling tak tumpah macam lori hantu angkut tanah... kalau ada yang ok..tu ok la..kalau yang tak ok tu... masyallah... masamnya susah nak digambarkan..mulut tu selagi tak muncung ke depan sememangnya tak sah... kalau berada di situasi barangan yang tiada punya tanda harga... bley plak si cashier pi cebik mulut suruh amik barangan lain yang pnya tanda harga... weh..kami customer.. kenapa kami perlu dialayan seperti itu... namun layanan yang kita terima sememangnya tidak seistimewa seperti yang diberikan oleh orang putih tu betul tak?...aku bukannya cuba menghidupkan api racism disini... cuma aku ingin menceritakan realiti tentang kehidupan... realiti ni kadang kala pedas untuk diterima... kalau tak pedas tu... itu bukannya realiti.. tetapi mengampu atau bahasa kotornya menjilat bontot...

Disebabkan itu lah ramai foreigners yg pada mulanya datang ke malaysia atas urusan bekerja akan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara asal mereka bila sudah menjelang usia untuk bersara.... masakan tidak?.... di sini mereka di layan seperti raja..bukan nya sehari.. tetapi berhari2... bertahun2 ...cuba kalau kita orang asia ni pi negara mereka plak...rasa2nya depa akan melayan kita sama sperti orang kita layan depa kah?.... tepuk kepala.. tanya diri sendiri.. tak payah tanya orang len... buang karan saja...

itu yang kedua.. yang ketiga pulak... kenapa setiap bangladeshi, india, kemboja, vietnam dan berbagai lagi dilayan teruk sekali berbanding dengan orang indonesia yang mana , rata2 orang kita masih ada toleransi dengan orang indonesia... sebabnya mudah saja...kita dan mereka serumpun...semelayu...bukankah itu cukup racism bagi kita walaupun dimulut kita tetap nafikan sekeras-kerasnya...yang ni aku tak tau nak suruh hangpa tepuk apa pulak untuk tanya diri sendiri.. pikir2kan lah

Walaupun ada diantara kita mengatakan isu warna kulit ini adalah satu isu yang kecil dan tidak lah perlu diperbesar2kan... try tepuk kepala pak cik anda dan tanya selera dia... atau pun buka sedikit minda anda dengan sejarah2 dunia... lipatan sejarah yang mengisarkan tentang HOLOCAUST, APARTHEID, perang revolusi perancis.. perang dunia 1 dan berbagaikan lagi peristiwa yang mencorakkan dunia pada hari ini adalah berpunca dari satu sebab sahaja iaitu warna kulit...kecil ke besar isu ini.... sama2 lah kita nilaikan sendiri...

Rasa racism itu sememangnya tidak dapat dihapuskan dalam hati dan naluri kita ni sebagai manusia... cuma kita hanya mampu meminimumkan ia sahaja... jgn terlalu obses atau terlalu extreme.. kita smua sama je.. kentut pun same busuk jugak... kalau tak percaya try bau kentut kawan anda...pastu try bau kentut anda sendiri...dan nilaikan sendiri busuknya macam mana...
Kalau tak mau bau... duduk senyap2 sudah... dan hormatilah manusia setiap kaum seadanya..




Thursday, February 25, 2010

Perihal Seorang Ayah

Entah ape sebab aku tetiba nak teringat kat bapak aku malam ni.... nak kata aku anak bapak.. tak sangat la pulak,,, kalau balik umah pun.. aku ngan dia macam tak banyak sembang la... kalau ada topik baru la nak brborak.. dan perbualan kami tidaklah berlarutan sampai ke malam hari dan bersambung pada keesokkan harinya... ibarat mcam sembang sembang ayam sahaja...nak bergurau lebey2 pun.. kang tak pasal dia bagi penendang sayang seorang ayah.. padan muka aku

Cuti hari raya cina yang lepas... aku berpeluang untuk bertemu ayah aku ... lama jugak la tak jumpak dia... bukannya aku tak sedar diri bahwa aku masih punya keluarga di kuantan...cuma bapak aku ni sekrang bukannya dok kat kuantan... dia lebih seronok dok kat kedah sana...salah satu reason dia suka dok sana adalah.. ikan yang dibeli kat pasar lagik best.. dan beras kat sana lagik sedap... kalau nak dipikirkan.. macam tak berapa nak logik sangat la... tapi disebabkan dia bapak aku... so layan kan je la... kang tak dapat bau syurga plakk aku disebabkan derhaka...

Nak dijadikan satu cerita,,,satu hari tu bapak aku ni adalah suruh aku membeli barang2 jahit dia kat satu kedai...barang yang nak dibeli adalah getah yang letak kat belakang sluar... untk pengetahuan korang semua.. bapak aku ni punya skill menjahit tahap "sparkmanshop" punya...waktu dia muda remaja.. dia ada bukak kedai jahit tau...jangan main-main ngan pak cik hasbullah OK...

So aku pun melangkah la keluar mencapai selipar yang besar sebelah... aku tak tau kenapa selipar tu nak besar sebelah... mngkin tertukar kat masjid kot...sebelum nak keluar tu ayah aku hulurkan not 10 ringgit kat aku...katanya duit untuk beli getah seluar tu... dan aku pun bertanya la kat bapak aku " getah sluar tu berapa ringgit?" dan ayah aku menjawab,,," dalam seringgit setengah kot"... so aku pun tersenyum kat dia dan mengatakan... "tak pa la ayah.. setakat seringgit setengah tu pakai duit apis la" .... malu jugak aku untuk amik not rm 10 tu... ya lah.. aku dah ada kerja... dah start makan gaji... takkan la seringgit setengah pun aku tak ley bayar kan?

keesokkannya jugak berlaku perkara yang sama... tapi kali ni dia suruh aku beli ikan termenung dalam rm 5 ringgit.. dan dihulurkan rm 10 kat aku... aku pun menolak la dengan mengatakan.. "tak pa la ayah...apis pakai duit apis la..."

dan kekadang aku terpikir.. mungkin sudah jadi tabiatnya untuk memberi duit kepada aku tiap kali aku nak pergi membeli barang kat kedai time aku blajar dulu...ya la.. time tak jana sesen haram lagik.. memang patut la kan?... kekadang terpikir.. macam kelakar la plak... ayah aku dah lupa kot yang anak dia ni dah kerja....

dan pada hari rabu... ayah aku membuat decision untuk pulang ke kedah...katanya projek tanaman jagung dia tak ada sapa nak jaga.. so sebab tu dia nak kena balik awal kat sana...

time nak balik tu.. aku pun memberi dia 2 keping not rm 50 sebgai duit minyak kereta untuk pulang ke kedah...dan secara tetiba ayah aku menyebut "Terima Kasih la".... dan secara automatik timbul satu perasaan yang sangat lain macam pada aku ni.

Selepas menerima compliment terima kasih dari ayah sendiri.. ibarat ada satu rasa yang sukar yang aku sendiri pun sukar nak paham..nak kata gembira tak jugak..nak kata dihargai pun tak juga... satu perasaan yang bercampur baur yang mana sukar untuk aku cirikan dalam perkataan..duit yang diberi seratus je pun... tak banyak.. tapi entah la... susah nak cerita bagaimana rasanya time tu

dan kekadang terlintas kat hati aku... Camna la rasa hati seorang ayah bila anak2 menyebut perkataan terima kasih sewaktu wang poket diberi ?...

dan bagai mana pula perasaan mereka tatkala duit poket diberi.. namun perkataan terima kasih tu langsung tak terpacul dari mulut anak anak mereka...

untuk pengetahuan smua... aku adalah diantara anak yang jarang jarang menyebut perkataan terima kasih itu time duit poket diberi...

Rasa2nya anda tergolong dalam kumpulan yang mana satu yek?

kalau anda tergolong dalam kumpulan yang sama cm aku... rasa2 macam sangat bersalah atau tidak? Erm ada rasa menyesal tak sekarang ni????




Wednesday, January 13, 2010

SUSAH JUGA JADIK ORANG KAN?

sejak akhir-akhir ni.. jarang sekali aku nak mengupdate blog aku ni.. nak kata aku ni sering sebok.. tak jugak... aku sering je ada masa untuk berblog kalau ikutkan.. namun... mungkin sebab kekeringan idea yang membuat aku lebih senang untuk bermain fb sahaja...

kali ni aku teringin nak bercerita pasal kerjaya... bila sebut pasal kerjaya.. mungkin ada diluar sana sudah dapat memberi gambaran akan realiti sebenar tentang kerjaya...dan mungkin juga ada diantaranya masih kabur2 tak berapa nak nampak sangat.. tak pa.. aku akan cerita satu persatu kat blog aku ni.. korang cuma tolong baca je.. tak perlu la nak menurun seperti mahu meminta nombor ekor... dan tak perlulah menari nari terkinja kesana sini...

Pada waktu di universiti dulu... time zaman muda remaja... zaman sering kenyit mata... aku dan rakan -rakan seringkali mengeluh jikalau test atau deadline assignment semakin hampir... di antara keluhan yang sering dilemparkan adalah... " Cepatlah abis zaman belajar ni... tak sabar nak kerja.. malas nak mengadap semua ni"... keluhan keluhan sebegini bermula dari sem yang pertama sehinggalah sem yang terakhir...

Namun .. aku rasakan ramai diantara kami smua mahu menarik balik akan keluhan yang dilemparkan kami dahulu... Ya.. sesungguhnya zaman perkerjaan ni lebih perit berbanding dengan zaman belajar dulu... jikalau aku punya kebolehan untuk memutarkan masa kebelakang... memang aku nak sangat kembali ke zaman belajar dlu... balik zaman darjah satu dulu pun tak pa.. aku seronok

Kehidupan bekerja.. tidak lah seronok yang disangka...zaman pekerjaan lebih perit lagik dari zaman belajar... ada yang hari-hari kena tiau... ada yang hari-hari kena wat kerja yang tak munasabah.. ada yang hari2 kena buat kerja orang lain dan kerjanya tak siap2... ada yang kerjanya bermain facebook sampai pukul 5.30... dan ada juga yang tidak punya job scope dan ada juga yang tidak tahu position apa yang dipegang... sesungguhnya zaman pekerjaan ni anda akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang lebih mencabar.. dan dari setiap rintangan itulah kita akan melakukan kesalahan.... akan dipersalahkan dan kita akan belajar dari kesilapan yang kita lakukan

zaman bekerja... banyak benda yang perlu kita korbankan... jikalau dulu.. sewaktu zaman belajar.. kelas pagi selalunya akan bermula pukul 9... itu pun bukannya hari2... cuma sehari dua sahaja... malah.. ada juga kelas yang bermula dari pukul 3 petang...tu tak kira lagik kelas malam...memang bagi aku.. zaman belajar ni agak heaven la juga berbanding zaman bekerja...

bila tiba zaman bekerja... setiap hari kena bangun seawal pukul 6.30 pg... keluar rumah tepat pukul 7.... sebab tempat kerja aku agak jauh dari tempat aku tinggal... pukul 8 bermulanya kerja...waktu tido yang panjang terpaksa aku korbankan hanya kerana kerja...waktu malamnya pula.. tidak semestinya aku mampu bersenang lenang di rumah seperti zaman belajar dlu... banyak menda yang berkisarkan kerja yang perlu aku selesaikan

Aku ni sudah 2 kali bertukar tempat kerja....tempat kerja yang pertama... aku blah dengan alasan aku diletakkan di bawah department purchasing yang mana satu haram aku tak bley go on memandangkan aku budak engineering yang poyo2 nak jadi engineer...jikalau aku stay di tempat lama aku.. mungkin aku sekarang ni bekerja sebagai seorang executive.. kerja dalam air cond... duduk depan pc... main taip2 keyboard je...

aku bawa diriku ini ke petaling jaya pula... brkerja sebagai engineer telekomunikasi... first time bergelar seorang engineer.. seronoknya payah la nak cerita.. rasa nak panjat menara klcc.. pastu terjun kepala dulu.. pastu naik menara tu balik.. dan terjun sekali lagi...pada waktu itu.. jikalau kawan2 bertanya aku kerja apa.. dengan kembang hidung sambil menggunakan suara dalam ( bagi effect suara macho dan metrosexual) "owh.. saya ni engineer" ... tak ke macam bangga tahap kembang sebelah bontot... tak ke terasa diri anda hot macam robert downey jr pada ketika perkataan engineer tu terpacul dari mulut anda?..

Tapi apa yang disangka indah.. tidak lah seperti apa yang kita bayangkan.. kerja sebagai engineer telekomunikasi saling tak tumpah bekerja umpama kerbau balar di sawah padi...kerja tak tentu masa.. kebnyakkan hari2 aku habis di sebabkan oleh kerja sahaja..namun aku tetap dibayar dengan harga yang sangat ciput...tukang urut pun lagi kaya dari aku...cuma profession sebagai tukang urut ni agak dipandang serong la oleh masyarakat...sebab tu aku tak mau jadik tukang urut... sebab sebut saja pasal urut.. orang melayu kita mesti pikir dok urut kat 'situ' la,,, macam tak ada tempat lain nak urut...macam kat 'situ' je anggota badan yang ada...aku pun membuat andaian.. tak seronok lah kerja macam ni... kerana kerja macam tu la membuat aku demam seminggu sehingga masuk dalam hospital... so aku resign.. cari keje len

Sebulan selepas menjadi engineer telecomunication yang poyo pada tittlenya... aku mempoyokan diri lagi untuk bergelar sebagai engineer eletrikal pula... mencuba nasib dan gatal bontot nak kerja kat plant... membuatkan aku ingin membuat andaian yg mengatakan kerja aku yang terkini turut tak best...

Namun.. hasil dari perbualan aku dengan seorang housemate ...aku berjaya membuka mata aku dan pemikiran..pada mulanya perbualan aku dan dia lebih kepada karutan yang melampaui batas kemnusiaan.. sehinggalah aku menceritakan apa yang terbuku dalam hati aku ni tentang kisah kerjaya aku... dan nasihat dia berbunyi macam ni la

"jikalau satu tempat kerja tu ko create satu tanggapan yang tidak seronok tentangnya... maka tak seronoklah ko bekerja kat tempat tu... cuba ko create tempat kerja ko skang ni suatu suasana kerja yang seronok...mesti ko takkan terasa nak pindah lagi..semua kerja kat dunia ni tak seronok...cuba tanya tukang kutip sampah.. pemandu teksi..orang kerja kilang, perdana menteri, managing director.. adakah mereka seronok dengan kerja mereka... ?"

aku pikirkan.. ada betolnya apa yang kawan aku sampaikan ini.. herm.. cuma aku perlu sedar.. dan bangun dari tido.. aku bukanya seorang pelajar lagi.. aku sudah dewasa... perlu berdikari sepnuhnya.. so jangan lah mengeluh dengan kerja anda... bersyukur la kepada tuhan sebab masih menentukan rezki untuk kamu...ish rasa mcam ustaz plak nasihat orang ni... tapi tak pa la.. aku nasihatkan diri aku dan korang2 la.. jangan la kondem sangat pasal kerja korang.. kalau disebabkan situasi yang tak bley dielakkan seperti bos anda ajak anda menikah ka.... syarikat dah nak bangkrap ka... ada seorang pakcik gay menjadi stalker anda ka... sememangnya anda layak menukar tempat kerja....

apa apa pun.. selamat bekerja kepada rakan-rakan aku yang baru melangkah ke alam pekerjaan.. ingat pesan aku ni...BERSAKIT-SAKITLAH DAHULU.. BERSENANG-SENANG KEMUDIAN... CAIYOKK!!!